Carian Terperinci
Pengunjung
1954
Tarikh Kemaskini 2013/12/08
Ringkasan pertanyaan
Apakah ketaksuban sentiasa tidak baik? Sekiranya benar demikian apakah dalilnya.
soalan
Tolong analisakan ketaksuban dari segi bahasa. Apakah ketaksuban sentiasa tidak baik atau sebaliknya, dan apakah dalilnya? Apakah ketaksuban itu adalah asabiyah (fanatik perkauman) atau kedua-duanya saling tidak sama?
Jawaban Global
Taksub (تعصب) dan asabiyah (عصبیة) berasal dari kata dasar ‛aṣaba yang membawa makna urat dan saraf yang menghubungkan sendi-sendi.[1] Setelah itu sebarang perhubungan dan kaitan dinamakan taksub dan asabiyah.
 
Taksub dan iri hati dalam beragama, kasih terhadap saudara mara, membantu dan saling bekerjasama sesama mereka selagi tidak menjadi sokongan kepada kezaliman, maka ia bukanlah daripada kategori taksub yang dicela. Sementara itu ketaksuban yang dikritik ialah orang yang menganggap saudara mara dan kenalannya lebih baik atas sebab ketaksuban walaupun diiringi dengan kriteria negatif dan tidak berkait rapat dengan kebaikan. Namun sekiranya seseorang individu kasih terhadap saudara maranya dan taksub kepada mereka, maka ia bukanlah ketaksuban yang dicela. Namun kebanyakan ketaksuban yang tercela adalah dikritik.
 

1 Rāghib al-iṣfahānī, al-mufradāt fī gharīb al-Qur’ān, halaman 568, dār al-‛ilm al-dār al-shāmiyah, Damsyik Beirut, 1412 H, ibn al-Manẓūr, Lisān al-‛arab, jilid 1 muka surat 602, dār al-ṣādir Beirut 1414 H.
Jawaban Detil
Taksub dan asabiyah merupakan salah satu dari topik akhlak. Ia berasal dari perkataan ‛aṣabā yang bermakna urat dan saraf yang menghubungkan sendi. [1] Kemudian sebarang perhubungan dan persambungan dinamakan ketaksuban dan asabiyah.[2]
 
‛Asabiyah adalah salah satu akhlak nafsu dalaman yang mengakibatkan seseorang individu membela sesiapa pun yang mempunyai hubungan dengan dirinya, samada kaitan itu dalam agama, mazhab, pegangan atau negara, tanah air dan sebagainya. Ini adalah salah satu daripada akhlak yang rosak dan sifat nafsu tercela yang menjadi motif kerosakan akhlak dan amalan. Ianya sendiri adalah fī nafsihī madzmūm walaupun digunakan untuk kebenaran mahupun untuk urusan agama, termasuklah bertujuan untuk tidak menimbulkan kebenaran. Bahkan ianya adalah sesuatu yang menjadi inisiatif pendominasian diri sendiri atau yang sama pegangan dengannya, atau juga saudara maranya. Namun ketaksuban bagi tujuan penzahiran kebenaran, mempromosikan kebenaran, membuktikan subjek kebenaran, pembelaannya samada tanpa asabiyah atau dengan asabiyah, maka ia tidaklah tercela.[3]
 
Kebanyakan kataksuban dikatakan berada dalam lingkungan makna tercela yang mengundang kritikan.
 
Dalam pengamatan terhadap ayat-ayat al-Qur’an, kita melihat terdapat sedikit dakwaan-dakwaan tidak berasas daripada masyarakat Yahudi dan Nasrani yang mana kesimpulannya adalah pemonopolian dan kemudiannya adalah ketaksuban. Al-Qur’an berkata: < وَ قالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصارى‏ عَلى‏ شَيْ‏ءٍ وَ قالَتِ النَّصارى‏ لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلى‏ شَيْ‏ءٍ وَ هُمْ يَتْلُونَ الْكِتابَ >[4] iaitu orang Yahudi berkata: Orang Nasrani tidak ada kedudukan sedikitpun (di sisi Allah) dan orang Nasrani berkata: Orang Yahudi tidak ada kedudukan sedikitpun (di sisi Allah) sedangkan mereka kedua-dua kelompok itu membaca kitab suci.
 
Ayat ini memperkenalkan punca sebenar ketaksuban ialah kejahilan dan tidak berilmu pengetahuan; Ini disebabkan individu-individu yang tidak berpengetahuan selalunya terhad dalam latar kehidupan diri merekanya sahaja selain tidak menerima sesuatu diluar kawasan mereka. Mereka mengikat hati kepada ajaran yang sudah dikenal sejak dari zaman kanak-kanak sekalipun ajaran itu adalah khurafat dan tidak berasas. Mereka juga menolak ajaran yang lain.[5]
 
Terdapat juga riwayat yang mengkritik keras ketaksuban sebagai sebuah sifat tercela, yang mana dalam kesempatan ini kami cukupkan dengan beberapa contoh:
 
1. Imam Ja‛far al-Ṣādiq meriwayat bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:
 
«عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ حَبَّةٌ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ عَصَبِيَّةٍ بَعَثَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ أَعْرَابِ الْجَاهِلِيَّةِ»[6]
 
Diriwayatkan daripada Abi Abdillah (a.s) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barangsiapa yang mempunyai ketaksuban di dalam dirinya walau sebesar biji sawi, nescaya Allah akan bangkitkannya bersama Arab jahiliyah.
 
2. Imam Ali (a.s) sudah beberapa kali menyandarkan masalah taksub. Sambil memberi amaran terhadap ketaksuban secara jahil, beliau berkata:
 
«أَمَّا إِبْلِيسُ فَتَعَصَّبَ عَلَى آدَمَ لِأَصْلِهِ وَ طَعَنَ عَلَيْهِ فِي خِلْقَتِهِ فَقَالَ أَنَا نَارِيٌّ وَ أَنْتَ طِينِي‏»[7]
 
Adapun Iblis, disebabkan asal usulnya, dia bersikap taksub ke atas Adam  dan mencela penciptaan baginda. Maka Iblis pun berkata: Aku berasal daripada api sedangkan engkau daripada tanah.
 
3. Imam Ali (a.s) di dalam khutbah al-Qaṣi‛ah di kota Kufah[8] dalam rangka memberi amaran terhadap orang ramai tentang mara bahaya kefanatikan kaum dan kabilah, beliau berkata kepada mereka bahawa perbuatan ketaksuban ini berakar umbi dari syaitan. Ini disebabkan individu pertama yang taksub ialah syaitan kerana aku berasal dari api sementara adam berasal dari tanah, dan aku tidak akan tunduk untuk sujud kepadanya.
 
Oleh itu menurut padangan Imam Ali (a.s), akar umbi seluruh ketaksuban tidak bertempat adalah dari syaitan: Oleh itu padamkanlah api ketaksuban dan perseteruan-perseteruan yang memayungi kalbu anda; Ini disebabkan kesombongan dan keegoan dalam diri individu Muslim adalah cetusan peristiwa syaitan dan mewujudkan takabbur, kerosakan dan was-wasnya.[9]
 
4. «وَ أَمَّا الْأَغْنِيَاءُ مِنْ مُتْرَفَةِ الْأُمَمِ فَتَعَصَّبُوا لِآثَارِ مَوَاقِعِ النِّعَمِ فَقالُوا نَحْنُ أَكْثَرُ أَمْوالًا وَ أَوْلاداً وَ ما نَحْنُ بِمُعَذَّبِين»[10]
Golongan kaya merupakan umat yang bergelumang dengan kemewahan. Maka mereka menjadi taksub dengan kesan-kesan kedudukan nikmat. Mereka berkata: Kami lebih banyak harta dan anak, kami tidaklah diazab.”[11]
 
5. «عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ: مَنْ تَعَصَّبَ أَوْ تُعُصِّبَ لَهُ فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الْإِيمَانِ مِنْ عُنُقِهِ»[12]
 
Daripada Abi Abdillah Imam Ja‛far al-Sadiq (a.s) yang berkata: Barangsiapa yang taksub dan melakukan ketaksuban untuknya – Dalam keadaan ia meredai ketaksuban itu -, maka terlerailah iman di tengkuknya. Begitu juga di dalam hadis: Barangsiapa yang meredai perbuatan sesuatu kaum, maka ia tergolong di dalam kaum tersebut:
 
«وَ قَالَ (ع) الرَّاضِي بِفِعْلِ قَوْمٍ كَالدَّاخِلِ فِيهِ مَعَهُمْ وَ عَلَى كُلِّ دَاخِلٍ فِي بَاطِلٍ إِثْمَانِ إِثْمُ الْعَمَلِ بِهِ وَ إِثْمُ [الرِّضَا] الرِّضَى بِه».[13]
 
Imam berkata: Orang yang meredai perbuatan sesuatu kaum maka seolah-olah ia termasuk bersama-sama mereka, dosa perbuatan mereka setara dengan dosa orang yang meridai.
 
Perlu diketahui bahawa ketaksuban dan hasad dengki dalam agama termasuk kecenderungan terhadap perkauman, kabilah dan bantu membantu serta bekerjasama terhadap mereka yang mana bukan dalam kategori membela kezaliman, maka ia merupakan salah satu ketaksuban yang tidak tercela.
 
Demikianlah Imam Sajjad (a.s) berkata tentang persoalan fanatisme:
 
«سُئِلَ عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ (ع) عَنِ الْعَصَبِيَّةِ فَقَالَ الْعَصَبِيَّةُ الَّتِي يَأْثَمُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا أَنْ يَرَى الرَّجُلُ شِرَارَ قَوْمِهِ خَيْراً مِنْ خِيَارِ قَوْمٍ آخَرِينَ وَ لَيْسَ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبُّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ وَ لَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْم‏»[14]
 
Ali bin al-Husain (a.s) ditanya tentang fanatisme, maka beliau berkata: Fanatisme yang berdosa ialah pelakunya melihat seorang jahat yang berasal dari kaumnya lebih baik dibandingkan orang baik daripada kaum lain. Fanatisme bukanlah bagi yang menyukai seseorang daripada kaumnya, namun sebahagian dari fanatisme ialah membantuk kaumnya dalam perkara kezaliman.
 
Oleh itu, Islam tidak memperkenalkan fanatisme samada dalam pemikiran mahupun perbuatan sebagai kebatilan, bahkan prinsipnya telah dipelihara; Ini disebabkan iri hati wujud dalam fitrah seseorang insan. Namun Islam telah mencelah dalam perincian ketaksuban dan menyatakan betapa benarnya ketaksuban yang selaras dengan fitrah. Akan tetapi terdapat ranting dan daun fanatisme pada sesebuah kaum dikatakan batil.[15]
 

2  Rāghib al-iṣfahānī, al-mufradāt fī gharīb al-Qur’ān, halaman 568, dār al-‛ilm al-dār al-shāmiyah, Damsyik Beirut, 1412 H, ibn al-Manẓūr, Lisān al-‛arab, jilid 1 muka surat 602, dār al-ṣādir Beirut 1414 H.
3 al-Mufradāt fī gharīb al-Qur’ān, muka surat 568, Muṣtafawī, Ḥasan, al-Taḥqīq fī kalīmah al-Qur’ān al-Karīm, jilid 8, muka surat 144, Vezārat farhang va ershäd eslāmī, Tehran 1360 Shamsiyah.
[3] Imam Khomeini, Sharḥ chehel ḥadīth (arba‛īn ḥadīth), muka surat, 145 – 146, Mu’asash tanẓīm wa nashr āthār Imam Khomeini, Tehran, cetakan 44, 1386 Shamsiyah.
[4] Al-Baqarah, ayat 113
[5] Makärem Shirazī, Nāṣer, Tafsīr Namune, jilid 1, muka surat 406 – 407, Dār al-Kutub al-Islāmiyyah, Tehran, 1374 Shamsiyyah.
[6] Kulainī, Muḥammad bin Ya‛qūb, Muḥaqqiq, Muṣaḥiḥ, Ghaffārī, Ali Akbar, Ākhundī, Muḥammad, jilid 2, Muka surat 308, Dār Kutub al-Islāmiyyah, Tehran, cetakan ke-empat 1407 H.
[7] Sharīf al-Rāḍī, Nahj al-Balāghah, muka surat 295, Hejrat, Qom, cetakan pertama, 1414 H.
[8] Kufah merupakan kota yang didiami secara berkeluarga dan berkabilah. Kefanatikan keluarga telah dipicu dan ketaksuban jahiliyah serta kekeluargaan di zaman Ali (a.s) telah merebak; Dengan ini Imam Ali (a.s) mengemukakan khutbah Qāṣi‛ah dalam mencela ketaksuban.
[9] ibid, muka surat 288
[10]  ibid
[11] Surah Saba’, ayat 35
[12]  Al-Kāfī, jilid 2, muka surat 307
[13] Nahjul Balāghah, muka surat 499
[14] Al-Kāfī, jilid 2, muka surat 308 - 309
[15] Ṭabāṭabā’ī, Sayid Muḥammad Ḥusain, al-Mīzan fī tafsīr al-Qur’ān, daftar entesharāt eslāmī, Qom, 1417 H.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits

Jejaring