Carian Terperinci
Pengunjung
18294
Tarikh Kemaskini 2011/06/21
Ringkasan pertanyaan
Saya menemui beberapa istilah “syariat”, “tarikat”, “hakikat” ketika membaca buku-buku akhlak dan irfan, mohon anda jelaskan beberapa istilah ini?
soalan
Saya menemui beberapa istilah “syariat”, “tarikat”, “hakikat” ketika membaca buku-buku akhlak dan irfan, mohon anda jelaskan beberapa istilah ini?
Jawaban Global

Para ahli Irfan atau kaum Arif memandang bahawa manusia akan dapat kembali ke tempat asalnya dan menghilangkan “jarak” kewujudannya dengan Tuhan dengan melangkah di jalan-jalan spiritual (sair suluk). Ketika manusia terlalu “dekat” dengan Tuhannya, maka dia akan sirna (fana) dari dirinya dan abadi (baqa) bersama-Nya.

Oleh kerana itu, sair suluk irfani bersifat sentiasa bergerak dan tidak tetap. Gerak dan perjalanan ini memiliki awal dan akhir, darjat dan tingkatannya yang harus dilalui dan disusuri. Berdasarkan hal ini, wujudlah kemungkinan pencapaian “hakikat” kesempurnaan manusia dan maqam kedekatan kepada Tuhan dengan terlebih dahulu mencapai batin “syariat” yang tidak lain adalah “tarikat” itu sendiri.

Syariat bersumber dari kata syar’ yang bermakna “jalan dan cara”. Dalam istilah diertikan sebagai “himpunan pengajaran untuk pembinaan insan di mana ia berasal dari Tuhan yang dijelaskan dan dijabarkan oleh para nabi dan rasul serta diletakkan untuk diamalkan dan dilaksanakan”. Dengan ungkapan lain, syariat adalah kumpulan dari kitab suci (al-Quran), sunnah Nabi (s.a.w), dan sunnah para Imam Ahlulbait yang dapat menyampaikan manusia kepada tujuan penciptaannya jika dipelajari, diamalkan, dan dilaksanakan.

Tarikat diambil dari kata thariq yang memiliki makna “melangkah atau meniti jalan”. Dalam istilah irfan bererti “Melangkah darjat-darjat insani dan meniti tingkatan-tingkatan pencapaian kesempurnaan akhir manusia”.

Hakikat diambil dari kata haq yang mempunyai makna “sesuai dengan kenyataan dan realiti luaran” dan dalam istilah memiliki pengertian “Penyingkapan hakikat-hakikat kewujudan dan sampai ke puncak keyakinan (haqqul yaqin)”

Pada hakikatnya, pelaksanaan syariat tidak lain dari langkah-langkah ke darjat-darjat kesempunaan manusia, penitian tingkatan-tingkatan kesempurnaan serta menyebabkan mendalamnya makrifat dan menguatkan keimanan manusia. Dengan kata lain, hakikat adalah batinnya tarikat, dan tarikat ialah batinnya syariat.

Jawaban Detil

Dalam pandangan irfan dan urafa Muslim manusia suluk adalah manusia yang kembali ke tempat asalnya dengan menapak di jalan-jalan spiritual, menyirnakan jaraknya dengan Dzat Tuhan, dan meniadakan dirinya sendiri dengan kedekatan kepada-nya (fana dalam asma dan sifat Tuhan) serta mengabadikan dirinya dengan kebersamaan dengan-Nya (baqa dengan at-Nya).

Allah (s.w.t) berfirman, “Hai manusia, sesungguhnya kamu menuju kepada Tuhan-mu dengan kerja dan usaha yang sungguh-sungguh, maka kamu pasti akan menemui-Nya.” (Qs. Insyiqaq: 6)

Wujudnya kemungkinan besar untuk sampai kepada “hakikat” kesempurnaan manusia dan maqam kedekatan kepada Tuhan dengan melalui “tarikat” yang merupakan batin “syariat”. Dari dimensi ini, kita akan menemui kata-kata seperti “syariat”, “tarikat”, dan “hakikat” dalam ungkapan-ungkapan para urafa.

Azizuddin Nasafi, salah seorang urafa di pertengahan abad ketujuh, dalam kitabnya, Insanul Kamil, menuliskan, “Syariat adalah perkataan para nabi dan tarikat adalah perbuatan para nabi serta hakikat adalah penglihatan para nabi. Seorang sufi sebagai permulaan harus menuntut ilmu syariat yang merupakan suatu kewajibannya dan amalan tarikat yang juga merupakan kemestian untuk dikerjakan sehingga dia mendapatkan cahaya-cahaya hakikat dengan had kemampuan dan usahanya.

Seseorang yang menerima apa sahaja yang disabdakan oleh nabi dan rasul dikategorikan sebagai ahli syariat dan apabila dia juga mengamalkan apa-apa yang dikerjakan oleh para nabi dan rasul digolongkan sebagai ahli tarikat. Jika seseorang menyaksikan apa-apa yang disaksikan oleh para nabi dan rasul disebutkan sebagai ahli hakikat.

Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga dimensi tersebut digolongkan sebagai peribadi yang sempurna dan khalifah segenap makhluk. Namun, seseorang yang sama sekali tidak memiliki ketiga aspek itu merupakan peribadi yang rendah atau digolongkan sebagai binatang ternakan. “Pada hakikatnya begitu banyak dari kalangan jin dan manusia yang kami masukkan ke dalam neraka disebabkan mereka memiliki hati yang tidak dapat menyingkap hakikat dengan perantaranya dan mereka mempunyai mata yang tidak dapat melihat hakikat dengannya, serta mereka mempunyai telinga yang tidak dapat mendengar dengannya. Mereka seperti binatang kaki empat atau lebih rendah darinya.”[1]

Sudah tentu dalam dimensi syariat terdapat ungkapan-ungkapan para ‘urafa Islam yang mungkin dianggap bertentangan dengan aturan-aturan fikah.[2]

Seorang ahli irfan terkenal di dunia Syiah Imamiyah (Tasyayyu’), Sayyid Haidar Amuli, memaparkan tiga tingkatan syariat, tarikat dan hakikat untuk menyelesaikan anggapan tentang adanya perbezaan dan pertentangan di antara tiga dimensi itu. Menurutnya, ketiga-tiga dimensi ini yang memiliki nama-nama berbeza hanya menceritakan satu kenyataan dan realiti. Perbezaan di antara ketiga hal itu hanyalah bersifat nisbi bukan hakiki.

Dalam sebahagian ungkapannya dia menyatakan, “ … ketika perkara ini menjadi kenyataan, maka ketahuilah bahawa “syariat” adalah sebuah nama yang ditentukan untuk jalan-jalan Ilahi yang mana memiliki rukun-rukun, cabang-cabang, keringanan-keringanan, motivasi-motivasi, niat-niat, kebaikan-kebaikan dan kesempurnaan-kesempurnaan. “Tarikat” adalah mengambil yang terbaik dan yang paling kuat di antara jalan-jalan Ilahi itu, dan setiap jalan dan cara yang paling baik, paling kuat, paling hati-hati, dan paling sempurna yang dijalani oleh manusia dinamakan “tarikat”, baik yang bersifat perkataan, perbuatan, sifat, dan hāl[3].

Sementara “hakikat” adalah pembuktian dan penegasan sesuatu dengan cara penyingkapan hati dan penyaksian mengikut gerak hati… dan hal ini sebagaimana perkataan suci Rasulullah (s.a.w) kepada Harits, “Wahai Harits bagaimana ketika kamu bangun di pagi hari? Harits berkata, “Saya bangun di pagi hari dalam keadaan sebagai mukmin hakiki…”.”[4]

Beliau lebih lanjut menyatakan, “… jadi imannya kepada hal-hal yang ghaib adalah benar dan “syariat”, penyaksiannya mengenai syurga, neraka, dan arasy adalah “hakikat”, begitu pula kezuhudannya dari dunia, solat malamnya, puasanya adalah “tarikat”. Dari penyingkapan ini, sebagaimana telah disebutkan sebelumnya, Tuhan telah mengkhabarkan di dalam kitab suci-Nya, “Tidaklah seperti yang kamu sangka. Seandainya kamu mengetahui ‘ilmul yaqin, sungguh kamu benar-benar akan melihat neraka Jahîm kemudian sungguh kamu benar-benar akan melihatnya (syurga) dengan ‘ainul yaqin. (Qs. At-Takatsur: 5-7)

Bukanlah seperti itu, apabila kalian mengetahui dengan ‘ilmul yaqin maka setiap cermin yang anda saksikan nampak neraka, setelah kalian ingin melihat setiap cermin dengan mata ‘yaqin’. Di ayat lain, Allah (s.w.t) berfirman, “Sesungguhnya itu adalah haqqul yaqin” (Qs. Al-Waqiah: 95). Sesungguhnya inilah haqqul yaqin. Tingkatan pertama adalah “‘ilmul yaqin” yang setara dengan darjat “syariat” dan tingkatan kedua adalah “ainul yaqin” yang sedarjat dengan “tarikat” serta tingkatan ketiga adalah “haqqul yakin” yang sedarjat dengan “hakikat”…”[5]

Syahid agung dan ahli falsafah besar, Murtadha Muthahhari (q.s), menyatakan perkara yang berkaitan dengan tiga istilah tersebut, “Salah satu perkara yang menjadi perbezaan asas antara ‘urafa dan selain ‘urafa (baca:fuqaha) adalah dari perspektif khusus ‘urafa berkenaan dengan syariat, tarikat, dan hakikat … para fuqaha menyatakan bahawa syariat (hukum-hukum dan aturan-aturan) berasaskan kemashlahatan-kemashlahatan. Kemashlahatan-kemashlahatan ini merupakan sebab-sebab dan jiwa syariat. Sementara para ‘urafa berkeyakinan bahawa kemashlahatan-kemashlahatan yang terkandung dalam hukum-hukum sya’i sama seperti tingkatan-tingkatan dan darjat-darjat yang menyampaikan manusia kepada maqam kedekatan kepada Tuhan dan pencapaian hakikat. Para ‘urafa percaya bahawa batin syariat adalah jalan yang dinamakan dengan tarikat, dan akhir dari jalan ini adalah hakikat… yakni yang pertama adalah lahir dan yang kedua adalah batin serta yang ketiga adalah batinnya batin.”[6]

Dengan ungkapan lain, insan samada dia ingin atau tidak, ia mesti berada dalam perubahan dan pergerakan. Sekarang, kalau perubahan dan pergerakan ini bersesuaikan dengan syariat maka setiap langkah akan mendekatkannya kepada nilai-nilai kemanusiaan dan hakikat.

Bahkan, setiap kali kualiti kemanusiaannya bertambah maka setakat itu pula hakikat itu tersingkap sehingga mencapai maqam kedekatan kepada Tuhan dan diwarnai dengan nilai-nilai ketuhanan.

Dengan demikian, musnahlah segala macam keraguan dan kebingungan dari hatinya dan terhapuslah segala bentuk kelemahan dan kerendahan dalam lembaran kewujudannya serta dirinya berubah menjadi cermin Ilahi sehingga dia dapat mengarahkan manusia lain di jalan itu.

Oleh itu, beramal kepada syariat tidak lain adalah tarikat, dan buah dari tarikat adalah hakikat.

Akan tetapi, kerana kuantiti dan kualiti perbuatan-perbuatan, dan niat-niat, serta keimanan manusia berbeza-beza maka hasil dari syariat iaitu tarikat dan perolehan hakikat pada setiap individu pun berbagai-bagai dan bertingkat, bahkan pada sebahagian individu tidak tercapai, namun manusia-manusia sempurna seperti Rasulullah (s.a.w) dan para Imam suci Ahlulbait berada pada tingkatan kemuliaan yang tertinggi dan cahaya paling tinggi.

Dari dimensi bahawa Tuhan Yang Maha Bijaksana tidak menciptakan satu makhlukpun termasuk manusia dengan sia-sia dan tanpa tujuan, tujuan penciptaan maujud-maujud material dengan perkembangannya yang bersifat semulajadi itu dan kesempurnaan maujud-maujud non material (seperti malaikat dan …) yang bersifat sekaligus itu adalah dihadirkan oleh Tuhan bertepatan dengan penciptaan mereka (kerana itu tidak ada lagi perubahan kesempurnaan pada wujud mereka).

Namun kerana manusia-manusia bersifat bebas dan memiliki ikhtiar, maka kehendak dan keinginan mereka juga sangat berpengaruh dalam pencapaian dan mendapatkan tujuan penciptaannya.

Setiap tujuan dan hasrat untuk melakukan suatu pekerjaan memerlukan spesifikasi tujuan-tujuan, manfaat-manfaat, akibat-akibat, dan keperluan-keperluannya. Tanpa pengenalan dan pengetahuan maka tujuan yang dinginkan itu tidak akan tercapai hanya dengan kehendak, iradah, keinginan, dan perbuatan.

Akan tetapi, manusia tidak mampu mengenal dan mengetahui kesempurnaan dirinya dan jalan memperolehinya tanpa bantuan wahyu dan kalam suci Ilahi. Bukti dari hal ini adanya perbezaan pemikiran dan perspektif yang sangat tajam di antara golongan inteletual dan cendekiawan berkenaan dengan persoalan tersebut. Dari sini keperluan kepada Tuhan melalui jalan wahyu, pengutusan para nabi dan penurunan kitab-kitab suci menjadi jelas.

Oleh kerana Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, maka mustahillah manusia dibiarkan dalam keadaaannya sendiri. Dengan pengutusan para rasul dan kitab-kitab Ilahi Dia menunjukkan jalan menuju tujuan penciptaan dengan perantara khalifah dan para wakil yang diutuskan oleh-Nya. Apabila manusia mengikuti akal sihat dan fitrah sucinya maka dia tidak akan tertipu dengan propaganda-propaganda sesat duniawi, dengan demikian, mudahlah dia menerima dan pasrah terhadap perintah-perintah dan larangan-larangan Ilahi dalam semua dimensi kehidupannya.

Kumpulan ajaran-ajaran Ilahi ini dan penjelasan terperinci para nabi serta penafsiran para wali-wali agama dikenal dengan nama “syariat”. Manusia yang melaksanakan syariat adalah para musafir yang sedang berjalan ke arah Tuhan di mana pada satu sisi manusia sebagai ahli sufi dan pada sisi lain sufinya tidak lain adalah ajaran-ajaran Ilahi atau syariat.

Manusia yang terus berjalan di atas jalan ini dan tetap (istiqomah) dalam amalan dan keyakinannya kepada syariat, maka ini akan mendekatkannya kepada tujuan penciptaannya. Keimanan dan amalan sempurna kepada syariat adalah penapakan di atas jalan kemanusian, dan penitian khusus ini dinamakan “tarikat”.

Perantauan dan perjalanan ini bertentangan dengan majoriti sufi-sufi yang lain. Tujuan penciptaan juga adalah tempat tujuan itu sendiri, iaitu dengan setiap langkah yang diambil di jalan ini akan berhadapan dengan pandangan baru dan tertarikan lain serta pengaruhnya terhadap jiwanya akan mengakibatkan perubahan dan kesempurnaannya secara perlahan-perlahan.

Pada ungkapan lain, dengan memperhatikan kualiti dan kuantiti serta latar belakangnya, maka manusia akan sampai kepada tujuannya sendiri dan dengan langkah-langkah tujuan ini selanjutnya adalah memperluaskan wilayah penyingkapan hakikat-hakikat dan memperdalamkan kedekatan kepada Tuhan, dengan demikian ia akan sampai pada darjat yang dinamakan dengan “hakikat”.

Berkenaan dengan persoalan di atas, Ayatullah Hasan Sodeh Amuli menyatakan, “…manusia adalah akhluk yang abadi, dan yang membentuk manusia berdasarkan al-Quran dan irfan. Falsafah pula adalah ilmu dan amal perbuatannya… ini adalah makanan jiwa sebagaimana makanan badan adalah air dan gandum… iaitu makanan zahiriah menyebabkan kuatnya badan dan makanan batiniah berpengaruh pada kelestarian jiwa manusia… makanan yang diserap oleh jiwa akan menyatu secara eksistensial dengan jiwa dan untuk tinggal selamanya serta berhubungan secara terus menerus.

Jadi, manusia sentiasa dalam suatu proses membentuk dirinya siang dan malam keabadian… manusia harus menjaga dan mengawal keadaan dirinya sendiri. Manusia harus mengetahui dan memahami sehingga dapat melangkah di jalan yang benar dan sempurna… Tuhan Yang Maha Suci telah menciptakan “industri” yang sangat menakjubkan iaitu kewujudan manusia merupakan suatu “industri” yang paling besar di alam kewujudan ini. Disamping “industri” itu terdapat suatu kitab yang memberikan petunjuk tentang bagaimana cara penggunaan yang benar dan bagaimana cara perawatannya…

Kita tidak memiliki petunjuk-petunjuk amali selain al-Quran al-karim, hadis-hadis serta doa-doa yang telah diberikan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para Imam Ahlulbaitnya yang maksum secara utuh di mana ini juga bersumber dari lautan (baca: al-Quran) Ilahi yang tak terbatas.” …

Dalam irfan teoretis dan praktikal, kita tidak akan mendapatkan perkataan yang lebih tinggi dan ucapan yang sangat bernilai dari ungkapan-ungkapan Nabi Muhammad (s.a.w) dan Ahlulbaitnya yang suci. Apa-apa yang diperlukan oleh seorang manusia dalam memenuhi segala makanan jiwa dan rohnya sendiri untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhan terdapat dalam al-Quran dan perkataan suci para Imam Ahlulbait.

Kedekatan kepada Tuhan adalah penyatuan dengan sifat-sifat rububiyah-Nya dan berakhlak dengan akhlak malakuti-Nya, iaitu manusia di dalam sufi kesempurnaannya mengalami perkembangan ilmu dan amal sedemikian sehingga sampai pada suatu darjat yang menyatu dengan sifat rububiyah-Nya.

Yang pasti bahawa tingkatan-tingkatan itu tetap ada, sebagaimana Tuhan berfirman dalam surah Mujadalah ayat 11, “dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan di antara kamu beberapa darjat.” Tingkatan yang paling tinggi adalah seorang manusia yang telah merealisasikan seluruh potensinya dan telah menjadi manusia sempurna, akan tetapi kesempurnaan setiap manusia bergantung kepada keluasan kewujudannya sendiri dan sejauh mana dia menempatkan dirinya di jalan kesempurnaan.

Dalam ‘irfan amali, manusia akan sampai pada tingkat di mana akan terbukan mata batinnya (mata barzakh), iaitu dia akan menyaksikan manusia-manusia itu sesuai dengan hakikat dan keadaan batinnya…

Bagi ahli-ahli irfan dan wali-wali Tuhan, mereka memandang bahawa hari kiamat telah terjadi di dunia ini, hal ini juga dikatakan oleh Imam Ali (a.s) yang merupakan Imam para ‘arif, orang-orang bertakwa (muttaqin), dan para pengesa Tuhan (muwahhidin), “Apabila tirai dan hijab terbuka maka keyakinanku tidak akan bertambah.” Dunia dan akhirat adalah suatu hijab dan tirai bagi kita, namun tidak ada satu pun yang menghijabi Amirul Mukminin Ali (a.s).”[7]

Di akhir jawapan ini, kita akan menghadirkan ucapan-ucapan Arif Hakiki, Imam Khomeni (Q.s), yang menjelaskan tingkatan-tingkatan dan darjat-darjat manusia iaitu darjat akhirat, barzakh, dan dunia. Beliau memaparkan bahawa setiap makrifat dan pengetahuan untuk manusia sudah tentu bersesuaian dengan tingkat masing-masing. Dia menyatakan, “Segenap pengetahuan yang bermanfaat terbahagi ke dalam tiga pengetahuan, pertama adalah suatu pengetahuan yang berhubungan dengan kesempurnaan akal dan kewajiban-kewajibannya. Kedua ialah suatu pengetahuan yang berkenaan dengan perbuatan-perbuatan hati dan kewajiban-kewajibannya, dan ketiga adalah suatu pengetahuan yang berkaitan dengan amalan-amalan hati dan hal-hal yang berkenaan dengan aspek zahiriah manusia… setiap tingkatan dari tingkatan-tingkatan ini… adalah berhubungan satu sama lain di mana terdapat pengaruh reaksi antara satu tingkatan dengan tingkatan-tingkatan lainnya, baik dari aspek kesempurnaan mahupun dari dimensi kekurangannya. Contohnya, apabila manusia ingin menjalankan ibadah-ibadah zahiriah maka ia harus sesuai dengan perintah-perintah para nabi. Ibadah-ibadah yang dijalankan itu akan berpengaruh kepada keadaan hati dan jiwanya yang akan berakhir kepada kebaikan akhlaknya (tingkatan barzakh) dan kesempurnaan akidahnya (tingkatan dunia). Begitu juga ketika seseorang sentiasa menyucikan akhlak dan membersihkan batinnya di mana ia akan berpengaruh kepada dua tingkatan lain (tingkatan akal dan dunia), sebagaimana kesempurnaan iman dan hukum-hukum akidah berpengaruh kepada dua tingkatan yang lain (tingkatan barzakh dan dunia). Bahkan, kata “berhubungan atau berpengaruh” (pengaruh satu tingkatan dengan tingkatan-tingkatan lainnya) yang digunakan untuk mengaitkan satu tingkatan dengan tingkatan lainnya hanyalah bersifat metafora, kerana tidak ada kata lain yang sesuai untuk dapat digunakan mengungkap realiti itu, maka harus dikatakan, “satu hakikat yang memiliki manifestasi-manifestasi.”[8]

Lebih lanjut beliau katakan, “Dalam bentuk apa pun, wahai saudaraku yang mulia!... Di manapun tingkatan kamu maka berupayalah dan tingkatkanlah keikhlasan dirimu serta bersihkanlah hatimu dari segala bentuk khayalan jiwa dan bisikan syaitan. Yang pasti, kamu akan memperoleh hasilnya, kamu akan menemukan jalan menuju hakikat, dan akan terbuka bagimu jalan petunjuk serta Tuhan Yang Maha Tinggi akan melindungimu.”[9][]

 

Bahan bacaan untuk telaah lebih jauh:

1.     Sayyid Haidar Amuli, Jami’ul Asrar wa Manba’ul Anwar, Penerjemah: Sayyid Jawad Hasyemi Ulya.

2.     Mir Jalaluddin Muhaddits Armawy, Rah-e Tausye-ye Rahrawan, hal. 159 - 172.

3.     Muhammad Bahary Hamadani, Tazkiratul Muttaqin.

4.     Ayatullah Hasan Hasan Sodeh Amuli, Dar Osemon-e Ma’rifat, hal. 46 - 52

5.     Ayatullah Muhammad Husain Husaini Tehrani, Tauhid ‘Ilmi wa ‘Aini.

6.     Ayatullah Muhammad Husain Husaini Tehrani, Resoleye Lubbul Albab, hal. 159 - 172.

7.     Syahid Murthada Muthahhari, Osyenoye Bo Ulume Islami (Irfan), hal. 82- 80.

8.     Ruhullah Mu(s.a.w)i Khomeni, Syarh-e Cehel Hadits, hal. 387 – 388 dan 394.

9.     Azizuddin Nasafi, Insanul Kamil.



[1] . Azizuddin bin Muhammad Nasafi, Insân al-Kâmil, hal. 3

[2] . Murtadha Muthahhari, Âsynâ-i ba Ulume Islâmi, hal. 82

[3] . Suatu darjat spiritual yang belum tetap.

[4]. Sayyid Haidar Amuli, Jami’ul Asrar wa Manba’ul Anwar, penerjemah: Sayyid Jawad Hasyemi, hal. 266-267.

[5] . Ibid., hal. 267-268.

[6] . Murtadha Muthahhari, Asyna-i ba Ulume Islami, bagian Irfan, hal.80-82

[7] . Ayatullah Hasan Sodeh Amuli, Dar Osemone Ma’rifat, hal 46-52.

[8] . Ruhullah Musawi Khomeini, Cehel Hadits, hal. 386.

[9] . Ibid, hal. 394.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits