Carian Terperinci
Pengunjung
10041
Tarikh Kemaskini 2013/05/25
Ringkasan pertanyaan
Tolong jelaskan ayat-ayat Al-Qur’an yang menentukan imāmah Imam Ali (a.s)?
soalan
Dengan bersandar pada ayat-ayat Al-Qur’an apakah kita dapat menentukan imāmah Imam Ali (a.s)? Saya ingin menunjukkan dalil-dalil ini kepada saudara-saudara yang bermazhab Ahlusunnah. Tolong jelaskan juga metodologi apa yang harus saya gunakan dalam ketetapan dalil-dalil ini?
Jawaban Global
Sebaik-baik jalan untuk menetapkan imāmah Imam Ali (a.s) bagi Ahlusunnah adalah bersandar kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan  ayat-ayat tersebut yang dinukil dari kitab-kitab mereka. Sudah tentu orang itu harus merupakan seorang pencari kebenaran sehingga tidak bersandar pada penjelasan-penjelasan yang keliru, non-rasional serta tidak menutup matanya terhadap kebenaran.
Di dalam Al-Qur’an terdapat banyak ayat bersangkut paut dengan hadis-hadis nukilan daripada Nabi (s.a.w), yang turun mengenai Imam Ali (a.s) seterusnya ianya menentukan imāmah Imam Ali (a.s).
Berikut ini adalah beberapa ayat yang diturunkan untuk Imam Ali (a.s):
  1. Ayat  Tabligh: "Yā ayyuharrasūl balligh mā ̓unzila ilaika min rabbik…" (Qs. Al-Maidah [5]:67). Ayat ini, sesuai dengan hadis-hadis menurut standard Ahlusunnah yang mana ia telah diturunkan dalam peristiwa al-Ghadir. Pada hari bersejarah ini Nabi (s.a.w) menyempurnakan risalahnya dengan mengumumkan wilāyah dan kekhalifahan Imam Ali bin Abi Thalib (a.s).
  2. Ayat Wilāyah: "Innamā waliyyukumuLlah wa rasuluhu walladzina āmanu alladzīna yuqimūna al-Ṣalāt.." (Qs. Al-Mā̓idah [5]:54). Ayat ini menentukan kewilāyahan Ali bin Abi Thalib (a.s)[i] berada di samping wilāyah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w).
  3. Ayat Ulul ̓Amri: Yā ayyyuhalladzīna Āmanū AṭiʽuLlāha wa Aṭiʽurrasula wa ʼUlul Amri minkum." (Qs. Al-Nisa [5]:59) di mana ketaatan kepada Ulul Amri merupakan wajib mutlak. Dari kewajiban ini dapat difahami bahawa imam harus maksum. Kerana itu selain Imam Ali, mereka yang tidak maksum tidak dapat menjadi imam. Di samping itu terdapat banyak riwayat berkenaan dengan ayat ini dalam kitab-kitab Ahlusunnah yang memperkenalkan Imam Ali (a.s) sebagai imam dan khalifah Rasulullah (s.a.w).
  4. Ayat Ṣadiqīn:  "Yā Ayyuhalladhīna āmanū ʼittaquLlāha wa Kūnū maʽa al-Ṣādiqīn.." (Qs. Al-Taubah [9]:119). Ayat ini menjelaskan bahawa: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kalian bersama orang yang benar. Dalam sebahagian hadis dijelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ṣādiqīn pada ayat ini adalah Imam Ali (a.s) dan Ahlulbait Nabi (s.a.w).
 

[i]. Sesuai dengan hadis muktabar, orang yang memberikan cincinnya kepada seorang peminta sedekah ialah Ali bin Abi Thalib (a.s).
Jawaban Detil
Berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang dijelaskan dalam kitab-kitab Ahlusunnah adalah sebaik-baik jalan untuk menentukan imāmah Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) bagi saudara-saudara yang bermazhab Ahlusunnah. Dalam hal ini, anda harus melihat apa yang menjadi petunjuk dan kandungan ayat. Untuk memahami apa yang menjadi petunjuk dan kandungan ayat, anda harus memperhatikan petunjuk-petunjuk lafaz (ucapan) dan ḥāliyyah (situasi), hadis-hadis berkenaan dengan penurunan ayat yang dimaksudkan, dan yang menjelaskan tafsir serta hakikat ayat-ayat tersebut. Kesemua hal ini memiliki peranan penting dalam usaha anda untuk memahami ayat-ayat tersebut dan menentukan imāmah Imam Ali (a.s).
Di dalam Al-Qur’an, terdapat banyak ayat yang menjelaskan dan menentukan imāmah Imam Ali (a.s) dan para imam yang lain. Sudah tentu petunjuk ayat-ayat ini[1] diperolehi dengan cara mengamati hadis-hadis mutawatir yang dinukil daripada Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan sebab-sebab pengwahyuan dan penurunan ayat-ayat tersebut. Hadis-hadis tersebut adalah hadis-hadis yang diterima oleh Sunni dan Syi’ah. Sebagai contoh, akan kami kemukakan di sini beberapa dari hadis tersebut.[2]
  1. Ayat  Tabligh: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir." (Qs. Al-Maidah [5]:67)[3]
Allah (s.w.t) memerintahkan dengan tegas kepada Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan risalahnya kepada masyarakat. Menurut hadis, setelah turunnya ayat ini Nabi (s.a.w) memilih Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) sebagai penggantinya (khalifah) di sebuah tempat yang bernama Ghadir Khum.[4]
Peristiwa Ghadir Khum dalam risalah akhir di penghujung usia Nabi (s.a.w) terjadi pada hajjatul wida' di mana Nabi (s.a.w) bersabda "Man kuntu mawlāh fahadha ʽAli Mawlāhu." (Barang siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya). Di tempat itu juga, Rasulullah (s.a.w) menjelaskan secara tegas keimāmahan Ali bin Abi Thalib dan menyampaikan risalahnya  kepada manusia.
Peristiwa ini dinukilkan oleh sejumlah besar (110 orang) sahabat[5] Rasulullah (s.a.w), begitu juga 84 orang thabiʽin, dan 36 orang dari para ulama dan penyusun kitab. ‘Allamah Amini mengemukakan semua nukilan ini berupa bukti-bukti dan dalil-dalil kuat dari sumber-sumber Islam (Ahlusunnah dan Syi’ah) dalam kitabnya al-Ghadir.
  1. Ayat Wilāyah: "Sesungguhnya pemimpinmu hanyalah Allah, rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan rukuk." (Qs. Al-Maidah [5]:55)
Kebanyakan mufassirin (ahli tafsir) dan muhaddith (ahli hadis) berkata ayat ini telah diturunkan untuk Imam Ali bin Abi Thalib (a.s).
Sayuṭi, salah seorang ulama terkemuka Ahlusunnah dalam kitab tafsirnya "al-Durr al-Mantsur" dalam perbahasan ayat ini menukil daripada Ibnu Abbas bahawa "Tatkala Ali bin Abi Thalib dalam keadaan ruku' datanglah seorang pengemis dan Ali bin Abi Thalib (a.s) menyerahkan cincinnya kepada orang tersebut sebagai sedekah. Rasulullah (s.a.w) bertanya kepada peminta sedekah itu, "Siapakah gerangan yang telah menyedekahkan cincinnya kepadamu? Si pengemis itu menunjuk kepada Imam Ali (a.s) dan berkata: Orang itulah yang telah memberikanku sedekah ketika ia dalam keadaan ruku." Kemudian pada saat itulah ayat ini turun.[6]
Demikian juga dua orang ulama Ahlusunnah lainnya "Wahidi"[7] dan "Zamakhshari"[8] menukil riwayat ini dalam kitab mereka dan menegaskan bahawa ayat "Innamā waliyyukumuLlah…" diturunkan berkenaan dengan Imam Ali (a.s).
Fakhrurrazi dalam kitab Tafsir al-Kabir-nya menukil dari Abdullah bin Salam bahawa tatkala ayat ini turun, aku berkata kepada Rasulullah (s.a.w) bahawa aku melihat sendiri dengan mata kepalaku Ali (a.s) menyerahkan cincinnya ketika beliau sedang rukuk kepada seorang yang memerlukan. Atas alasan inilah kami menerima wilāyah (imāmah)nya! Fakhrurazi juga menukil riwayat lain seperti dengan riwayat ini yang dinukil dari Abu Dhar berkenaan dengan asbāb al-nuzūl (sebab-sebab diturunkan) ayat ini.[9]
Thabari juga dalam kitab Tafsir-nya mengemukakan banyak riwayat berkaitan dengan ayat ini dan menukil asbāb al-nuzul ayat ini di mana kebanyakan dari riwayat tersebut menegaskan bahawa: Ayat ini turun berkenaan dengan Imam Ali (a.s).[10]
‘Allamah Amini (r.a) dalam kitabnya al-Ghadir, menukilkan hadis tentang penurunan ayat kepada Imam Ali (a.s) ini dari (lebih kurang) 20 kitab standard Ahlusunnah dengan menyebutkan bukti-bukti dan sumber-sumbernya.[11]
Pada ayat ini wilāyah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib sejajar dengan wilāyah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w).
  1. Ayat Ulul Amri: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-(Nya) dan Ulul amri (para washi Rasulullah) di antara kamu." (Qs. Al-Nisa [4]:59)
Para ulama[12] menyebut bahawa ayat Ulul Amri diturunkan berkenaan dengan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s).
Misalnya "Hakim Haskani" Hanafi Naisaburi (ulama tafsir Ahlusunnah) menukil lima hadis berkenaan dengan ayat ini di mana semuanya berjudul "Ulul Amri" adalah tepat dan sesuai dengan peribadi Ali bin Abi Thalib (a.s).[13]
Dalam tafsir "al-Bahr al-Muhith" karya Abu Hayyan Andalusi Maghribi di antara ucapan-ucapan ihwal Ulul Amri yang dinukilkan daripada Maqatil, Maimun, Kalbi (tiga penafsir) telah menyatakan bahawa yang dimaksud dengan Ulul Amri itu adalah para Imam Ahlul Bait (a.s).[14]
Salah seorang ulama Ahlusunnah Abu Bakar bin Mukmin Syirazi dalam risalah "I'tiqād" menukil dari Ibnu Abbas bahawa ayat tersebut diturunkan berkenaan dengan Imam Ali (a.s).[15]
Dari perspektif lain, ayat ini mempunyai struktur dan model tunggal dan tidak mengulangi redaksi "athiʽū" (taatlah kalian), yang menegaskan ketaatan kepada Allah, Rasulullah dan Ulul Amri. Kerana itu Ulul Amri adalah orang yang maksum (kalau tidak demikian, maka ketaatan tidak ada maknanya ketaatan mutlak kepada Allah, Rasul dan Ulul Amri). Selaras dengan apa yang disampaikan dalam hadis, Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w) adalah maksum, manakala orang-orang maksum hanya terhad pada para Imam Syi’ah.
Apa yang dijelaskan di atas hanyalah sebahagian hadis dari kitab-kitab Ahlusunnah sedangkan masih banyak lagi hadis-hadis yang diterima oleh mereka terdapat dalam kitab-kitab Syi’ah. Di sini kami hanya mengetengahkan tiga ayat yang merupakan ayat-ayat yang telah diturunkan berkenaan dengan wilāyah dan imāmah Ali bin Abi  Thalib (a.s). Ayat-ayat ini dan ayat-ayat lain yang patut dijadikan fokus terdapat dalam kitab-kitab Ahlusunnah di mana untuk telaah lebih jauh sila rujuk kepada kitab-kitab standard dan muktabar Ahlusunnah.
Selain tiga ayat yang dijelaskan secara ringkas ini, terdapat juga ayat-ayat lain seperti "Yā Ayyuhalladhina āmanu ittaqullāh wa Kūnū maʽa al-ṣadiqin"[16] dan ayat al-Qurba "Qul lā asʼalukum ʽalaihi ajran illa al-mawaddata fi al-qurba."[17] yang mana ianya menerangkan masalah wilāyah dan imāmah Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) secara langsung daripada hadis-hadis Rasulullah (s.a.w) dan ia telah dinukilkan dari kitab-kitab Ahlusunnah dan Syi’ah.
Di samping ayat-ayat ini, terdapat ayat-ayat lainnya yang mengungkap berbagai keutamaan dan keunggulan Imam Ali (a.s) berbanding sahabat-sahabat, penolong dan kerabat Rasulullah (s.a.w). Berasaskan standard hukum akal yang memandang betapa tercelanya "mendahulukan utama atas yang lebih utama" maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa imāmah dan khilāfah Rasulullah (s.a.w) merupakan hak Imam Ali (a.s).[]
Untuk telaah lebih jauh, anda dapat merujuk pada Tafsir Payam-e Nur, Ayatullah Makarim Syirazi, jilid 9, Imāmah wa Wilāyah dar Qur'an Majid, hal. 177 dan seterusnya.
 

[1]. Untuk mengetahui mengapa nama para Imam Maksum tidak disebutkan secara tegas dalam Al-Qur’an kami persilakan anda merujuk pada indeks: Nama Para Imam Maksum (a.s) dalam Al-Qur’an.
[2]. Untuk keterangan lebih jauh silakan lihat indeks: Dalil-dalil keyakinan terhadap Imamah dan para Imam
[3]. Untuk keterangan lebih jauh sila lihat indeks: Ahlusunnah dan Ayat Tatbligh.
[4]. Ayatullah Makarim Syirazi, Payām-e Qur'ān, jil. 9, Imāmah dar Qur'ān, muka surat 182 dan seterusnya.
[5]. Abu Said al-Khudri, Zaid bin Arqam, Jabir bin Abdullah Anshari, Ibnu Abbas, Bara bin ʽAzib, Hudhaifah, Abu Hurairah, Ibnu Mas'ud dan 'Amir bin Laila adalah orang-orang di antara para sahabat ini.
[6].  Al-Dur al-Manthur, jil. 2, muka surat 293.
[7]. Al-Asbāb al-Nuzul, muka surat 148.
[8]. Tafsir al-Kasysyaf, jil. 1, muka surat 649.
[9]. Tafsir al-Kabīr Fakhurrazi, jil. 12, muka surat 26.
[10]. Tafsir Thabari, jil. 6, muka surat 186.
[11]. Al-Ghadir, jil. 2, muka surat 52-53.
[12]. Dalam Tafsir al-Burhan juga menukilkan puluhan hadis dari sumber-sumber Ahlul Bait (a.s) berkaitan dengan ayat ini yang menyatakan: Ayat yang dimaksud turun berkaitan dengan Ali bin Abi Thalib (a.s) atau beliau dan para Imam Ahlul Bait (a.s).  Bahkan sebagian hadis menyebutkan satu per satu imam disebutkan. Tafsir al-Burhan, jil. 1, muka surat 381-387.
[13]. Syawāhid al-Tanzīl, jil. 1, muka surat 148-151.
[14]. Bahr al-Muhiṭ, jil. 3, muka surat 278.
[15]. Ihqāq al-Haq, jil. 3, muka surat 425.
[16]. (Qs. Al-Taubah [9]:119) Yang dimaksudkan Ṣadiqīn pada ayat ini adalah imam Ali (a.s) dan Ahlul Bait Nabi (s.a.w). Yanābi' al-Mawaddah, muka surat 115. Syawāhid al-Tanzīl, jil. 1, muka surat 262.
[17]. "Katakanlah, “Aku tidak meminta kepadamu suatu upah pun atas seruanku ini kecuali kecintaan kepada keluargaku.”  (Qs. Al-Syura [42]:23)
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah kisah tentang keengganan Iblis untuk sujud itu memang suatu fakta atau hanyalah cerita khayalan?
    6664 Tafsir
    Sebelum menjawab pertanyaan ini, adalah penting disebutkan di sini bahawa salah satu jalan untuk mengenal sesuatu ialah ta’rif bil mitsal atau mendefinisikan sesuatu dengan menyampaikan contoh-contoh iaitu menjelaskan hakikat secara rasional dengan cerita-cerita penjelasan yang tidak abstrak dandapat
  • Dari mana bukti-bukti diperolehi sehingga dapat difahami bahawa maksud ayat 26 surah al-Rahman adalah jin dan manusia, atau jin yang hidup di muka bumi dan sebagainya dengan memperhatikan pelbagai petunjuk ayat-ayat al-Qur’an.
    11362 Tafsir
    1.     Terjemahan ayat 26-27 surah al-Rahman (55) adalah: “Semua yang ada (pemilik akal dan kecerdasan) di bumi itu akan binasa. Dan hanya ẓat Tuhan-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.”
  • Apakah hakikat dosa? Apa pengaruhnya terhadap roh dan jiwa manusia?
    10787 Akhlak Praktikal
    Jawapan untuk pertanyaan di atas mempunyai 4 bahagian: Hakikat dosa: Dosa dalam bahasa Arab disebut dengan ʼithm dan ‘iṣyān (اثم و عصيان). Dosa dengan pengertian ini memiliki makna berpaling dari perintah tuan, melakukan kesalahan dan kesilapan. Seorang pelaku dosa menuruti syahwat dan kemarahan sebagai ...
  • Apakah solat itu? Kenapa kebanyakan para pemuda menghindar dari melaksanakan solat?
    9567 Akhlak Praktikal
    Solat merupakan marhalah kemuncak peningkatan bagi setiap langkah ahli suluk –urafa'- dan sebuah lintasan tempat dimana seorang salik dapat berbicara dengan Tuhannya secara langsung dan tanpa perantara.Allah Swt dalam al-Quran berfirman, "Dirikanlah salat untuk mengingat-Ku
  • Apakah Nabi (s.a.w) dan para imam (a.s) melakukan praktik mut’ah?
    7152 Huquq Dan Ahkam
    Sebelum menjawab pertanyaan ini, haruslah diperhatikan bahawa apabila sebuah perkara itu diperbolehkan dan kebolehannya telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan Sunnah, maka hal itu tidak lagi memerlukan perbuatan para maksum kerana makna boleh bagi sebuah amalan ialah bermakna bahawa mukallaf bebas memilih untuk melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.Akan tetapi, apakah ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    11397 Tafsir
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Perbezaan subjek epistemologi dan falsafah ilmu?
    12319 Falsafah Islam
    A.    Subjek epistemologiadalah makrifat, pengetahuan , alat dan cara-cara mengenal. Namun subjek dalam falsafah ilmu adalah hakikat (quiddity) ilmu dari sudut ia memiliki identityyang menyeluruh.B.    Hubungan epistemologi dengan falsafah ilmu; sebagaimana yang terdapat dalam buku-buku epistemologi komparatif ...
  • Bagaimana sikap Islam terhadap demokrasi?
    8088 انتصاب یا انتخاب
    Demokrasi merupakan sebuah jalan untuk menyusun dan mengatur masyarakat. Penghormatan terhadap suara majoriti dan kebebasan peribadi, masyarakat dan sebagainya merupakan tipologi demokrasi yang jelas. Meskipun tidak terdapat kepastian antara majoriti (akthariyyah) dan kebenaran (haqqāniyah), [i] akan tetapi suara majoriti atau kebolehterimaan dapat menjadi bekal ...
  • Apakah haiwan sembelihan bukan muslim dapat digunakan?
    7215 Makanan Non-Muslim
    Menurut pandangan fatwa-fatwa para ahli fikah Syi’ah dan ajaran Ahlulbait, daging-daging dari sembelihan yang tidak menuruti cara Islam dihukum sebagai daging bangkai. Dagingnya adalah haram dan tidak dibenarkan memakannya. ...
  • Bagaimana dapat dibuktikan bahawa penutupan agama adalah sempurna?
    6162 Teologi Klasik
    Pertamanya kita harus ketahui makna kalimah “کامل” adalah sempurna dan lawannya ialah “cacat.” Secara umumnya ketika kita mendakwa Islam sebagai agama sempurna maka ianya tidak ada cacat cela. Dengan ungkapan yang lebih baik ialah apa sahaja yang menjadi kelaziman untuk mencapai sebuah kehidupan bahagia duniawi dan ukhrawi. Kerana ...

Populer Hits