Pengunjung
8179
Tarikh Kemaskini 2011/01/01
Ringkasan pertanyaan
Apakah para malaikat merupakan wujud yang nonmaterial ataukah material?
soalan
Apakah para malaikat merupakan wujud yang nonmaterial ataukah material?
Jawaban Global

Mungkin tidak terdapat ayat-ayat suci al-Quran ataupun riwayat-riwayat yang boleh menjadi bukti jelas bahawa malaikat adalah wujud yang tidak mempunyai jisim, akan tetapi melaluiperbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan para malaikat dan sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan mereka, kita dapat menyimpulkan bahasa mereka adalah wujud yang tidak berjisim; ini karena,ciri-ciri dan sifat-sifat yang terdapat pada ayat-ayat dan riwayat-riwayat dan juga ucapan-ucapan para Imam As lebih menunjukkan mereka memiliki wujud yang begini, bahkan sebagian dari sifat-sifat tersebut mustahil jika diertikan dengan makna jisim atau bersifat materi. Sebagian dari fakta-fakta tersebut adalah:

 

1.      Dalam wacana Kenabian, terdapat pembahasan tentang masalah berikut; apakah kedudukan dan maqam Anbiya lebih tinggi dari maqam malaikat atau maqam malaikat lebih tinggi darinya? Mereka yang sepakat dengan kelebihan maqam para Nabi menyandarkan dalilnya pada argumentbahawa para Anbia' selain dari dimensi ruh dan akal, mereka juga memiliki potensi syahwat dan amarah, dan mereka mampu mengalahkannya dengan bantuan akal dan iman, sedangkan pada diri para malaikat tidak terdapat potensi yang bertentangan dengan akal dan tidak ada sesuatu yang mengganggu aktiviti ibadahnya, dengan demikian jelaslah wujud yang tidak memiliki potensi syahwat dan amarah haruslah nonmateri, karena kewujudan yang hidup dan memiliki akal dan kebebasan, jika ia merupakan wujud yang material, maka ia harus memiliki potensi syahwat dan amarah.

2.      Penciptaan malaikat terjadi tanpa adanya perubahan dan mereka adalah merupakan kewujudan yang tetap, padahal salah satu dari ciri-ciri wujud material adalah terdapatnya perubahan;

3.      Para malaikat sentiasa dalam keadaan beribadah dan melaksanakan perintah-perintah Ilahi, tanpa terjadi kelelahan ke atas mereka (Dan hal ini menjadi suatu bukti bahawa mereka adalah kewujudan yang bersifat nonmaterial).Sedangkan kewujudan yang bersifat materialakan merasakan letih dan penat ketika melakukan aktiviti.

4.      Kedudukan dan maqam malaikat adalah jelas dan tertentu, dan tidak ada tahapan kesempurnaan bagi mereka; iaitu mereka telah memiliki seluruh kesempurnaannya dari Tuhan sejak awal mereka diciptakan, sementara itu wujud material seperti wujud manusia sentiasa berada dalam proses ke arah kesempurnaan dan tiada penghujung bagi mereka. Kesempurnaan mereka pada awalnya hanya bersifat "berpotensi memiliki kesempurnaan" (بالقوة) yang mana dengan melakukan ritual melawan hawa nafsu (مجاهدة النفس), potensi tersebut bertukar menjadi nyata dan hakikat (فعلیّت). Sedangkan kesempurnaan para malaikat sejak dari awal diciptakan adalah sesuatu yang bersifat ritual dan wujud, dan ini adalah merupakan salah satu dari ciri-ciri wujud yang nonmateri.

5.      Malaikat tidak boleh diisyarahkan dengan deria pancaindera; iaitu malaikat tidak mampu diisyarahkan dengan deria zahir, baik secara substance (بالذات) maupun accident (بالعرض), sementara isyarah deria secara substanceterjadi terhadap jisim -fizikal- dan isyarah accident terjadi terhadap jimani –sifat kepada fizikal tersebut-, seperti potensi mendengar dan mencerna, merupakan sebuah perkara yang mungkin. Oleh karena itu, isyarah deria pancaindera merupakan ciri-cirifizikal. Maka itu, setiap kewujudan yang tidak boleh diisyarahkan dengan deria zahir ia adalah merupakan wujud yang nonmateri;

6.      Kewujudan Jismaniakan memenuhi ruang, sementara malaikat tidak memenuhi ruang.Maka itu, malaikat dalam jumlah yang banyak boleh berada dalam ruang yang terbatas .

