Carian Terperinci
Pengunjung
2751
Tarikh Kemaskini 2014/10/14
Ringkasan pertanyaan
Ilmu, kudrat, keadilan, kehidupan Tuhan, apakah bezanya sifat-sifat ini pada manusia?
soalan
Ilmu, kudrat, keadilan, kehidupan Tuhan, apakah bezanya sifat-sifat ini pada manusia?
Jawaban Global
Allah (s.w.t) disifatkan dengan sifat yang menampakkan kesempurnaan-Nya, seperti ilmu, kudrat, hidup dan lain-lain, manakala insan pun disifatkan dengan sifat-sifat ini. Insan juga berpengetahuan, berkemampuan dan hidup. Namun penyifatan sifat-sifat ini terhadap Allah (s.w.t) dengan sifat-sifat lain adalah berbeza dari dua dimensi:
1. Sifat ini (ilmu, kudrat dan hidup) mempunyai kefahaman yang berbeza. Namun dari sisi wujud dan realiti pada Allah (s.w.t), ianya adalah satu. Dalam zat Allah (s.w.t), aspek ilmu tidaklah terpisah dengan aspek kudrat, manakala kedua-dua ini tidaklah berbeza dengan aspek hidup. Semua zat Allah (s.w.t) ialah ilmu, kudrat dan hidup. Tidak sama dengan manusia yang mana kefahaman-kefahaman sifat-sifat ini di dalam diri adalah berbeza. Realiti ilmu dan pencerapan indera pada manusia bukanlah realiti kudrat, sementara ilmu dan kudrat insan bukanlah sifat hidup.
2. Begitulah juga realiti sifat-sifat Allah (s.w.t) tidak saling berbeza. Sifat-sifat dan zat Allah (s.w.t) juga tidaklah saling terpisah. Sifat Allah (s.w.t) itulah zat-Nya. Bukanlah sesuatu yang ditambah ke atas zat Allah (s.w.t). Tidak sama seperti insan yang mana sifatnya adalah penambahan ke atas ke atas zatnya. Ini disebabkan insan sudah menjadi insan, namun ia belum berilmu dan memiliki kudrat, bahkan ilmu dan kudrat itu diperolehinya. Selain dari itu, oleh kerana insan adalah mumkinul wujūd, dan mumkināt, maka ia adalah terbatas dari aspek wujud. Tidak seperti Allah (s.w.t) yang wujūd maḥḍ (secara muktamad) dan tidak terbatas. Sebagai kesimpulan, kewujudan-Nya adalah tidak terbatas. Oleh itu, sifat-sifat manusia juga seperti zatnya sendiri yang terbatas, tidak seperti Allah (s.w.t) yang kewujudannya adalah maḥḍ dan tidak terbatas. Sebagai kesimpulan, sifat-Nya juga tidak terbatas.
Sebagai contoh, apabila Allah (s.w.t) itu tidak terhingga pada (لایتناهی) kudrat dan kehendak, dalam pada itu juga Allah (s.w.t) tidak ditakluki di bawah sistem ciptaan-Nya. Dengan ini perbuatan-Nya disifatkan dengan hikmah dan maslahat. Makna hikmah Allah (s.w.t) ialah menyampaikan sesuatu kepada objektif-objektif dan kewujudan yang sempurna. Namun makna hikmah di dalam perbuatan-perbuatan insan ialah sesuatu kerja itu dilaksanakan bagi menyampaikan dirinya sendiri kepada objektif dan kesempurnaan. Ini disebabkan kewujudan musabab, intisāb (penisbahan), dan perhubungannya dengan penyebab itu sendiri adalah satu, bukannya dua perkara sehingga melazimkan tanggapan ada pembahagian di dalamnya. Oleh itu kehendak Allah (s.w.t) terhadap sesuatu diibaratkan kehendak yang menghubung kaitkan-Nya dengan sebab khusus diri-Nya, manakala kehendak penyebab itu juga sama dengan kehendak hubungan dengan sebab khas diri-Nya. Kehendak Allah (s.w.t) sama dengan kehendak setiap sesuatu, semua hubungan dan seluruh sistem.
Sifat hikmah dan kebijaksanaan bagi Allah (s.w.t) dan bagi insan memberikan dua aspek makna yang berbeza. Kebijaksaan bagi manusia ialah setiap misi perbuatan adalah logik pada akal, dan dalam melakukan perbuatan, insan akan memilih matlamat tertinggi dan terbaik bersama jalan-jalan untuk mencapainya. Namun sudah tentu Allah (s.w.t) Maha Kaya, Dia tidak mencari objektif, tidak juga dapat dibayangkan bahawa kesempurnaan-Nya itu luput sehingga perlu mencari-cari kesempurnaan. Kebijaksanaan-Nya membawa makna bahawa menyampaikan mawjūdāt (kewujudan-kewujudan) kepada kesempurnaan hingga ke had-had yang mungkin bagi mereka. Perbuatan Allah (s.w.t) ialah menghasilkan dan menyampaikan kewujudan ke arah kesempurnaan atau mentadbir, menyempurnakan dan membimbing sesuatu ke arah kesempurnaan sekunder. Ini adalah salah satu cara lain untuk menyampaikan sesuatu kepada kesempurnaan.
Mengenai perkara ini, anda boleh merujuk kepada kitab-kitab theologi dan falsafah seperti:
1. ‛Aqāed eslāmī, karya Sheikh Ja‛far Subḥānī
2. Āmūzesh ‛aqā’id, karya Sheikh Taqi Miṣbaḥ Yazdī dan lain-lain lagi.
 
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits

Jejaring