Pengunjung
4341
Tarikh Kemaskini 2012/03/08
Ringkasan pertanyaan
Apakah teori world line tidak bertentangan dengan kewujudan dan keabadian ruh (sekurang-kurangnya setelah kematian)?
soalan
Melalui salah satu dari laman web, saya mendapati ada pengumuman tentang kesediaan anda untuk menjawab masalah-masalah falsafah, oleh kerana itu di sini saya akan mengajukan beberapa pertanyaan berikut: 1. Pertanyaan pertama adalah mengenai makna "aku". Dalam kebanyakan mazhab, "aku" adalah satu kewujudan yang dinamakan sebagai “roh” di mana ia masih tertinggal setelah kematian (tidak binasa). Namun di dalam ilmu fizik, ingatan atau memori terbentuk daripada atom dan setelah kematian atom-atom ini akan musnah. Maka yang tertinggal ialah roh yang tidak lagi mempunyai atom ingatan. Terdapat banyak dalil tentang perkara ini. Apakah pandangan Islam mengenainya? Namun saya dapat menerima bahawa apa yang kita namakan sebagai roh itu adalah kehidupan yang mujarrad (bebas/tidak dapat dibahagi dll). Oleh itu ia tidak memerlukan atom ingatan. Atom-atom ingatan dan bahagian-bahagian yang lain hanyalah faktor-faktor bilangan yang dianggap melaksanakan tugas roh. 2. Pertanyaan kedua, menurut pandangan anda apakah alat pengetahuan manusia adalah sebahagian daripadanya? Andainya ada dua orang mendapat satu maklumat yang sama, apakah subjek itu berada di dalam mereka berdua? Dalam gambaran tersebut misalannya untuk satu jenayah, yang mana satukah akan menerima balasan?. 3. Pertanyaan selanjutnya, di dalam ilmu fizik "garis lintasan" atau “jejak” ruang masa setiap makhluk di namakan world line makhluk tersebut. Dengan bantuan diagram minoscope, ia dapat menunjukkan lintasan word line… Mungkin lebih baik “aku” itu kita anggap sebagai contoh atau format khusus di mana ia bertanggungjawab sebagai penyusun sistematik atom-atom yang masuk ke dalam badan “aku”. Dalam penafsiran ini, setiap manusia dapat mengetahui world line di dalam diagram minoscope. Apakah anda setuju dengan keadaan ini? Dan apakah contoh atau format yang sebenar? Apakah karakteristiknya? Apakah ia fizikal? Di manakah ia? Dari mana diarahkan? Apakah ia mempunyai pemikiran? Atau kebetulan ia terbentuk secara sistematik? Beberapa noktah yang mengejutkan dan menghairankan dapat difahami daripada kategori diagram-diagram. Noktah pertama ialah tidak ada kewujudan yang bebas dari badan. Ini dikeranakan bahagian-bahagian badan berada dalam keadaan berpindah ke badan yang lain. Noktah yang lain ialah seluruh kewujudan alam semesta saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak bermakna setiap makhluk yang bersendirian kerana kewujudannya sama sekali tidak ada. Setiap kemajuan (meskipun pernafasan dan memakan makanan) saling mengikat ciptaan di dalam talian world time yang panjang. Ini adalah penjelas sebenar yang tidak dapat dielakkan dan dunia sebagai sebuah ciptaan material dan sebuah gumpalan ruang angkasa yang luas - memasukkan zaman di mana semua ciptaan di dalamnya memberikan kesan terhadap nasib yang lain. Sejauhmana pun sebuah ciptaan sekalipun merasakan dirinya bersendirian dan terpisah, ia tetap tidak terpisah dalam kitaran dalam gagasan ini. Noktah yang lain tidak semesti kita menganggap diri sendiri sebagai himpunan sel-sel dirinya kerana di penghujungnya ia dihukum dengan kematian. Lebih baik kita anggap diri sendiri sebagai sebahagian daripada World time - ruang masa yang memiliki sebuah umur yang seiring dengan perpanjangan dunia. Oleh itu kematian tidak akan mempunyai beberapa makna dan tidak ada sebuah dalil pun kita dapat membayangkan ia sebagai fenomena yang ngeri. Jikalau bahagian-bahagian badan ini masih berterusan di dalam World time maka apakah makna kematian? Lebih baik nasib kita dikaitkan dengan kebanyakan kepercayaan bahawa dunia adalah azali dan diri kita juga adalah azali. 4. Akhir sekali alam ini adalah azali atau tidak? Apakah kepercayaan kebanyakan individu merupakan dalil yang meyakinkan tentang perkara ini?
Jawaban Global

Jawaban Global:

  1. Dari perspektif Islam "aku" merupakan sebuah realiti yang berbeza dengan tubuh badan. Ayat-ayat seperti berikut ini menegaskan dan menjelaskan makna dan hakikat ini.
  1. "Maka apabila Aku telah menyempurnakan penciptaannya, dan telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud."[i]
  2. "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain."[ii]
  3. "Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat membukakan tangannya, “Keluarkanlah nyawamu. Pada hari ini kamu akan dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.”[iii]
  4. "Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri."[iv]
  5. "Demi jiwa manusia dan Dzat yang telah menyempurnakannya, lalu Dia Allah mengilhamkan kepadanya (jalan) kefasikan dan ketakwaannya."[v]
  1. Manusia terbentuk sebagaimana yang dinyatakan dalam falsafah Aristotle, manusia bukanlah disusun dari jisim dan roh, namun roh itu mengiringi material.
  2. Ketika berbicara tentang kematian, al-Quran menggunakan kata tawaffa yang ertinya mendapatkan tanpa mengurangi. Ayat-ayat seperti ini merupakan penjelas terhadap noktah ini iaitu hakikat dan realiti insan ialah yang disebalik materialnya dan setelah pancaran ini dan dalam lingkup dimensi inilah dia tidak akan musnah. Cuma ia akan diserahkan kembali oleh para petugas ghaib kepada Tuhan tanpa adanya pengurangan.
  3. Roh adalah Jasmaniyyah Al-Hudūth, iaitu seluruhnya dilahirkan secara material, namun kewujudan adalah bebas (mujarrad).
  4. Penerimaan terhadap hipotesis lintasan gerak atau garis masa dan menerangkannya dengan diagram minoscope tidak membuktikan bahwa roh merupakan format khusus pengstrukturan atom-atom yang memasuki tubuh. Meskipun subjek-subjek secara ilmiah dan eksperimental menjadi prinsip pembahasan, pembatalan dan pembuktiannya tidak akan menimbulkan kekacauan dalam kaedah umum Falsafah.
  5. Seluruh kewujudan alam ini yang saling bergantung dan kesan saling mempengaruhi antara satu sama lain merupakan sesuatu yang dapat di terima. Manakala sistem kewujudan adalah sistem sebab-akibat, akan tetapi hal ini tidaklah bererti bahawa setiap sesuatu akan memberikan pengaruh kepada setiap sesuatu yang lain.
  6. Jika yang dimaksud dengan keazalian adalah alam material, maka kita tidak memiliki dalil keazaliannya. Namun jikalau maksudnya ialah keberkatan Ilahi, memang benar keberkatan Ilahi adalah kekal dan abadi, namun hal tersebut tidak menescayakan pada kelestarian alam material.
  7. Keyakinan sebahagian besar kelompok dalam satu masalah tidak dapat dijadikan argumen keyakinan atasnya. Keyakinan seperti ini berkemungkinan akibat munculnya sangkaan atau keyakinan psikologi dalam diri seseorang. Tetapi hal ini sama sekali tidak akan menyebabkan kepastian dan keyakinan secara logik dan menjadi dalil yang menafikan setiap kemungkinan yang bertentangan dengannya.

 


[i] . Qs. Al-Hijr (14):29.

[ii] . Qs. Al-Mukminun (23): 14.

[iii] . Qs. Al-An'am (6): 93.

[iv] . Qs. Al-Hasyr (59): 19.

[v] . Qs. Asy-Syams (91): 7-8.

 

Jawaban Detil

Dalam pertanyaan anda terkandung beberapa masalah dan noktah yang akan kami cuba jelaskan setiap satunya dengan memisahkan permasalahan antara satu dengan yang lain.

  1. Dengan mengamati teks-teks agama kita dapat menyedari tentang hakikat “aku” dan dapatlah kita simpulkan pandangan Islam sepert berikut:
  1. Dalam perspektif Islam "aku" merupakan sebuah realiti yang berbeza dari tubuh, dan pendapat ini disahkan oleh sekelompok ahli falsafah yang menyatakan: Realiti "aku" ialah bersih dan bebas daripada material di mana ia permulaan gerakan, renungan pemerhatian dan perasaan.[1] Beberapa ayat seperti al-Hijr (14): 29, al-Mukminun (23): 14, al-An'am (6): 93, al-Hasyr (59): 19, dan asy-Syams (91): 7-8, menjelaskan realiti ini.
  2. Insan seperti yang terdapat di dalam falsafah Aristotle bukanlah susunan jasmani dan roh,[2] namun roh itu mengiringi material.

Ketika berbicara tentang kematian, Al-Quran menggunakan perkataan tawaffa[3] yang berasal dari kata dasar wafa yang bermaksud memperlehi sesuatu tanpa mengurangkan. Rangkai kata “tawaffaytu al-māl” bererti "Saya memperoleh harta tanpa kekurangan". Ayat-ayat seperti ini menjelaskan bahawa hakikat dan realiti insan ialah dimensi non-material. Ia tidak akan musnah dalam lingkungan dimensi ini dan ia akan diambil dikembalikan kepada Tuhan oleh petugas ghaib tanpa dikurangkan.

Dalam surah as-Sajdah (32), ayat ke 11, Tuhan berfirman, "Katakanlah: Malaikat maut yang diwakilkan untukmu (mencabut nyawa) akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhan-mulah kamu akan dikembalikan." Dalam ayat ini, terdapat dua perkataan "kamu", bukannya "sebahagian daripada kamu" maka dapatlah disebutkan bahwa hakikat manusia (kamu) itulah yang terkandung dalam qabiḍul arwāh (pengambilan roh-roh) kecuali tubuh badan dan kelengkapannya akan musnah secara bertahap dan tidak akan dikembalikan ke suatu tempat.[4]

  1. Roh merupakan jasmāniyyatul huduth (جسمانية الحدوث), iaitu kelahiran material yang sempurna. Perkara ini dapat disandarkan dengan ayat ke 14 surah al-Mukminun yang menjelaskan tentang tahap penciptaan[5] iaitu pada hari pertamanya manusia adalah material dan jasmani. Akibat penukaran material ia menjadi bebas dan menjadi sebuah ciptaan baru yang tidak mirip dengan kesempurnaan-kesempurnaan yang ada sebelumnya, bahkan ia berubah menjadi sebuah material tanpa roh dengan bentuk sebuah kewujudan dan entiti yang mampu memahami.
  2. Dalam perspektif Islam roh merupakan sebuah persoalan non-material.

Sudah tentu kematian, kehilangan pemikiran serta saraf-saraf yang akan menyingkirkan kecerdasan duniawi manusia merupakan perbahasan yang dapat diterima. Namun ini tidaklah bermakna bahwa roh. kesedaran-kesedaran khayalan dan wahamnya akan binasa juga. Ini disebabkan dengan adanya gerak substansial sebenarnya roh telah sampai pada non-material alam mitsal, dan akan tetap kekal setelah mati, bahkan ia akan memiliki kewujudan yang lebih kuat dari kewujudan yang dimiliki sebelumnya di dunia ini. Yang positif dari perbahasan ini adalah otak dan sebagainya dianggap sebagai kelengkapan roh, di mana tanpa adanya alat dan sarana seperti ini, aktiviti-aktiviti roh di dunia material ini tidak mungkin untuk bergerak. Ahli falsafah mengemukakan berbagai dalil tentang kenon-materilan roh ini. Namun disebabkan kesempatan yang terbatas, kami menunda perbahasannya, dan kami hanya akan mengisyaratkan pendapat-pendapat Islam dalam masalah ini. 

Surah As-Sajdah (32) ayat ke 10 dan 11 mengandungi makna penting bahawa meskipun setelah mati, tubuh kamu akan hilang dan berserakan di dalam tanah, akan tetapi ada sesuatu daripada kamu yang tidak akan hilang dan sentiasa terjaga, dan sesuatu tersebut tak lain adalah roh kalian di mana malaikat maut bertugas untuk mengambilnya.

Atau surah Az-Zumar ayat ke 42, di mana Tuhan berfirman, "Allah mematikan jiwa (orang) ketika matinya".

Kini harus dikatakan, apakah kewujudan material adalah seperti ini, iaitu akan tetap terjaga setelah mati, tidak akan berserakan dan…, sudah tentu kewujudan  material tidak seperti ini, dan jikalau terdapat sesuatu yang tertinggal pada tubuh badan manusia maka sudah tentu ia adalah bahagian-bahagian tubuhnya. Bagaimana roh dapat dianggap sebagai tubuh yang bercerai berai tersebut? sedangkan ayat-ayat lain telah dinisbatkan kepada manusia tentang adanya perbuatan-perbuatan seperti bercakap dengan para malaikat, harapan, permintaan, dan sebagainya setelah kematian.[6] Apakah anggota tubuh yang bercerai berai di alam semulajadi layak untuk melakukan persoalan seperti ini? Oleh kerana itu harus dikatakan bahawa seluruh realiti manusia tak lain dan tak bukan adalah roh itu sendiri yang setelah kematiannya berada dalam kuasa malaikat maut dan tetap dalam keadaan terjaga, … dan hal ini merupakan argumentasi atas kenon-materialannya.[7] Sementara itu, kemusnahan dan kehilangan memori di mana ia adalah sebab-sebab yang tidak hakiki bagi roh di alam ini, maka ia tidak akan memberikan kerosakan terhadap roh dan masalah-masalah ingatan serta memorinya.

  1. Dalam Hikmah Muta'aliyah dikatakan bahwaa ʻālim (yang mengetahui), ma'lūm (yang diketahui) dan 'ilm (pengetahuan) dari aspek maʻlum bidzat (apa yang telah diketahui oleh insan sendiri secara realiti), iaitu boleh jadi ma'lum bilʻardh (معلوم بالعرض), dan kewujudan sesuatu itu sendiri eksternal, tunggal, namun maʻlūm bil dzat dan maʻlūm dzihni menjadi variasi dari pandangan beberapa orang yang menyedarinya.[8]
  2. Menerima hipotesis garis lintasan atau jejak ruang-waktu dan penjelasannya dengan diagram minoscope tidak dapat membuktikan bahwa roh merupakan bentuk khas untuk penstrukturan atom-atom yang memasuki tubuh. Selain itu, perincian mikro-mikro lebih banyak diterangkan khususnya dalam diagram minoscope dan World line manusia. Meskipun perkara ilmiah dan eksperimental menjadi ushul subjek, pembatalan dan pembuktian mereka tidak dapat merosakkan kaedah umum falsafah.
  3. Apa yang dimaksud dengan pernyataan bahawa tidak ada satupun kewujudan yang memiliki tubuh badan bebas?

Jika yang dimaksudkan di sini adalah tubuh di mana ruh akan keluar daripadanya, berada dalam kitaran makanan dan akan menjadi makanan untuk tubuh yang lain, maka menerima perkara ini tidak akan membuktikan kesimpulan yang telah anda ambil. Jika maksud anda adalah tanāsukh, iaitu jiwa di dunia berpindah dari satu badan ke badan lain yang tidak sama dengan badan pertama. Contohnya seekor haiwan mati dan jiwanya berpindah ke haiwan yang lain, atau berpindah ke bukan haiwan, maka di tempatnya sendiri membuktikan bahawa seluruh pembahagian-pembahagian tanāsukh adalah batil.[9]

  1. Kewujudan yang saling bergantung dan memberi pengaruh antara satu sama lain adalah sebuah persoalan yang dapat diterima. Dalam perbahasan falsafah ia dikatakan sebagai: Sistem kewujudan adalah suatu penyebab dan menerima sebab. Tidak ada suatu penerima sebab muncul sebelum penyebabnya dan tidak ada penyebab muncul setelah penerima sebabnya.  Walaupun kedua-duanya bersama-sama, martabat prioriti sentiasa terjaga. Ini bermakna pengaruh setiap sesuatu bukanlah dalam setiap sesuatu.

Oleh itu susunan kewujudan bukanlah seperti biji tasbih yang boleh didahulukan dan diakhirkan. Bahkan ia seperti rangkaian bilangan-bilangan di mana setiap juzuk tidak dapat mendahului atau mengakhiri berbanding kedudukan yang ia miliki.

Dalam Irfan pun dikatakan bahwa tajafi (ruang yang benar-benar kosong yang tidak ada satupun kewujudan di dalamnya) adalah mustahil dan masing-masing nama Tuhan diperuntukkan dalam posisi dan tingkatan khusus di mana ia dapat pengecaman nama-nama Ilahi dapat diingati. Seluruh kewujudan merupakan tanda-tanda Ilahi dan setiap simbol nama merupakan sebuah nama daripada nama-nama Ilahi.[10]

  1. Bagaimana dapat dibuktikan bahawa kita tidak mati sedangkan sebagian dari world line merupakan ruang waktu? Hanya sekadar tertinggalnya anggota-anggota tubuh, dan sebagainya, tidak akan dapat dijadikan dalil atas keabadian manusia, kecuali apabila dikatakan bahawa peribadi manusia ialah rohnya dan roh adalah mujarrad (bebas/tidak terikat dengan material), manakala perubahan, pergantian badan yang material dan pemisahan bahagian material tubuh tidak mempengaruhi keabadian roh. Dari sisi inilah manusia tidak akan mati, melainkan melakukan perjalanan dari satu marhalah satu ke marhalah yang lainnya.
  2. Katakan kita terima bahawa nasib kita adalah terikat dengan nasib seluruh alam, maka kematian yang tidak ngeri tidak dapat dibuat kesimpulan. Ketiadaan ngeri terhadap kematian merupakan sebahagian atas apa yang insan ketahui bahawa identiti dan keperibadiannya akan tetap berkekalan setelah mati, bukannya setiap satu daripada bahagian-bahagian badannya berada di suatu tempat.
  3. Mengenai pertanyaan anda tentang apakah alam ini abadi? Jikalau alam yang dimaksudkan adalah alam material, maka kami tidak mempunyai dalil tentangnya. Oleh kerana sejumlah daripada alam ini bukan berada disebalik fizikal. Manakala setiap sesuatu yang baharu didahului dengan tidak wujud. Oleh itu sejumlah alam itu adalah baharu. Namun jika maksudnya adalah keberkatan Ilahi, maka hendaklah dikatakan bahawa keberkatan Ilahi dan kurniaannya adalah kekal abadi. Namun bukanlah bermaksud alam semesta perlu terus berlanjutan.[11]
  4. Namun mengenai pertanyaan apakah kepercayaan-kepercayaan kebanyakan orang dapat dijadikan dijadikan dalil yang diyakini? Jawapannya adalah tidak. Ini disebabkan jika sebilangan besar bersepakat dalam satu perkara, boleh jadi disebabkan munculnya prasangka atau keyakinan psikologi seseorang semata-mata. Namun perkara begini tidak sekali-kali menyebabkan ketentuan dan keyakinan sesuatu yang logik dan berbukti, di mana ia menafikan seluruh perkara yang berkemungkinan bertentangan dengannya. Skop khusus tentang perkara ini iaitu perbahasan asal usul hipotesis dan teori World line terlalu banyak.[]

 


[1] . Syarh al-Isyārat, Ibnu Sina, jil. 2, hal. 289-308.

[2] . Sila lihat teori Plato mengenai roh dan jiwa, Tārikh-e Falsafeh-ye Yunān wa Rum, jil. 1, Capleston, hal. 239-248; demikian juga tentang teori Aristotles, Ibid, hal. 373-378.

[3] . Penjelasan ini disebutkan 14 kali di dalam al-Quran.

[4] . Dalam surah Al-Zumar, ayat ke 42 difirmankan, "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya ..." dan dalam surah Al-An'am ayat ke 60 dijelaskan bahawa,  "Dan Dia-lah yang menidurkanmu ..." , tentunya intisari bahawa manusia taklain adalah roh dapat pula difahami daripada ayat-ayat al-Quran yang lainnya, misalnya dalam surah al-Insan ayat ke 1 yang menjelaskan, "Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum berbentuk sesuatu yang dapat disebut?", dengan memperhatikan ayat ini dapat dikatakan bahawa meskipun sebelum ditiupkan roh, terlebih dahulu manusia melalui beberapa peringkat seperti nutfah, gumpalan daging dan sebagainya, akan tetapi ketika itu belum dalam sesuatu yang dapat disebut dengan bentuknya.

[5] . Di antara ahli falsafah, Mulla Shadra dengan ilham dari ayat ini dan ayat-ayat yang lain memaparkan teori berikut tentang jiwa (roh), silakan lihat: Asfar, jil.8, hal. 230; Syawāhid Ar-Rububuyyah, hal. 221-223.

[6] . Silakan lihat, An-Nisa (4): 97; As-Sajdah(32):10-11.

[7] . Untuk keterangan lebih lengkap rujuklah: Kitāb Ashālat-e Ruh az Nadzar-e Qurān, Ja'far Subhani, hal. 16-46.

[8] . Untuk informasi lebih jauh sila lihat: Āmuzesy Falsafah, jil.2, Misbah Yazdi, hal. 230-240; Syarh Manzumah, Syahid Muthahhari, jil. 2, hal. 9-58.

[9] . Sudah tentu, jelmaan dapat diasumsikan dengan dua bentuk lain yang tidak batal dan ayat-ayat al-Quran memperbolehkannya, iaitu: a. Perpindahan jiwa dari tubuh ini ke tubuh ukhrawi di mana tubuh ukhrawi ini diperoleh oleh jiwa ini di dunia sesuai dengan sifat-sifat dan etika yang sebelumnya, b. perwujudan batin dan revolusi bentuk lahiriah ke dalam bentuk batiniah.

[10] . Tahrir Tamhid Al-Qawāid, Ayatullah Jawadi Amuli, hal. 234-416.

[11] . Qabisat, hal. 32; Ta'liqah bar Nihāyatul Hikmah, jil. 2, Misbah Yazdi, hal. 404-405; Nihāyatul Hikmah, Allamah Thabathabai, hal. 323-326.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits