Pengunjung
5077
Tarikh Kemaskini 2011/05/10
Ringkasan pertanyaan
Mengapa sebahagian ayat al-Qur’an tidak selaras dengan kemaksuman para nabi Allah?
soalan
Mengapa sebahagian ayat al-Qur’an tidak selaras dengan kemaksuman para nabi Allah?
Jawaban Global

Dalam menjawab pertanyaan di atas, harus dikatakan sebagai berikut:

1.             “Kemaksuman” merupakan sebuah kedudukan kejiwaan pada seorang maksum yang menyebabkan ia terpeliharanya dari maksiat dan segala perbuatan tercela, dan keadaan ini juga menjaganya dari segala jenis kesalahan dan kelupaan, serta tidak menjadi terkekangnya ikhtiar seorang maksum atau keterpaksaannya.

2.             Rahsia kemaksuman para nabi ialah penyaksian (shuhud), keyakinan dan iman sempurna serta kecintaan kepada.

3.             Zat Ilahi, dan merasakan (istisy’ār) keagungan Tuhan serta sifat jamal dan jalal-Nya. Di samping itu, dianugerahkan kepada mereka penegasan dan pertolongan Tuhan untuk memperkuat dan menjaga para nabi dari kejahatan syaitan-syaitan dan hawa nafsu.

4.             Terdapat dalil-dalil rasional yang tak-berhitung tentang keharusan maksum pada para nabi di antaranya adalah menunaikan matlamat.

5.             Apabila ayat-ayat al-Qur’an bertentangan dengan dalil-dalil akal, hendaklah makna yang sahihnya dicari dengan memperhatikan kandungan ayat-ayat tersebut, manakala permulaan pada zahir-zahir ayat hendaklah diabaikan.

6.             Terdapat banyak ayat-ayat yang menunjukkan kewujudan dan kemestian maksum para nabi, walaupun redaksi “maksum” tidak disebutkan pada ayat tersebut.

a.             Dalam al-Qur’an terdapat ayat-ayat yang memandang para nabi sebagai orang-orang mukhlas, misalnya pada ayat 45 hingga 48 surah “Shad.” Dan orang yang disebut mukhlas adalah orang yang tidak disesatkan oleh syaitan.

b.            Di dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menjelaskan adanya “petunjuk Ilahi” pada para nabi, seperti ayat-ayat 84 hingga 90 surah al-An’am. Dan orang yang termasuk mendapat petunjuk Ilahi, oleh itu kesesatan dan ketergelinciran tidak bermakna untuk mereka.

c.             Allah (s.w.t), dalam kebanyakan ayat seperti ayat-ayat 31-32 surah Ali Imran, ayat 80 surah al-Nisa, ayat 52 surah al-Nur telah memerintahkan manusia untuk mengikuti para nabi dan menyeru manusia untuk menaati mereka tanpa syarat. Dan jelas bahawa kewajiban untuk taat tanpa dolak dalih kepada seseorang yang terbukti adanya kemaksuman padanya.

d.            Ayat-ayat 26 hingga 28 surah al-Jin menunjukkan tentang pemeliharaan seluruh dimensi pada para nabi dari sisi Allah (s.w.t).

e.             Ayat Tathir (Ahzab 33) menunjukkan dengan jelas atas kemaksuman pada pribadi Nabi (s.a.w).

7.             Ayat-ayat yang secara zahir tidak sesuai dengan darjat kemaksuman atau dalam bentuk kalimah bersyarat sebenarnya tidak menunjukkan terjadinya maksiat, atau pada hakikatnya orang-orang berimanlah sebenarnya menjadi orang yang dibicarakannya (mukhatab), bukan para nabi.

8.             Banyak keraguan tentang kisah maksiat yang dilakukan Adam dapat dikatakan bahawa, pertama, larangan pada ayat berkaitan dengan pembahasan ini adalah larangan irsyadi (pedoman) bukan larangan maulawi (dihukum jika melanggar perintah). Kedua, apabila larangan ini adalah larangan maulawi, maka ia tidak tergolong pada larangan yang diharamkan. Hal ini juga semata-mata termasuk sebuah tark awla (meninggalkan yang utama) dan bukan sebuah perbuatan dosa. Ketiga, dunia dan kediaman yang dihuni oleh Nabi Adam ketika itu bukan dunia taklif. Maka sudah tentu ia tidak sama dengan selain dunia taklif di mana ketika itu tidak dihitung sebagai pengistilahan maksiat.

9.             Apabila Tuhan memberi kata tajam dengan para nabi ulul azmi, ia disebabkan mereka juga adalah manusia yang memiliki syahwat, amarah, kekuatan haiwani dan nafsani yang memerlukan petunjuk dan bimbingan Ilahi di mana mereka akan binasa jikalau diserahkan pada mereka sebentar sahaja.

Jawaban Detil

Untuk menjawab pertanyaan yang diajukan, pertamanya kita harus mengupas makna kemaksuman (‘ishmah). Allamah Thaba-thabai (q.s) berkata, “Yang kami maksud dengan ishmah adalah adanya sesuatu pada diri seorang maksum yang mencegah terjadinya sesuatu yang tidak dibenarkan, seperti berbuat kesalahan atau maksiat.”[1]

Fadhil Miqdad salah seorang agamawan veteran Syi’ah mengemukakan sebuah definisi yang lebih sempurna, “Ishmah merupakan kemurahan yang dianugerahkan Tuhan kepada seorang mukallaf sehingga dengan adanya kemaksuman ini maka tidak ada motif bagi seorang mukallaf untuk meninggalkan ketaatan atau mengerjakan maksiat, meski pun ia mampu melakukan hal tersebut. Anugerah yang dihasilkan ini mengiringi kemunculan (penguasaan sempurna) bagi mukallaf tersebut, iaitu yang mencegahnya untuk tidak berbuat maksiat. Di samping itu, ia mengetahui ganjaran ketaatan dan hukuman maksiat serta takut terhadap hukuman kerana melakukan tark awla atau perbuatan yang dilupakan.”[2]

Noktah yang harus diperhatikan di sini adalah bahawa “ishmah” sekali-kali tidak pernah memaksa seorang maksum untuk melaksanakan ketaatan atau meninggalkan maksiat. Ia tidaklah menyebabkan seorang maksum tidak memiliki kekuatan untuk melakukan perbuatan dosa dan dinafikan ikhtiar daripadanya. Tetapi iman sempurna, ilmu dan takwa di tingkatan tertinggi telah menahannya untuk berbuat dosa. Dengan sebuah pertuturan: Dengan merasakan (istisy’ār) keagungan Tuhan dan memberi perhatian terhadap keindahan dan kesempurnaan-Nya menjadi penghalang seorang maksum untuk tidak terjurumus dalam lubuk maksiat atau meninggalkan ketaatan kepada Tuhan. Di samping itu, dalam kaitannya dengan para nabi dan maksum, terdapat banyak riwayat yang menegaskan bahawa mereka mendapat pertolongan Ilahi, dan Allah (s.w.t) menguatkan mereka dengan perantara Ruhul Qudus, Ruhul Iman, Ruhul Quwwah, Ruhusyahwat dan Ruhulmudrij.”[3]

 

Dalil kemaksuman para nabi:

Sebelum bersandar pada zahir ayat-ayat al-Qur’an, kita perlu memperhatikan noktah berikut ini iaitu tiada pertentangan antara akal dan wahyu, maka ayat-ayat hendaklah difahami maknanya sehingga selaras dengan hukum kepastian akal.

Khususnya dalam masalah kemaksuman para nabi, kami akan menyebutkan hanya satu dalil rasional. Muhaqqiq Thusi (r.a) menuturkan dalam redaksi singkat namun padat, “Kemaksuman merupakan kemestian bagi seorang nabi sehingga menghasilkan kepercayaan kepadanya dan kesimpulannya dengan kepercayaan ini tujuan dapat tercapai (memberi petunjuk kepada umat).” Oleh kerana itu, keharusan kemaksuman para nabi lantaran adanya kepercayaan (trust) yang disandarkan kepada para nabi.

Sebahagian pengkaji menjelaskan dalil kemaksuman para nabi, “Apabila kewujudan Tuhan (dengan segala sifat kesempurnaan dan keindahan-Nya) telah disabitkan, maka wahyu dan kenabian secara umum juga disabitkan. Perkara lainnya yang akan dihukumi oleh akal adalah kemestian maksum para nabi dalam menerima dan menyampaikan wahyu. Ertinya Allah (s.w.t) memilih seorang nabi untuk membimbing para hamba-Nya, sudah tentu Tuhan akan mengutus seorang nabi yang maksum dari segala jenis kelalaian dan kealpaan (apatah lagi dosa) dalam menerima dan menyampaikan wahyu. Ini disebabkan jikalau tidak demikian, maka hal ini akan bertentangan dengan hikmah kenabian, pewahyuan kitab dan pengutusan para rasul, yang memiliki akar umbi hikmah penciptaan. Hikmah pengutusan para rasul adalah untuk membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia. Hal ini akan dapat tercapai tatkala para pembawa pesanan Ilahi terjaga dan maksum dari kesalahan, kelalaian dan kealpaan dalam menerima dan menyampaikannya.

Demikian kaedah teologi yang berasal usul pada sifat-sifat Ilahi, seperti ilmu, kekuasaan, hikmah penciptaan, hikmah penetapan syariat dan akhirnya Tuhan itu suci dari segala jenis keburukan, kezaliman dan (melakukan) perbuatan sia-sia. Apabila seorang rasul melakukan kesalahan dalam menerima atau menyampaikan wahyu, maka hal itu akan menunjukkan kejahilan, kelemahan atau tidak layak dalam kerja rububiyah Ilahi. Bahkan apabila seorang nabi tidak dimestikan maksum, maka berlaku kesalahan yang disengaja atau kelalaian dalam bimbingannya, atau umat tidak akan memiliki kepercayaan yang diperlukan atas kenabiannya atau dimensi Ilahiah seluruh taklif dan pesanan-pesanannya. Dalam bahagian pertama terkandung kejahilan dan kesesatan umat. Manakala bahagian kedua adalah kesia-siaan di mana Tuhan suci dari dua perkara ini.[4]

Selama ini, definisi kemaksuman telah terang dan rahsia kemaksuman para nabi juga sudah jelas. Sebahagian dalil-dalil rasional atas kewujudan dan keharusan kemaksuman pada para nabi juga telah jelas. Untuk seterusnya, kita akan membahaskan ayat-ayat al-Qur’an yang digolongkan ke dalam dua bahagian pembahasan:

Bahagian pertama, ayat-ayat yang menjelaskan kemaksuman para nabi.

Bahagian kedua, ayat-ayat yang secara zahir tidak sesuai dengan darjat kemaksuman para nabi. Kemudian penghujungnya satu kesimpulan jawapan akan menjadi jelas.

 

Bahagian pertama: Ayat-ayat yang menunjukkan kemaksuman para nabi

Dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menunjukkan wujudnya pemilikan (malakah) yang bernama “kemaksuman” (ishmah) pada nabi-nabi walau pun perkataan ishmah tidak disebut dalam ayat-ayat tersebut. Akan tetapi, makna dan kefahaman atau kemestian pemilikan tersebut dapat kita simpulkan dari ayat-ayat yang berkaitan. Ayat-ayat ini dapat ditelaah dalam dua sub-bahagian.

Sub-bahagian pertama: Ayat-ayat yang memandang para nabi sebagai orang-orang mukhlash (yang diikhlaskan) yang tidak mampu dijangkau oleh godaan syaitan. Dan sebagai kesimpulannya mereka hendaklah maksum.

Pada surah Shad disebutkan, Dan ingatlah hamba-hamba Kami Ibrahim, Ishaq, dan Ya‘qub yang mempunyai tangan (yang perkasa) dan mata (yang melihat). Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) ketulusan yang istimewa, iaitu selalu mengingat negeri akhirat. Dan sesungguhnya di sisi Kami, mereka benar-benar termasuk orang-orang pilihan yang paling baik. Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa‘, dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik. (Qs. Shad [38]:45-48)

Dalam ayat-ayat ini, disebutkan sebahagian nama daripada para nabi sebagai “orang-orang mukhlash” dan “orang-orang pilihan.” Dan orang-orang mukhlash adalah orang-orang yang tidak berada dalam sasaran godaan syaitan. Syaitan, dalam bahasa al-Qur’an disebutkan, “Iblis menjawab, “Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang disucikan (dari dosa) di antara mereka.” (Qs. Shad [38]:83), dan juga ayat, “kecuali hamba-hamba-Mu yang tersucikan di antara mereka.” (Qs. Al-Hijr [15]:40)

Sub-bahagian kedua: ayat-ayat yang menjelaskan “petunjuk Ilahi” pada seluruh nabi. Seperti, Dan Kami telah menganugerahkan Ishaq dan Ya‘qub kepada Ibrahim. Kepada keduanya masing-masing telah Kami beri petunjuk; dan kepada Nuh sebelum itu (juga) telah Kami beri petunjuk, dan kepada sebahagian dari keturunan Nuh, iaitu Dawud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik, (dan Kami lebih utamakan pula) sebahagian dari nenek moyang, keturunan, dan saudara-saudara mereka. Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi dan rasul) dan Kami memberikan petunjuk kepada mereka ke jalan yang lurus. (Qs. Al-An’am [6]:84-90)

Ayat-ayat Ilahi ini menunjukkan bahawa para nabi Allah mendapatkan petunjuk Ilahi. Demikian juga pada surah al-Zumar disebut, Dan barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?(Qs. Al-Zumar [39]:37)

Kerana itu, seseorang yang berada di bawah petunjuk Ilahi, sekali-kali tidak akan pernah tersesat. Oleh kerana perbuatan dosa dan maksiat adalah salah satu jenis kesesatan maka dapat dibuat kesimpulan bahawa para nabi Ilahi adalah orang-orang yang maksum.

Ayat-ayat ini menegaskan bahawa para nabi adalah orang-orang pilihan. Ini merupakan dalil yang lain tentang kemaksuman para nabi, kerana mereka telah terpilih untuk membimbing orang lain, maka sudah tentu mereka adalah orang-orang yang telah mendapat petunjuk dan maksum. Di samping itu, pada ayat terakhir, Allah (s.w.t) memerintahkan kepada Nabi (s.a.w) untuk mengikuti hidayah mereka dan tentu saja dengan mengikut Nabi (s.a.w) -yang mempunyai keagungan dan ketinggian darjat- menunjukkan kemaksuman mereka. Jikalau tidak, mengikut Nabi (s.a.w) tanpa ikatan dan syarat kepada orang yang tidak maksum berkemungkinan besar membawa kepada kesesatan.

 

Bahagian kedua: Ayat-ayat yang menyeru kepada kaum Muslimin untuk mentaati Rasulullah dan mengikutnya.

Seperti pada ayat, Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Qs. Ali Imran [3]:31-32) Atau pada ayat lain Allah (s.w.t) berfirman, “Barang siapa yang menaati rasul itu, sesungguhnya ia telah menaati Allah. Dan barang siapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (Qs. Al-Nisa [4]:80)

Terdapat ayat-ayat lainnya yang menunjukkan kemestian ketaatan kepada Rasulullah (s.a.w) tanpa berdolak dalih. Oleh itu apabila diwajibkan ketaatan kepada seseorang tanpa dolak dalih, maka hal ini menunjukkan kemaksumannya dan terpeliharanya dari kesesatan. Andainya tidak demikian, maka nabi akan menjadi penyebab kesesatan orang lain.

Selain tiga bahagian ini, terdapat ayat-ayat lainnya yang menunjukkan atas kemaksuman para nabi atau peribadi Rasulullah (s.a.w) dalam menyampaikan wahyu di mana dua ayat akan disebutkan di sini sebagai contoh:

Ayat pertama: (Dia adalah Tuhan) yang mengetahui akan ghaib dan Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang diredai-Nya, maka Dia menetapkan para penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya. supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya para rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhan mereka. Dan ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu dengan terperinci.” (Qs. Al-Jin [72]:26-28)[5]

Ayat kedua, Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya. (Qs. Al-Ahzab [33]:33) Kehendak Tuhan pada ayat ini adalah kehendak takwini bukan kehendak tasyri’i.[6] Kerana kehendak Ilahi tidak akan pernah menyelisih, maka jelas kehendak Ilahi pasti terlaksana bahawa Ahlulbait suci dari segala jenis nista, kekotoran dan dosa. Demikianlah darjat kemaksuman.

Mengenai tentang siapa Ahlulbait itu bukan menjadi objek pembahasan kita kali ini.[7] Namun yang pasti bahawa Nabi (s.a.w) ada di antara mereka. Tujuan kita hanya menetapkan kemaksuman para nabi melalui ayat-ayat al-Qur’an. Kerana itu, secara pasti ayat sebelumnya menjelaskan kemaksuman Nabi (s.a.w) dari segala macam noda dan dosa dengan tidak disertakannya ucapan secara terperinci (’adam al-qaul bi al-fashl) maka kemaksuman seluruh nabi dapat disabitkan.

Dengan kata lain, mengenai kemaksuman para nabi paling kurang terdapat dua pendapat:

Pertama, adanya kemaksuman dan yang kedua tidak wujud kemaksuman. Tidak terdapat pandangan ketiga yang menjelaskan secara terperinci tentang mensabitkan kemaksuman sebahagian nabi sahaja. Contohnya kemaksuman Nabi (s.a.w) disamping menafikan kemaksuman pada nabi-nabi lainnya. Kerana itu, apabila kita telah mensabitkan kemaksuman Nabi (s.a.w), maka hal itu menescayakan kemaksuman para nabi lainnya.

 

Bahagian kedua adalah ayat-ayat yang secara zahir bertentangan dengan kemaksuman para nabi.

Dalam al-Qur’an terdapat ayat-ayat yang secara zahirnya bertentangan dengan kemaksuman para nabi. Namun harus diperhatikan bahawa apabila kemaksuman para nabi telah dibuktikan melalui dalil-dalil rasional maka ketelitian diperlukan dalam mengkaji makna-makna ayat yang tidak selaras dengan dalil rasional dan perlu diusahakan untuk memahami maksud hakiki ayat tersebut. Jelas pengkajian seluruh ayat-ayat memerlukan ruang dan waktu yang luas serta perlu merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang lebih mendalam untuk membahas masalah ini. Namun dalam had menjawab pertanyaan yang dikemukakan, beberapa ayat dapat dijadikan kajian di sini:

1.      Surah al-Zumar, Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi. Kerana itu, maka hendaklah Allah saja yang kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” (Qs. Al-Zumar [39]:65-66)

Boleh jadi ada orang yang mengalami waham (delusi) dengan beranggapan bahawa ada kemungkinan para nabi mempersekutukan Tuhan, kalau tidak ayat di atas pasti tidak akan memberi peringatan seperti ini.

Jawapan: Para nabi memiliki ikhtiar dan kekuasaan untuk mempersekutukan Tuhan kerana sebagaimana yang telah kami katakan bahawa kemaksuman tidak bermakna dinafikan ikhtiar dan kudrat untuk tidak melakukan dosa atau syirik. Namun tidak sekali-kali para nabi akan menjadi musyrik. Oleh kerana ketinggian darjat makrifat mereka dan hubungan langsung serta berkesinambungan mereka dengan sumber Wahyu, maka ia menghalang jalan untuk fikiran mereka berkhayal tentang kesyirikan walau sedetik pun.

Kerana itu, pertama, kandungan ayat di atas merupakan satu redaksi bersyarat (sharṭiyah) yang menunjukkan bahawa terjadinya “tāli” (anteseden) dalam keadaan berlakunya “muqaddam” (preseden), dan ia tidak menunjukkan terjadinya sebuah perbuatan. Kedua, maksud ayat adalah menjelaskan bahaya syirik dan memberi pemahaman bahawa syirik sekali-kali tidak dapat diterima sesiapapun termasuk dari para nabi. Sebenarnya dengan ta’bir ini, taklif orang-orang beriman menjadi jelas. Sebagaimana dalam bahasa Arab terdapat sebuah pepatah yang berkata, “Berkata kepada pintu supaya dinding mendengarkan.”[8]

Juga diriwayatkan dari Imam Ridha (a.s) bahawa beliau bersabda, “Ayat seperti ini ditujukan kepada umat, walaupun orang yang dibicarakan itu adalah Rasulullah.”[9]

Terdapat ayat yang serupa dengan ayat di atas, seperti pada ayat, Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah adalah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka engkau tidak akan memiliki pelindung dan penolong daripada Allah.” (Qs. Al-Baqarah [2]:120)

Apabila ditanyakan apakah mungkin Nabi (s.a.w), dengan darjat kemaksuman yang dimilikinya, mengikuti agama Yahudi? Untuk menjawab pertanyaan ini kita harus berkata bahawa pertama, redaksi ayat ini adalah redaksi bersyarat. Dan redaksi bersyarat tidak menunjukkan terjadinya sebuah peristiwa. Kedua, kemaksuman Nabi (s.a.w) tidak memustahilkan perbuatan dosa. Meski pun ilmu, takwa dan iman nabi pada tahap yang tidak memberikan peluang kepadanya untuk melakukan dosa. Ketiga, kemungkinan yang dibicarakan ayat ini adalah untuk semua orang.

2.   Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul pun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai suatu keinginan (untuk mengembangkan dakwah Ilahi), syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu. Tapi Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu dan menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, agar  Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang hati mereka berpenyakit dan yang berhati kasar. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar dalam permusuhan yang keras, dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al-Qur’an itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati kepadanya, dan sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.” (Qs. Al-Hajj [22]:52-54)

Ayat-ayat ini adalah sandaran terpenting bagi orang-orang yang berpandangan bahawa tiada kemaksuman pada nabi-nabi. Orientalis juga menghuraikan ayat-ayat ini untuk meragukan kebenaran wahyu. Mereka beranggapan bahawa godaan syaitan pada keinginan-keinginan para nabi bermakna campur tangan syaitan dalam urusan wahyu. Hakikatnya mereka ingin mengingkari kemaksuman para nabi dalam menyampaikan wahyu.[10] Atau maksud orientalis ini ialah syaitan mewas-wasi seluruh hati para nabi dan menggagalkan tekad mereka supaya meninggalkan pekerjaan membimbing kaumnya, serta menganggap kaum mereka ini sebagai sebuah masyarakat yang tidak dapat diberikan petunjuk.[11] Padahal jelas sekali bahawa maksud ayat ini tidaklah demikian. Sebagaimana Tuhan secara tegas menafikan godaan dan bisikan di lapangan kesucian para nabi serta bahkan pada hamba-hamba pilihannya.[12]

Kerana itu, penafsiran yang benar dari ayat ini adalah bahawa pada setiap masa para nabi diutus untuk memberikan petunjuk kepada umat manusia sehingga mereka menjelaskan ayat-ayat Ilahi bagi umat manusia. Syaitan dari golongan jin dan manusia, sentiasa bermaksud menggangu seruan mereka dan membisikkan pelbagai persoalan sehingga pengaruh-pengaruh hidayat tabligh para nabi dapat digagalkan. Mereka ingin menyesatkan manusia dan menghasut manusia untuk menentang para nabi.[13] Sebagaimana firman Allah (s.w.t), Syaitan itu memberikan janji-janji (bohong) kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (Qs. Al-Nisa [4]:120)

Pada ayat-ayat ini Allah (s.w.t) menegaskan bahawa “Kami tidak akan berdiam dalam menghadapi segala agenda dan aktiviti syaitani ini. Kami segera menangkan mereka atas pelbagai agenda ini dengan menolong para nabi dan kaum Mukminin.

3.      Ayat-ayat yang berkenaan dengan Nabi Adam (a.s) yang disebutkan dalam beberapa masalah. Di antaranya ayat-ayat 35-37 surah al-Baqarah, ayat-ayat 19-24 surah al-‘Araf dan ayat-ayat 115-123 surah Thaha di mana secara zahir menunjukkan tentang Adam (a.s) tertipu, bermaksiat dan sesat. Sebagai kesimpulan dijelaskan bahawa ketiadaan maksum pada baginda.

Dalam menjawab permasalahan ini harus dikatakan dengan beberapa cara: Pertama, larangan pada ayat di atas adalah larangan irsyadi (himbauan/seruan/ajakan) dan bukan larangan maulawi (harus ditinggalkan) dan tahrimi (haram melanggarnya). Bahasa larangan ini juga adalah bahasa nasihat dan himbuan yang memberikan berita tentang akibat melakukan suatu perbuatan. Tidak melakukan perintah irsyadi atau melanggar larangan irsyadi (himbauan) tidak akan mencederai konsep kemaksuman. Kedua, dengan menganggap bahawa perintah dan larangan pada ayat yang dimaksudkan itu adalah perintah dan larangan maulawi, maka hal ini merupakan tark aula (meninggalkan yang lebih baik) dan melanggar hal ini tidak tergolong sebagai dosa mutlak yang diketahui umum, namun ia termasuk sebagai dosa nisbi. Ertinya tidak layaknya perbuatan ini dilakukan oleh orang seperti Adam dan masyhur disebutkan bahawa “kebaikan-kebaikan orang-orang bijak adalah keburukan-keburukan bagi orang-orang yang didekatkan.” (hasanat al-abrar sayyiat al-muqarrabin). Ketiga, apa yang bertentangan dengan martabat kemaksuman ialah maksiat seorang manusia yang mukallaf. Sementara itu Nabi Adam telah berada di zaman dan tempat yang tiada tabligh dan syariat. Namun Taklif Ilahi bermula setelah bumi didiami, syariat dikuat kuasakan dan kitab diturunkan. Oleh itu ketidakpatuhan sebelum adanya syariat tidak dapat mengurangkan darjat kemaksuman.[14] Dari sisi lain, mungkin dapat dikatakan bahawa yang dimaksud dengan Adam di sini adalah darjat kemanusiaan dan keadaman, bukan peribadi Adam selaku bapak manusia yang merupakan salah seorang nabi dan manusia pilihan Ilahi. Di samping itu, apabila yang dimaksud Adam sebagai bapak manusia, zahir ayat-ayat itu menyatakan kenabian diserahkan kepadanya setelah taubat, bukan sebelumnya. Kerana itu jika ada orang yang yakin bahawa para nabi terjaga dari dosa dan kesalahan di waktu pengrisalahan, maka sekali-kali hal itu tidak akan mencederai darjat kemaksuman yang mereka miliki, melainkan ia berpandangan bahawa orang-orang maksum harus bermula semenjak mereka lahir.[15]

4.      Ayat-ayat yang berkaitan dengan nabi-nabi lainnya: ayat-ayat ini membawa mesej bahawa sebahagian nabi melakukan kesalahan atau dosa atau mengaku kesalahan mereka sendiri di mana ia menunjukkan baginda tidak berada dalam darjat kemaksuman. Ayat-ayat ini bersangkut paut dengan Nabi Nuh, Ibrahim, Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman, Ayyub dan Yunus (a.s). Namun untuk mengkaji ayat-ayat berkenaan memerlukan waktu yang agak panjang, oleh yang demikian bagi mereka yang berminat, kami persilakan mereka supaya merujuk kepada kitab-kitab tafsir.

5.      Ayat-ayat yang berkenaan dengan kemaksuman peribadi Nabi terakhir (s.a.w) dan alasan-alasan orang-orang yang membantah kemaksuman ini. Di antaranya ayat-ayat tersebut termaktub pada surah al-Fath yang menegaskan, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. supaya Allah memberi ampunan terhadap dosa yang telah lalu dan yang akan datang (yang disandarkan oleh kaummu kepadamu) serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memberikan petunjuk untukmu kepada jalan yang lurus.” (Qs. Al-Fath [48]:1-2) secara zahir ayat-ayat ini menunjukkan bahawa Nabi (s.a.w) sebelum itu berdosa dan akan melakukan dosa, kemudian Tuhan mengampuninya berkat perjanjian damai Hudaibiyyah dan kemenangan yang diraihnya.

Dalam menjawab keraguan (syubhat) ini harus dikatakan bahawa pertama makna “ẓanb” (dosa) dan “ghufran” (pengampunan) yang digunakan pada ayat ini mempunyai makna bahasanya. “ẓanb” secara lughawi ialah pengaruh buruk dan ikutan-ikutan perbuatan. “Ghufran” bermakna tirai dan penutupan. Kesimpulannya kedua redaksi ayat ini dapat dimaknai “Kami telah memberikan kepadamu sebuah kemenangan sehingga dengan perantara kemenangan ini, akibat-akibat yang dimunculkan dari risalah yang engkau sampaikan akan ditutupi.

Penjelasan: Musyrikin Makkah, baik pra atau pasca hijrah berfikiran buruk terhadap Islam dan peribadi Rasulullah (s.a.w), di mana kemenangan-kemenangan setelah itu telah menyingkap kedudukan mereka semua telah berada dalam garis kebatilan. Kesan dakwah Nabi (s.a.w) pula sejak awalnya menyebabkan kehidupan orang-orang musyrik telah tergugat. Dengan perantara kemenangan baginda (s.a.w), perkara ini perlahan-lahan dilupakan.[16] Sifat “ẓanb” dan “ghufran” dalam ayat ini tidak membawa penggunaan makna teknikalnya. Oleh kerana itu, tidak akan terdapat percanggahan dengan darjat kemaksuman. Ke-dua, dengan tanggapan bahawa redaksi “ẓanb dan ghufran” yang digunakan adalah makna teknikalnya, maka ia membawa maksud sebuah perbuatan dosa dalam pandangan orang-orang musyrik dan bertentangan dengan aturan-aturan mereka, bukan bertentangan dengan aturan-aturan Ilahi sehingga menjadi pertentangan dengan darjat kemaksuman.[17]

Ayat-ayat yang serupa dengan ayat-ayat di atas adalah, Allah telah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang jujur dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta? (Qs. Al-Taubah [9]:43). Sebahagian orang beranggapan bahawa maaf dan ampunan dari sisi Allah merupakan dalil atas perbuatan dosa Nabi Saw dan memandang bahawa Nabi (s.a.w) tidak maksum.

Jawapan dari dakwaan ini adalah bahawa kalimat “’afaLlahu ‘anka” (Allah telah memaafkanmu) adalah sebuah kalimat informatif yang mengandungi kalimah imperatif dan pada hakikatnya doa, penghargaan serta penghormatan kepada Rasulullah (s.a.w) mirip dengan kalimat seperti “ayyadakaLlah” (semoga Allah menolongmu) dan “rahimakaLlah” (semoga Allah merahmatimu) dan semisalnya. Sebagai kesimpulannya ia tidak bercanggah dengan darjat kemaksuman. Memetik Ustaz Allamah Thaba-thabai Ra makna-makna yang diberikan orang-orang yang membantah konsep kemaksuman sebenarnya bermain-main dengan firman Allah (s.w.t). Ia menunjukkan bahawa mereka tidak memahami makna-makna ayat ini,[18] atau dengan kata lain, mereka tidak mengetahui “Alif Ba” al-Qur’an.[19]

Menurut kami apa yang telah dibawakan di sini cukup memadai untuk membuktikan darjat kemaksuman yang dimiliki oleh Nabi (s.a.w). Namun berkenaan dengan mengapakah dalam al-Qur’an terdapat ayat-ayat seperti ini dan mengapa Allah (s.w.t) berkata-kata dengan para nabi-Nya sedemikian (kadangkala dengan nada keras) kerana para nabi dengan seluruh kedudukan dan darjat yang tinggi serta kemaksuman yang mereka miliki, seperti manusia lainnya yang memiliki syahwat, amarah, nalusi dan kecenderungan psikologi yang memerlukan petunjuk dan bimbingan Ilahi. Dengan itu apabila sedetik saja diserahkan kepada mereka, nescaya mereka akan binasa. Untuk orang-orang penting seperti ini yang memikul amanah sebagai pemimpin umat, sedetik saja lalai, lemah, kesusahan dalam menyampaikan risalah, maka ia akan termasuk sebagai dosa besar. Kerana itu ta’bir sebegini keras tentang mereka dijelaskan. Sebagaimana mereka sekali-kali tidak pernah merasa kaya dari doa dan ampunan Ilahi.[20]

Kesimpulannya, pertama, ayat-ayat al-Qur’an yang secara zahirnya tidak sesuai dengan darjat kemaksuman para nabi harus disandarkan dengan dalil-dalil rasional atau referensial. Kedua, jika ayat-ayat di atas dapat dimaknai dengan benar, maka ayat-ayat tersebut tidak bertentangan dengan makam kemaksuman para nabi. Ketiga, banyak ayat dalam al-Qur’an yang menunjukkan kewujudan dan kemestian maksum pada nabi-nabi di mana contoh-contoh dari ayat tersebut telah disebutkan di atas.[]

 

 

Sumber-sumber untuk telaah lebih jauh:

1.             Ayatullah Ja’far Subhani, Mafāhim al-Qur’ān, jil. 4 & 5.

2.             Allamah Thaba-thabai, Tafsir al-Mizān, pada ayat-ayat yang menjadi subjek perbahasan.

3.             Ustadz Misbah Yazdi, Āmuzesy ‘Aqāid, jil. 2.

4.             Ayatullah Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, pada ayat-ayat yang menjadi subjek perbahasan.



[1]. Allamah Thaba-thabai, al-Mizan, jil. 2, hal. 134.

[2]. Fadhil Miqdad, Irsyâd al-Thâlibin ilâ Nahj al-Mustarsyidin, hal. 310.

[3]. Jabir Ju’fi meriwayatkan dari Imam Shadiq (a.s) tentang tafsir ayat Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk surga).  Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). (Qs. Al-Waqi’ah [56]:10-11) bersabda, “dan orang-orang yang paling dahulu adalah para rasul Allah dan orang-orang khusus dari ciptaan-Nya. Kulaini, Kafi, jil. 1, hal. 261.

[4]. Mahdi Hadavi Tehrani, Mabâni Kalâmi Ijtihâd, hal. 81.

[5]. Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 25, hal. 141.

[6]. Kehendak tasyri’i berkenaan thaharah dan kesucian tidak hanya berhubungan dengan Ahlulbait melainkan termasuk seluruh hamba. Kerana itu, kehendak dalam ayat ini adalah bukan kehendak tasyri’i lantaran redaksi yang digunakan adalah “innama” (sesungguhnya) yang menunjukkan pada makna eksklusif iaitu terkhusus pada segolongan manusia.

[7]. Silakan Anda lihat indeks, Ahlulbait dan Ayat Tathir.

[8]. “Wa iyyaka a’ni wasma’i yaa jarati.” Aku bersamamu, tetanggamu yang mendengarkan. Pepatah ini biasanya digunakan tatkala objek yang diajak bicara sebenarnya orang lain, namun secara lahir adalah orang yang ada di hadapannya.

[9]. Nur al-Tsaqalain, jil. 4, hal. 497 sesuai nukilan dari Tafsir Nemune, jil. 11, hal. 528.

[10]. Pada sebagian kitab Ahlusunnah dinukil sebuah riwayat yang aneh yang bersandar pada bahwa ayat-ayat ini diturunkan setelah peristiwa “legenda garanik,” di mana selepas itu syaitan turut campur tangan dalam urusan penyampaian wahyu dan ayat-ayat setan meluncur dari lisan Nabi (s.a.w). Silakan lihat, Tafsir Nemune, jil. 14, hal. 140.

[11]. Ibid.

[12]. “Sesungguhnya engkau tidak akan dapat menguasai hamba-hamba-Ku, kecuali orang-orang sesat yang mengikutmu. (Qs. Al-Hijr [15]:42); Sesungguhnya kamu tidak dapat berkuasa atas hamba-hamba-Ku. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga.” (Qs. Al-Isra [17]:65); “Iblis menjawab, “Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semuanya. kecuali hamba-hamba-Mu yang disucikan (dari dosa) di antara mereka.” (Qs. Shad [38]:82-83). Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 14, hal. 136. Ja’far Subhani, Mafâhim al-Qur’ân, jil. 4, hal. 442.

[13]. Makarim Syirazi, Op Cit, jil. 14, hal. 136. Ja’far Subhani, Op Cit, jil. 4, hal. 442.  

[14]. Ja’far Subhani, Op Cit, jil. 5, hal. 21 (ketiga jawapan atas isykalan di atas); Makarim Syirazi, Op Cit, jil. 1, hal. 188 (ketiga jawapan); Allamah Thaba-thabai, Op Cit, jil. 1, hal. 136 (jawapan jawapan saja).  

[15]. (Ya), Adam tidak menaati Tuhan-nya dan ia terhalang dari anugerah pahala-Nya. Kemudian Tuhan memilihnya, lalu Dia menerima taubatnya dan memberi petunjuk kepadanya. (Qs. Thaha [20]:121-122) Nampaknya redaksi “tsumma” menunjukkan pada makna kemudian di mana “asha” (Adam tidak mentaati) disebutkan sebelum “ijtabah” (Tuhan memilih)

[16]. Makarim Syirazi, Op Cit, jil. 22, hal. 21. Ja’far Subhani, Op Cit, jil. 5, hal. 124. Allamah Thaba-thabai, terjemahan Tafsir al-Mizan, jil. 18, hal. 204.  

[17]. Ja’far Subhani, Op Cit, jil. 5, hal. 125.  

[18]. Allamah Thaba-thabai, Op Cit, jil. 9, hal. 286.  

[19]. Ja’far Subhani, Op Cit, jil. 5, hal. 27.                   

[20]. Ibid.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Dapatkah Anda jelaskan ciri-ciri rasm al-Usmani itu apa saja?
    20565 Ulum Al-Quran 2012/11/20
    Utsman Thaha adalah kaligrafer (khattât) terkenal dari Suriah yang hidup pada abad kontemporer. Naskah kaligrafinya memiliki banyak keunggulan seperti keteraturan, harmoni, tulisan yang sangat indah, dan tetap memperhatikan kaidah-kaidah rumit tajwid. ...
  • Apakah ajaran "Budha" adalah agama ilahi?
    5763 Teologi Klasik 2012/01/19
    Sepanjang catatan sejarah, manusia selalunya tidak pernah sepi dari berbincang tentang permasalahan agama. Ini kerana hanya melalui agama sahaja manusia dapat menyempurnakan dirinya dan menghubungkan dirinya kepada Maha Pencipta yang menciptakannya. Akan tetapi sejarah juga membuktikan dalam nukilannya bahawa perjalanan manusia ini sering dikotori oleh agama-agama bumi (ardhi) ...
  • Bagaimanakah peranan kaum perempuan nanti di zaman pemerintahan Wali Ashr (a.j.f)?
    6024 Undang-undang 2011/09/22
    Pengutusan Nabi (s.a.w) dan penyebaran Islam di samping mencipta perubahan besar pada dunia di masanya hingga kini, ia juga meninggikan kedudukan dan darjat serta peranan wanita di keluarga dan masyarakat, sehingga tingkatan tersebut tidak dapat dibandingkan dengan masa-masa sebelumnya. Pada zaman-zaman sebelum kedatangan Islam, masyarakat-masyarakat pra-Islam ...
  • Ilmu, kudrat, keadilan, kehidupan Tuhan, apakah bezanya sifat-sifat ini pada manusia?
    3463 صفات ذاتیه 2015/05/30
    Allah (s.w.t) disifatkan dengan sifat yang menampakkan kesempurnaan-Nya, seperti ilmu, kudrat, hidup dan lain-lain, manakala insan pun disifatkan dengan sifat-sifat ini. Insan juga berpengetahuan, berkemampuan dan hidup. Namun penyifatan sifat-sifat ini terhadap Allah (s.w.t) dengan sifat-sifat lain adalah berbeza dari dua dimensi: 1. Sifat ini (ilmu, kudrat ...
  • Berapakah jumlah masyarakat Yahudi Iran dan bagaimanakah sikap kerajaan Iran dengan mereka?
    4334 Undang-undang 2011/01/17
    Di Republik Islam Iran terdapat agama-agama menoriti seperti Yahudi, Kristian, Zarathustra dan sebagainya yang hidup di samping kaum Muslimin. Mengikut data statistik yang disebarkan oleh kaum Yahudi Iran sendiri bahawa jumlah terkini kaum Yahudi (Kalimi) yang hidup[1] di Iran adalah 20 ribu orang. Mereka juga –seperti masyarakat yang ...
  • Apakah Waliyul faqīḥ itu lebih utama dibandingkan malaikat?
    4053 شرائط و خصوصیات ولی فقیه 2013/01/24
    Wilāyatul Faqīḥ pada zaman keghaiban seperti sekarang ini, merupakan penerus Wilāyah Nabi Muhammad (s.a.w) dan para imam maksum (a.s). Dengan kata lain, Wilāyatul Faqīḥ itu berasal dari sumber Wilāyah Nabi (s.a.w) dan wilāyah para Imam maksum (a.s). Seorang Walī Faqīḥ memiliki ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    4967 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Kebersihan merupakan setengah dari iman”. Di tempat lain juga Nabi (s.a.w) bersabda: “Menikah adalah setengah dari iman individu yang sempurna. Oleh itu bagaimana dengan solat dan puasa?
    13877 بیشتر بدانیم 2012/11/22
    1. Pertanyaan telah menukilkan sebuah riwayat daripada Nabi (s.a.w) iaitu: “Kebersihan setengah (1/2) dari iman!” di mana nukilan riwayat seperti ini tidak ada di dalam kitab hadis dan kitab yang lain. 2. Apa yang telah dinukil dari Nabi (s.a.w) di dalam kitab ialah: “Kebersihan dari iman (النظافة ...
  • Apakah manusia dalam perbuatannya memiliki pilihan? Jika benar, sejauh manakah batas pilihan tersebut?
    6089 Teologi Klasik 2010/06/09
    Dalam hidup ini, seringkali kita temukan diri kita berada di jalanan seorang sendiri. Satu perjalanan yang kita tidak mempunyai pilihan selain bergerak ke hadapan. Jalan yang tetap yang telah ditentukan sebelumnya dalam kehidupan kita; iaitu perkara-perkara seperti suku, bangsa, keluarga, ketinggian tubuh badan dan sebagainya. Dan sebaliknya, seringkali juga kita ...
  • Apakah ketiadaan syaitan setara dengan tiadanya penyempurnaan bagi insan?
    3076 Teologi Klasik 2014/05/20
    Sila ambil perhatian, walaupun peranan syaitan-syaitan jin dan manusia merupakan sebuah peranan yang penting, dan mereka perlu wujud, namun siapakah yang memilih untuk memainkan peranan ini seiring dengan pilihan dan kehendak sendiri tanpa paksaan daripada Allah (s.w.t). Allah (s.w.t) tidak menciptakan syaitan sebagai syaitan. Ini disebabkan sudah ...

Populer Hits