7.      Tuhan Yang Maha Tinggi mengutus para nabi untuk menyempurnakan manusia dan bukan untuk menyempurnakan malaikat, jadi jelaslah bahawa para malaikat berbeza dengan manusia tidak akan memperoleh kesempurnaan yang baru, bahkan seluruh kesempurnaan yang sepatutnya dimiliki telah mereka perolehi sejak dari awal lagi. Jadi pada diri mereka tidak ada gerak dari potensi ke arah aktual dan mengikut kaedah falsafah malaikat harustergolong dari kewujudan yang mujarrad –nonmaterial-. Ini karena sesuatu yang tiada perubahan tidak sesuai dengan yang bersifat material.

8.      Hal yang bolehdirumuskan dari riwayat-riwayat adalah bahawa para malaikat juga seperti manusia dalammemiliki tanggungjawab kewajipan, akan tetapi hanya manusia sahaja yang akan diancam dengan azab dan siksa ketika berlaku pelanggaran daripada mereka. Dan dari sini boleh disimpulkan bahawa manusia memiliki dimensi syahwat dan amarah, danpotensi serta ruang untuk menentang perintah-perintah Ilahi, dan hal ini berlawanan dengan kondisi yang dimiliki oleh para malaikat. Oleh yang demikian mereka ini pasti merupakan dua kewujudan yang berbeza.Manusia secara aktual adalah kewujudan yang bersifat fizikal, sedangkan malaikat adalah wujud yang nonmaterial; baik pada zatnya mahupun perbuatannya.

Jawaban Detil

Sebahagian daripara ulama dan ilmuan Muslim berkeyakinan bahawa malaikat adalah merupakan material-material yang halus dan bercahaya, dan mampu menjelmakan dirinya dalam bentuk yang bermacam-macam, dan para nabi serta para wali memiliki kemampuan untuk melihat para malaikat ini.

Mereka juga mendakwabahawa teori kenonmaterian malaikat bertentangan dengan zahir ayat-ayat dan hadis-hadis mutawatir, sebagaimana hal ini diungkapkan oleh Muhaqqiq Dawani dalam Syarh Aqâid dan Syarh Maqâsid yang sepakat bahawa malaikat dari segi ilmu dan kudrat adalah merupakan satu kewujudan yang sempurna, siang-malam sentiasa dalam keadaan ibadah tanpa merasa lelah atau berkeinginan untuk menentang perintah-perintah Ilahi.

Akan tetapi, mengikut pandangan philosophy, malaikat adalahmerupakan akal yang mujarrad(yang tidak memiliki keterikatan sedikitpun dengan material) dan jiwa-jiwa falaki (malakuti).[1] Fakhrurazi di dalam tafsirnya mengatakan, "Terdapat perbezaan pendapat pada mahiyyatdan hakikat malaikat, dimana pendapat-pendapat tersebut adalah seperti berikut: malaikat adalah kewujudan yang berdiri pada diri sendiri dan mereka terbagi kepadadua kelompok, iaitu samada mereka terdiri dari wujud yang mempunyai sifat fizikal -Jismani- atau tidak. Malaikat yang material pun terdapat dua pandangan:

1.      Malaikat merupakan jisim yang halus dan mampu berubah dalam berbagai bentuk dan tempat tinggal mereka juga di langit. Ini adalah pandangan kebanyakkan kaum Muslim;

2.      Para penyembah patung dan berhala berpandangan bahawa malaikat tidak lain adalah bintang-bintang yang terbahagi dalam dua bentuk; Bintang-bintang khusy yaman dan sa'id yang merupakan malaikat pembawa rahmat dan bintang-bintang nahas yaitu para malaikat pembawa siksa;

3.      Majoriti kaum Majusi dan Tsanawiyyah (Dualisme) berpandangan bahawa alam terbentuk dari dua bahagian asas iaitu cahaya dan kegelapan. Tabiat –Essence- cahaya yang merupakan malaikat adalah kewujudan-kewujudan yang berjiwa mulia dan penyampai kebaikan dan keuntungan kepada penghuni alam, sementara tabiat -essence- kegelapan adalah syaitan-syaitan.

 

Bagi mereka yang mengatakan bahawa malaikat bukanlah kewujudan yang berjisim –tidak mempunyai fizikal- dan terlepas dari material, terbahagi kepada dua pendapat:

1.      Pandangan kelompok Nasrani yang sepakat bahawa malaikat pada hakikatnya merupakan jiwa yang berakal atau Reasonablesoul–نفوس الناطقة- dan zatnya –substance- terlepas dari material.

2.      Padangan philosophy yang menyatakan bahawa malaikat adalahtabiat –essence- yang berdiri pada dirinya dan wujud yang mujarrad –nonmaterial-,dimana dari sisi tabiatnya (mâhiyah) ia berbeza dengan Nufus an-Natiqah–jiwa-jiwa yangakal- manusia, dan dari sisi kudrat dan ilmu, ia lebih sempurna dari jiwa-jiwa manusia, dan hubungan -nisbah- antara malaikat dengan manusia sebagaimana hubungan antara matahari dengan cahaya-cahaya yang terpancar darinya (seperti sumber cahaya dengan cahayanya). Mereka yang sepakat dengan teori ini terbagi dalam dua kelompok:

A.    Hubungan malaikat terhadap benda-benda di alam seperti hubungan antara jiwa manusia dengan badannya;iaitu mereka adalah pengatur dan pentadbir bagi alam aflak –alam material- tersebut.

B.    Kelompok kedua mengatakan bahawa keadaan dan kedudukan mereka lebihtinggi lagi, sentiasa dalam keadaan tasbih dan beribadah. Kelompok malaikat ini dinamakan dengan malaikat muqarrab (yang didekatkan).[2]

C.    Sebahagian dari philosophy memiliki pandangan lain untuk para malaikat. Mereka menganggap malaikat sebagai pengatur alam bawah -dunia-.[3]

 

Berdasarkan himpunan dalil-dalil dan pendapat-pendapat dapat disimpulkan di sini bahawa malaikat terdiri dari dua kelompok:

1.     Kelompok pertama adalah malaikat muqarrabin yang sentiasa berada dalam keadaan beribadah, tanpa merasa letih dan lelah atau keinginan untuk melakukan maksiat.Di dalam istilah -pengertian- mereka dikenali dengan -malaikat- 'karrubin'. Kelompok ini memiliki akal yang nonmateri (-tajarrud- atau berada pada derajat nonmateri sempurna).

2.     Kelompok kedua adalah malaikat yang bertanggung jawab dalam mengatur urusan-urusan alam, seperti menyampaikan wahyu, mematikan manusia, memberikan nikmat, memberikan siksa dan yang seumpamanya. Kelompok dari malaikat ini juga memiliki zat yang nonmaterial, tetapi dalam bentuk tajarrud mitsali-barzakhi-. Mereka mempunyai kemampuan untuk berubah dalam berbagai bentuk. Selain itu, mereka juga memiliki kemampuan, kesempurnaan dan ilmu, dan apa yang diperintahkan dari Tuhan akan dilaksanakannya tanpa mengurangi atau melebihkan.

Para Nabi dan para penerusnya mampu menyaksikan malaikat dari kelompok ini dan mampu berbicara dengan mereka. Seperti kisah Nabi Ibrahim As.yang pernah membawakan makanandan berbicara dengan mereka tanpa menyangka mereka itu adalah bukan manusia, atau percakapan Nabi Luth As dengan mereka, penurunan azab ke atas kaum Luth serta menjelmanya malaikat Jibrail As dalam bentuk Dahiyeh Kalbi.

 

Untuk menjelaskan perbezaan kenonmaterialmitsali (nonmaterial yang kurang sempurna dibanding nonmaterial wujud akal. Ia adalah wujud nonmaterial yang memiliki bentuk tanpa beban atau fizikal) atau kenonmaterialakli (kenonmaterian sempurna, tanpa bentuk dan beban), perlu kiranya untuk mengemukakan satu perkarabahawa para philosophydi dunia terbahagi kepada tiga kelompok dan peringkat, iaitu:

1.     Alam material(dunia), selain ia adalah material, ia juga memiliki kesan-kesan material yang merupakan tempat berlakunya contradiksi dan conflict.

2.     Alam nonmaterialmitsali yang memiliki kesan material dalam bentuk dan warna, akan tetapi ia tidak memiliki beban dam berat (fizikal). Seperti bentuk atau gambaran yang kita saksikan dalam tidur kita.

3.     Alam nonmaterial akal yang mana bukan sekadar ia tidak memiliki material dan beban fizikal, bahkan kesan-kesannya juga tidak dimiliki.[4]

 

Adapaun sebahagian dalil-dalil pembuktian yang telah disebutkan bahawa malaikat adalah wujud yang nonmaterial adalah seperti berikut:

a)     Dalam Dalam kitab-kitab ilmu teologi -kalam- di dalam perbahasan kenabian telah diungkapkan tentang perbahasan apakah maqam dan kedudukan para Anbiya lebih mulia dari malaikat ataukah maqam malaikat yang lebih tinggi dari para Nabi? Bagi Mereka yang sepakat dengan kelebihan maqam para Nabi menyandarkan dalilnya pada argument bahawa para Anbia' selain dari dimensi ruh dan akal, mereka juga memiliki potensi syahwat dan amarah, dan mereka mampu mengalahkannya dengan bantuan akal dan iman, sedangkan pada diri para malaikat tidak terdapat potensi yang bertentangan dengan akal dan tidak ada sesuatu yang mengganggu aktiviti ibadahnya, dengan demikian jelaslah wujud yang tidak memiliki potensi syahwat dan amarah haruslah nonmateri, karena kewujudan yang hidup dan memiliki akal dan kebebasan, jika ia merupakan wujud yang material, maka ia harus memiliki potensi syahwat dan amarah[5].

b)    Malaikat diciptakan tanpa mengalami perubahan dan pergantian, dan mereka merupakan kewujudan yang tetap dan konsistan, sebagaimana hal yang telah disiyarahkan di dalam sebahagian riwayat yang mana kewujudan yang demikian ini adalah kewujudan yang mujarrad(abstract) dan nonmaterial, karena salah satu dari ciri-ciri wujud yang material adalah mengalami perubahan.

c)     Dari ayat-ayat dan riwayat-riwayatdapat disimpulkan bahawa malaikat sentiasa berada dalam keadaan beribadah dan melaksanakan perintah-perintah Ilahi tanpa merasakan kelelahan, sedangkan kewujudan yang materialakan mengalami keletihan ketika melakukan pekerjaan dan aktiviti.

d)    Maqam dankedudukan para malaikat adalah sesuatu yang tetap dan jelas dan iatidak akan proses kesempurnaan pada diri mereka; iaitumereka telah memiliki segala kesempurnaan pada diri mereka semenjak dari awal Tuhan menciptakannya, padahal kewujudan seperti manusia sentiasa berada dalam langkah dan proses untuk mencapai kesempurnaan dan ia tidak terbatas.[6] Kesempurnaan manusia pada awalnya hanya berbentuk potensi (acte –kemampuan untuk menjadi sesuatu-) yang mana kemudian dengan melakukan jihad nafs -melawan hawa nafsu-, ia bertukar menjadi perbuatan (action) , sedangkan kesempurnaan malaikat dari awal diciptakan adalah bersifat actual atau action, dan hal ini adalah merupakan ciri-ciri tajarrud(abstract) dan kenonmaterial;

 

e)     Malaikat tidak boleh diisyarahkan secara deria (sense), iaitu malaikat tidak boleh diisyarahkan secara langsung dengan deria lahiriah; baik samada dalam bentuk deria itu sendiri, sebagaimana yang berkaitan dengan jisim (body), atau dalam bentuk accident -العرض-,sebagaimana yang terjadi pada hal-hal yang dikaitkan dengan jisim (corporal) seperti potensi (acte) melihat atau menghadam. Oleh karena itu, isyarah deriaadalah merupakan ciri-cirijisim, maka setiap kewujudan yang tidak boleh diisyarahkan secara deria, ia bukanlah kewujudan yang material;

f)     Wujud yang materialakan memenuhi ruang dan ketika itu tidak akan ada wujud lain yang bolehberada di tempat yang sama, sementara keberadaan malaikat tidak memenuhi sesuatu ruang dan dalam sebuah tempat yang terbatas,mereka dapat berada dalam ruang tesebut dalam jumlah yang tak terbatas.

g)    Tuhan mengutus para Anbia' untuk menyempurnakan manusia, bukan untuk malaikat. Jadi jelaslah bahawa malaikat adalah kewujudan yang berbeza dengan manusia, dan mereka tidakakan memperoleh kesempurnaan yang baru, bahkanseluruh kesempurnaannya yang sepatutnya diterima telah mereka miliki sejak awal lagi. Oleh itu, pada diri mereka tidak ada proses gerak dari potensi ke actual, dan mengikut kaedah falsafah dapat disimpulkan bahawa malaikat haruslah wujud yangmujarrad dan nonmateri, karenaketiadaan perubahan dan gerak tidak sesuai dengan ciri-ciri material.

 

Makna Malaikat Memiliki Sayap

Dalam surah al-Fathir, ayat pertama[7], dikatakan bahawa malaikat mempunyai sayap. Akan tetapi berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang telah disebutkan sebelum ini dan juga pada perkara-perkara yang lainnya, yang dimaksudkan dengan sayap di sini bukanlah sayap material dan sayap lahiriah, dan ayat ini perlu dita'wilkan, sebagaimana halnyayang terhadap pada ayat-ayat suci al-Quran yang lain yang memerlukan kepada ta'wil.Contohnya [جاء ربک], iaitu: "Maka datanglah Tuhanmu". Oleh kerana Tuhan adalah wujud yang mujarrad (abstract), maka yang dimaksudkan di sini bukanlah datang yang bersifat zahiriah (sehingga mengakibatkan kepada jisim, tempat dan sebagainya), bahkan maksudnya adalah "Telah datanglah perintah Tuhanmu."

Atau pada ayat ke 5 surah Thaha yang berbunyi: [الرحمن على العرش استوى], iaitu: "Tuhan Yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas ‘Arasy." ,yang dimaksud dengan bersemayam di sini bukanlah bersemayam dalam makna zahiriah, bahkan maksudnya adalah 'kekuasaan'. Dan yang dimaksudkan dengan 'arsy pula adalah alam keberadaan,[8] iaitu Tuhan Yang Maha Tinggi menguasai seluruh keberadaan dan seluruh alam.

Selain itu, naiknya para malaikat ke hadapan Tuhan[9]boleh dijadikan dalil atas mujarradnya malaikat, karena jika mereka material, maka tempat mereka bertemu pun harus dalam bentuk material.Oleh karena itu maksud malaikat memiliki sayap di sini adalah menunjukkankepada peringkat "qurb" (kedekatan mereka di sisi Allah Ta'ala) dan kudrat mereka.

 

Sumber-sumber rujukan :

1.      Ibnu Sina, Isyârât, Namath Syisyum, Fashl 10-140.

2.      Misbah Yazdi, Ma'ârif Qurân, hal. 283 dan 319.

3.      Falsafi, Muhammad Taqi, Ma'âd az Nazhare Ruh wa Jism, hal. 75 dan 112.

4.      Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 59.

5.      Nahjul Balâghah, khutbah ke 91.

6.      Ja'fari, Muhammad Taqi, Tafsir Nahjul Balâghah, jil. 2, hal. 16.

7.      Sahrrudi, Hikmah al-Asyraf, Al-Qismutsani, maqaleye awwal, fashl 4.

8.      Misbah Yazdi, Âmuzesy Falsafeh, jil.2, hal. 134, pelajaran 41.



[1]. Majlisi, Muhammad Baqir, Bihâr al-Anwâr, jil. 59, hal.202 dan seterusnya.

[2]. Ibid, hal. 202-204.

[3]. Ibid, hal. 206.

[4]. Allamah Thaba'thaba'i, Muhammad Husain, Nihayah al-Hikmah, marhaleye dawozdahum, hal.313 dan seterusnya.

[5]. Allamah Hilly, Syarh Tajrid, Th Beirut, Maqsad Sewwum, Mas-aleye cohorum, hal. 387.

[6]. "Tiada seorang pun di antara kami (malaikat) melainkan mempunyai kedudukan yang tertentu." (Qs. Ash-Shaffat: 164)

[7]. "Segala puji bagi Allah pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai para utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang memiliki) dua, tiga, dan empat (sayap)."

[8]. Untuk memperoleh informasi yang lebih lengkap tentang makna 'arsy dan kursy, rujuklah indeks: 'arsy dan kursy dalam Quran, pertanyaan ke 254.

[9]. "Malaikat-malaikat dan ruh (malaikat muqarrab di sisi Allah) naik (menghadap) kepada Tuhan …" (Qs. Al-Ma'arij: 4)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits