Carian Terperinci
Pengunjung
6594
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Apakah maksud tiada keterpaksaan dan tidak bebas secara mutlak, tetapi ianya perkara diantara dua perkara? Adakah itu bererti pencampuran antara keduanya, atau bukan?
soalan
Apakah maksud tiada keterpaksaan dan tidak bebas secara mutlak, tetapi ianya perkara diantara dua perkara? Adakah itu bererti pencampuran antara keduanya, atau bukan?
Jawaban Global

Terdapat pelbagai hadith yang mempunyai ungkapan “tiada keterpaksaan dan tidak bebas secara mutlak tetapi berada di antara keduanya secara seimbang” yang berasal dari para Imam Ahli Bait a.s dalam mematahkan dua pendapat yang tidak benar iaitu keterpaksaan (جبر) dan kebebasan secara mutlak (تفویض). Pada hakikatnya perkara ini merupakan sebuah pemikiran yang tersendiri dan sangat terperinci di mana menjelaskan ikhtiarnya manusia secara benar. Tiga pendapat di atas, menjawab pertanyaan-pertanyaan asasi tentang perbuatan yang dihasilkan oleh manusia, adakah perbuatan tersebut disandarkan kepada kehendaknya Allah swt dan manusia tiada sebarang campur tangan, atau ianya disandarkan kepada manusia secara mutlak dan ianya tiada lagi kaitannya dengan Allah swt dan atau perbuatan tersebut adalah dengan kehendak manusia dan kehendaknya Allah swt? Asyairah menyandarkan perbuatan manusia kepada Allah swt di mana ianya seperti jamadat (objek yang tidak bergerak) yang mana ianya tidak mempunyai sebarang iradah dan ikhtiar dan inilah pendapat keterpaksaan dalam pemikiran mereka. Mu’tazilah berkeyakinan bahawa hanya manusia yang memberi kesan dalam amal perbuatan mereka dan juga merupakan penyebab yang sempurna dalam perkara tersebut di mana Allah swt tidak lagi masuk campur dalam dalam urusan manusia dan pendapat ini dinamakan tafwidh (تفویض). Tetapi mazhab Syi’ah mengikuti pendapat para Imam maksum a.s di mana jabr dan tafwidh tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat dalam perbuatan manusia. Tetapi penjelasan tepat akan perbuatan manusia adalah jalan tengah di antara keterpaksaan dan kebebasan mutlak. Manusia memiliki ikhtiar dan kudrat dalam melakukan atau meninggalkan sesuatu. Tetapi ikhtiar dan kudrat ini merupakan pemberian dari Allah Swt, dan kemampuan manusia itu tidak dapat menafikan kudratnya Allah swt. Dalam kata lain, asas pandangan jabr adalah menafikan campur tangan kehendak serta pilihan manusia dalam perbuatan yang dilakukan olehnya. Dan asas pandangan tafwidh adalah manusia merupakan penyebab yang sempurna dalam perbuatannya dari segi kudrat dan ikhtiar. Adapun asas pemikiran amrun bainal amrain dengan menyandarkan perbuatan manusia adalah dengan kehendaknya Allah swt dan kehendaknya manusia.

Oleh sebab itu amrun baina amrain (pertengahan di antara keduanya) merupakan pendapat yang tersendiri dan ini bermakna perbuatan yang dilakukan oleh manusia disandarkan kepada kehendaknya sendiri dalam masa yang sama disandarkan juga kepada kehendaknya Allah swt. Tetapi kehendak dan ikhtiar manusia bukan berada setara dengan kehendaknya Allah swt sehingga menjadi sekutu dengan kehendaknya Allah swt, namun ianya berada di bawah salasilahnya kehendak Allah swt; iaitu kehendak, ikhtiar dan kudrat manusia adalah salah satu dari sebab-sebab sempurnanya sesuatu perbuatan dengan ikhtiarnya sendiri. Oleh itu, manusia bukanlah terpaksa; kerana ukuran ikhtiar adalah kudrat dan kehendak terdapat pada manusia, dalam masa yang sama dia juga tidak mempunyai ikhtiar yang mutlak ; maka muqadimah perbuatan dia bukanlah dalam ikhtiarnya. Dan inilah yang dikatakan amrun baina amrain di mana kesemua perbuatan yang dilakukan oleh manusia adalah dari dalam diri manusia. Dengan demikian, pemikiran amrun baina amrain membuktikan ikhtiar manusia dengan menjaga hubungan sebab dan akibat akan perkara tersebut dengan kehendak Allah swt. Pandangan ini dengan begitu jelas dan baik, dapat menerangkan perbuatan manusia yang mempunyai ikhtiar berbanding dengan pandangan yang dijelaskan oleh pendapat jabr dan tafwidh  yang tidak mampu menjelaskan perkara tersebut dengan baik.

Jawaban Detil

Terdapat banyak hadith yang mengandungi ungkapan “tidak keterpaksaan dan tidak bebas secara mutlak tetapi berada antara keduanya secara seimbang (al-amr bainal amrain)” yang berasal dari para Imam Ahlulbait a.s, sebagai kritikan atas dua pemikiran keliru Jabr dan Tafwidh. Pada hakikatnya, ini adalah sebuah bentuk pemikiran tersendiri dan terperinci dalam menjelaskan secara tepat ke atas perbuatan manusia yang berdasarkan kehendak dan pilihannya sendiri.[1] Perbahasan tentang jabr, ikhtiar dan amr bain amrain merupakan pembahasan yang sangat rumit dari segi kalam, falsafah dan akhlak, di mana untuk merasai dan memahaminya memerlukan pemikiran yang mendalam. Sebagai mukaddimah, terlebih dahulu perlu dibahaskan tentang definasi perkataan-perkataan dan selepas itu akan masuk kepada perbahasan yang aslinya.

Jabr” bermakna manusia dalam perbuatannya adalah terpaksa dan dirinya tidak memiliki pilihan. Dengan kata lain, perbuatan para hamba disandarkan kepada Allah Swt. [2] Adapun “ikhtiari” adalah bertentangan dengan jabr, lebih tepat disebut sebagai tafwidh.[3] Dalam erti kata lain, mahluk yang bernyawa (seperti manusia- memiliki kudrat, di mana dia merupakan sumber perbuatannya sendiri dan dia mempunyai kudrat untuk meninggalkan perbuatannya. Dan berdasarkan ilmu,ikhtiar dan keinginannya sendiri, itulah sebuah perbuatan yang dia lakukan atau dia tinggalkan. Dalam perkara ini tidak ada yang mempengaruhinya, Allah swt sekalipun. Dengan kata lain, seorang hamba itu adalah secara mutlak dalam perbuatannya, dan perbuatannya adalah dengan ikhtiarnya dan telah terpisah dari Allah.[4] Inilah keyakinan yang diyakini oleh kaum Mu’tazilah.

Para mutakallim Asy’ari telah menyandarkan semua perbuatan manusia kepada Allah swt di mana ianya adalah seperti jamadat yang tidak mempunyai sebarang ikhtiar dan ini bermakna jabr adalah maktab yang diyakini oleh mereka. Tetapi pandangan mazhab Syiah yang mengikuti pandangan para Imam maksum a.s di mana  bukan jabr mahupun tafwidh mampu memberikan penjelasan tepat dan rinci terhadap perbuatan manusia tetapi adalah jalan pertengahan di antaranya. Manusia dalam melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan, memiliki ikhtiar dan kudrat. Tetapi kuasa dan ikhtiar adalah pemberian Allah swt dan kudrat manusia tidak dapat menafikan kudratnya Allah swt. Dengan kata lain, kumpulan yang menafikan kehendak dan ikhtiar manusia dikenali sebagai jabriyun atau jabariah dan kumpulan yang menafikan kehendak Allah swt dinamakan pengikut tafwidh. Adapun menurut kami, keinginan, kuasa dan pilihan manusia berada di bawahnya salasilah kehendak dan kudratnya Allah Swt.

Berkemungkinan, dengan contoh berikut perbahasan ini akan lebih jelas. Andaikan seseorang telah mengasuh dan menjaga seorang anak lelaki daripada kecil dengan segala kemudahan, kebajikan dan pendidikan. Apabila usianya telah sampai pada usia untuk berkahwin, dia mengahwinkan lelaki tersebut dengan anak gadisnya dan menyediakan rumah serta pekerjaan yang sesuai untuk mereka dan telah meletakkan syarat kepada anak lelaki tersebut yang mana selagi dia hidup kehidupan anak menantunya akan ditanggung dan akan dilindungi dengan syarat mereka berada di bawah penjagaannya. Seluruh kemudahan kebajikan dan pendidikannya disediakan. Jika dikatakan bahawa anak lelaki ini tidak mempunyai sebarang fungsi dan seluruh kehidupannya, perbelanjaannya dan rumah yang diberikan kepadanya adalah milik mertuanya yang baik hati, ini akan berpihak kepada pendapat jabr, dan jikalau dikatakan bahawa mertua yang baik hati tersebut dengan pemberian daripada harta yang dimiliki dan tidak lagi pemlik kepada harta tersebut, dan menantunya adalah pemilik yang mutlak terhadap semua pekerjaan dan harta tersebut, maka perkara ini akan cenderung kepada tafwidh. Tetapi jika dikatakan kedua-dua iaitu mertua dan menantu adalah pemilik dan adalah perlu bagi menantu itu mendapatkan keizinan untuk menggunakan, termasuk dalam membelanjakan semua harta tersebut yang berada di dalam lingkungan pemilikan yang dimilki oleh mertuanya, perkara ini akan menjadi amrun bainal amrain di mana dapat diterima ikhtiar dan pemilikan di bawah salasilahnya mertua yang baik hati. Tetapi ikhtiar ini sama sekali tidak akan menjadikan pemilik yang asli iaitu terpisah dari campur tangan dan ikhtiar.

Jelaslah bahawa, amrun bainal amrain adalah lebih terperinci dengan contoh tersebut di mana contoh ini dengan perkara tersebut dalam usaha menjelaskan perkara ini dengan mendalam memerlukan kepada mukaddimah-mukaddimahnya falsafah. Tetapi secara ringkas, yang mana keberadaan setiap maujud tanda-tandanya, merupakan manifestasi daripada wujudnya Allah swt. Tidak ada setitik zarrah pun di dunia ini yang terkecuali daripada berada dalam siraman cahayaNya kerana, setiap perbuatan, pekerjaan dan kesan di mana yang dilakukan oleh maujud adalah perbuatan dan kesan dari Allah swt. Maka dengan sedemikian rupa di mana keberadaan, keadaan dan pancaindera dan ciri-ciri manusia itu berasal daripada Allah swt, hakikatnya perbuatan, kelakuan dan pekerjaan dan kesannya juga mempunyai kaitan denga Allah swt. Dengan meneliti keterangan ini dapat diketahui bahawa kedua-dua pendapat jabr dan tafwidh adalah tidak benar; maka dalam masa yang sama hakikatnya manusia telah wujud dan keberadaan itu dinisbahkan kepadanya dan dalam masa yang sama juga keberadaanya juga telah dinisbatkan kepada Allah swt dan keberadaan manusia juga adalah didapati daripada Zat suciNya. Dengan demikian bahawa seluruh perbuatan dan perlakuan manusia itu secara hakikat dan nyata adalah berasal dari dirinya sendiri, dan dengan dalil ini pula ianya dinisbahkan kepada Allah swt. Oleh itu, seluruh keberadaannya adalah berasal daripada Allah swt, seluruh keadaan dan kesan kewujudannya (termasuk perbuatannya yang dengan ikhtiar) adalah berhubung dengan Allah swt.

Oleh demikian, perbuatan manusia dengan ikhtiarnya (ianya adalah hakikat bukanya perumpamaan) adalah dikaitkan dengan dirinya sendiri dan hakikat itu juga mempunyai kaitan dengan Allah swt. Perkara yang dikatakan berkaitan dengan manusia adalah berasaskan kudrat dan kehendaknya dan dia dipengaruhi oleh keazaman, keputusan dan kecenderungannya untuk melakukan perkara tersebut. Dan perkara apa yang dikatakan berkaitan denga Allah swt adalah keberadaan manusia dan semua yang kesannya adalah berkaitan dengan kewujudannya seperti perbuatannya adalah akibat (معلول) dan mempunyai hubungan yang erat dengan Allah swt.[5]

Oleh sebab itu, amrun bainal amrain bermakna apabila suatu perbuatan itu disandarkan kepada manusia, dan ianya juga disandarkan kepada kehendak Zat suci Allah swt. Tetapi kehendak dan ikhtiar manusia bukanlah dalam andaiannya Allah swt sehingga menjadi sekutu dalam kehendaknya Ilahi, tetapi dengan keterangannya di mana telah diandaikan di bawah salasilah kudratnya Ilahi; iaitu kehendak, ikhtiar dan kudratnya manusia,  merupakan kudrat dan kehendak yang terdapat dalam dirinya dan pada masa yang sama juga dia tidaklah memiliki ikhtiar yang mutlak. Maka mukaddimah kepada perbuatannya bukanlah di dalam ikhtiarnya. Dan inilah maknanya amrun bainal amrain di mana kesemua perbuatan manusia adalah dari dirinya sendiri.[6] Dengan demikian pemikiran amrun bainal amrain ini membuktikan bahawa ikhtiar manusia tetap menjaga hubungan sebab dan akibat (causality) tersebut terhadap kehendak yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan dapat menyanggah pandangan jabr dan tafwidh.



[1]. Biharul Anwar, Bab I dan II dari Bab al-Adl, hal. 2-84

[2] . Ali Jurjani, al-Ta’rifat, hal. 106. Beirut. – Farhang-e ulume Aqli, Ja’far Sajjadi, hal. 189

[3] . Ikhtiar bermaksud kemampuan melakukan atau meninggalkan sebuah perbuatan kita sendiri, ini juga merupakan tanda sebuah kudrat.  

    Dengan argumentasi ahli falsafah, kemampuan iktiar manusia akan dibuktikan dan pandangan amrun bainal  amrain akan jelas  

    kewujudann perbahasannya. Adapun tafwidh yang penjelasannya datang dari kelompok Mu’tazilah dalam menjelaskan pilihan mutlak  

   manusia, dalam kerangka keterputusan hubungan antara perbuatan manusia dengan Allah swt Yang Maha Agung.

[4] . Farhang-e ulume Aqli, hal.37

[5]. Ja’far Subhani, Jabr wa Ikhtiar, Hal. 286-291, Âmuzesy Kalam Islami, Saidi Mehr, 1/358-359

[6] . usul Falsafah wa Rawesye Realism. Allamah Thabathabai, 3 161-174

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits