Carian Terperinci
Pengunjung
3931
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Dalam salah satu ayatNya, Allah swt berfirman kepada RasulNya s.a.w, "Katakanlah, “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku sendiri, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Apakah dengan menuntut syafâ'at, hajat dan penyembuhan daripada Rasulullah s.a.w tidak bercanggah (kontra) dengan apa yang terdapat pada ayat ini?
soalan
Dalam salah satu ayatNya, Allah swt berfirman kepada RasulNya s.a.w, "Katakanlah, “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku sendiri, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Apakah dengan menuntut syafâ'at, hajat dan penyembuhan daripada Rasulullah s.a.w tidak bercanggah (kontra) dengan apa yang terdapat pada ayat ini?
Jawaban Global

Apa yang diungkapkan dalam ayat suci ini adalah tentang pembuktian tauhid perbuatan dan penafian kebebasan hakiki Rasul dari Tuhan dalam aspek wujud dan seluruh perkara yang berkaitan dengan wujud, oleh sebab itu, sama sekali tidak ada percanggahan dan pertentangan dengan ayat-ayat yang menisbatkan perbuatan, syafâ'at dan yang sepertinya dengan izin Allah kepada Rasulullah s.a.w, dan ayat-ayat yang mengajak kita untuk merujuk kepada para wali Tuhan termasuk Rasulullah s.a.w, kerana syafâ'at, memenuhi hajat, dan memberi kesembuhan yang telah dilakukan oleh beliau termasuk seluruh perbuatan beliau berada dalam rangkaian menegak (vertikal) daripada perbuatan Tuhan dan dengan izin dan kehendakNya.

Pada hakikatnya, Rasulullah s.a.w dengan kemuliaan ini dan sepertinya telah menafikan pendakwaan ketuhanan atau ke-Rububiyyahan-nya. Berbeza dengan agama Kristien dan Ghaliyan (ghuluw) yang sepakat dengan ketuhanan Isa al Masih a.s dan Imam Ali a.s atau mereka yang menganggap para pemimpin gereja sebagai Tuhan-nya dan mendahulukan penyataan-penyataan mereka itu atas hukum-hukum Tuhan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, meskipun kita diperintah untuk merujuk kepada Rasulullah s.a.w dan menghormatinya, akan tetapi sama sekali tidak ada keizinan untuk mengangkatnya pada darjat ketuhanan atau rububiyyah dan meletakkannya sejajar dengan darjat zat suci Tuhan.

Selain itu, kita juga berkewajiban untuk mengambil pelajaran dari sirahnya dan menganggap seluruh wujud dan kesempurnaannya adalah kurniaan Ilahi, sehingga dengan demikian kita tidak akan terjebak dalam keangkuhan dan kesalahan.

Jawaban Detil

Ayat kelapan dari surah al Anfal dan juga ayat keempat puluh sembilan surah Yunus serta ayat-ayat yang sepertinya ini hanya menafikan kebebasan hakiki dalam wujud dan perbuatan peribadi Rasulullah s.a.w, dan ketika kemungkinan kebebasan ini dinafikan daripada Rasulullah s.a.w -sebagai makhluk pertama- maka penafian ini akan berlaku atas seluruh manusia dan seterusnya ke atas seluruh wujud (makhluk) selainNya.

Ayat mulia ini merupakan intepretasi dari ayat-ayat seperti ayat ke-64[1], 79[2] dan ayat ke 80[3] dari surah Ali-Imran yang menafikan dakwaan ketuhanan dan rububiyyah para Nabi dan menekankan kepada masyarakat untuk menerima ajaran benar ini. Di sini, Rasulullah s.a.w bukan saja tidak memperkenalkan dirinya sebagai pelaku dan pemilik kehendak mutlak dan otonomi daripada Tuhan dan mendakwa ketuhanan dan rububiyyah di hadapan masyarakat, malah beliau menganggap seluruh realiti wujudnya bersumber dan bergantung mutlak kepada Tuhan.

Sebagai contoh, manfaat dan bahaya dalam perbuatan-perbuatan manusia. Oleh sebab tujuan semua perbuatan di kalangan majoriti manusia adalah untuk mengambil manfaat dan menghindar daripada kerugian, dan bukan sesuatu yang lain daripadanya. Jika tidak demikian, maka seluruh kewujudan, perbuatan, dan kesempurnaan mereka adalah dari pihak Tuhan, dan bukan hanya sebagai mengambil manfaat dan menghindar daripada bahaya.

Asas dan intipati tauhid perbuatan dan tauhid sifat (di mana seluruh kesempurnaan makhluk merupakan kurniaan Ilahi dan hanya Dia yang memiliki kesempurnaan mutlak dan sumber kesempurnaan itu sendiri) tidak lain iaitu manusia mengetahui bahawa kesempurnaan, kemampuan, kudrat, dan perbuatan-perbuatannya berasal dari Tuhan, tidak mementingkan diri sendiri (egosentrik)  atau eksosentris, dan jika terdapat kebaikan yang sampai kepadanya:

a.      Tidak menganggap dirinya sebagaimana Qarun yang melihat semuanya berasal daripada dirinya sendiri dan mengatakan, "Harta dan kekayaan ini aku peroleh daripada ilmuku sendiri."[4]

b.      Tidak seperti Para Qibti yang berpandangan sempit yang menganggap pihak lain sebagai penentu segala sesuatu dan sepakat dengan uluhiyyah dan rububiyyah Fir'aun.[5]

c.      Tidak seperti Fir'aun dan Namrud yang menganggap dirinya sebagai pemilik kehendak dan mengatakan, "Akulah tuhanmu yang paling tinggi." (Qs. An-Naziat: 24)

d.      Tidak menganggap sesuatu bersumber daripada selainNya, atau tidak menganggap "yang selainNya" itu merupakan perantara Tuhan, dan jangan sampai mengatakan, "Yang menghilangkan kesulitanku, pertama adalah Tuhan, setelah itu si Fulan." dimana dalam keadaan ini dia telah musyrik bukan muwahhid (yang mengesakanNya) sebaliknya dalam seluruh kondisi semestinya bersyukur kepadaNya di mana kemampuan dan kesempurnaan telah diberikan kepadanya atau kesulitan dan masalahnya telah diselesaikan dengan salah satu perantara daripada para perantaraNya. Dan ini tidak lain merupakan sebuah pelajaran yang diberikan oleh ayat-ayat ini dan ayat-ayat sepertinya kepada kita, dan peribadi Rasulullah s.a.w merupakan teladan yang tinggi untuk seluruh manusia supaya dengan semakin tinggi kedudukannya, makrifat, dan pengetahuannya, maka kerendahan hatinya terhadap Yang Haq akan semakin besar juga dan akan semakin mensyukuri nikmatNya melebihi daripada yang sebelumnya.[6] Oleh sebab itu, dikatakan bahawa ayat-ayat ini berada pada tempatnya untuk menafikan maqâm rububiyyah dan kebebasan wujud daripada Rasulullah s.a.w, dan hal ini tidak bertentangan dengan ayat-ayat yang memerintahkan kepada kita untuk merujuk kepada Rasulullah s.a.w dan meminta hajat, menyelesaikan masalah, atau meminta kesembuhan dan syafâ'at daripadanya, kerana di sini yang ada adalah penafian kebebasan wujud sedangkan di sana adalah pembuktian perbuatan dalam rangkaian perbuatan Tuhan dengan izinNya. Sebagaimana telah berulangkali dikatakan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s meskipun dinisbatkan kepadanya, akan tetapi hal-hal tersebut telah dibatasi dengan penyataan 'biizni' (dengan izinKu)[7], hal ini untuk menghindari kekeliruan pemahaman yang banyak terjadi berkaitan dengan uluhiyyah dan kebebasan yang harus dinafikan daripada Nabi.

Oleh sebab itu, haruslah berhati-hati supaya pemahaman kita berkaitan dengan kedudukan spiritual dan karamah-karamah yang baginda tunjukkan tidak akan menyebabkan kita menganggap baginda memiliki kebebasan hakiki dan terlepas dari wilayah Tuhan, melainkan tetap dengan penghormatan yang layak terhadap kedudukan hakikinya, kita tetap harus meletakkan bahawa baginda termasuk salah satu ciptaan Zat Qudus dan bergantung mutlak kepadaNya serta merupakan hambaNya yang sejati.[]

 

Untuk Rujukan Lebih Jauh:

Jawadi Amuli, Abdullah, Marâhil Akhlâq dar Qurân, Basyr Isra', Qom.

Allamah Thabathabai, Muhammad Husain, Barrasi-hoye- Islâmi, Nasyr Hijrat, Qom, m/s. 269- 277.

Rujuk Kitab: Tafsir Al-Mizan dan seluruh tafsir lainnya dalam penjelasannya tentang ayat ke 8 surah Al-Anfal dan ayat ke 64, 79, dan 70 surah Ali-Imran.



[1] . Katakanlah, “Hai ahli kitab, marilah (berpegang teguh) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah.” Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka, “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

[2] . Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmah, dan kenabian, lalu ia berkata kepada manusia, “Hendaklah kamu menjadi hamba-hambaku, bukan hamba Allah.” Akan tetapi (sewajarnya ia berkata), “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, sebagaimana kamu selalu mengajarkan al-Kitab dan mempelajarinya”,

[3] . Dan (tidak wajar pula ia) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) ia menyuruhmu berbuat kekafiran setelah kamu (menganut agama) Islam?”

[4] . Qarun berkata, “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku.” (Qs. Al-Qashash: 78)

[5] . Maka Fira‘un meremehkan kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya.(Qs. Az-Zukhruf: 54)

[6] . Rujuk kitab: Marahil Akhlaq dari Quran, m/s. 86-101.

[7] ."… (ingatlah pula) ketika kamu membentuk daripada tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizinKu, …" (Qs. Al-Maidah: 110)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits