Carian Terperinci
Pengunjung
16443
Tarikh Kemaskini 2011/04/19
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
soalan
Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
Jawaban Global

Mukjizat dari satu sisi bermakna suatu hal yang luar biasa, di sertai dengan cabaran dan dari sisi lain, mukjizat yang dipraktikalkan itu selaras dengan dakwaan yang dilontarkan oleh pemilik mukjizat. Keluarbiasaan ertinya ialah, terjadinya suatu perkara yang berbeza dengan aturan-aturan semulajadi.

Sebuah peristiwa disebut luar biasa (khāriq al-'āda) bukanlah membawa makna tiadanya sebab-akibat (causality) atau ia menafikan hukum sebab-akibat. Mukjizat walaupun seperti perkara-perkara biasa yang memiliki sebab-sebab semulajadi, malahan sebab-sebabnya tidak dapat diketahui, dirasai dan diketahui oleh masyarakat secara umum.

Tahaddi (cabaran) ertinya bahawa nabi sebagai pemilik mukjizat mencabar mereka yang tidak beriman kepadanya dan apa yang didakwahnya untuk menghadirkan seperti yang dibawa nabi sekiranya mereka mampu.

Mukjizat bersumber dari jiwa-jiwa para nabi dan ia terlaksana dengan berkat izin Tuhan, ertinya ia bersandar pada kekuatan yang tak-sirna dan tak-terbatas Ilahi. Kerana itu, mukjizat sentiasa menang dan menakluki. Mukjizat tidak memerlukan proses pembelajaran dan latihan. Atas alasan ini ia tidak memerlukan syarat dan ketentuan. Mukjizat para nabi bukan untuk hiburan, demonstrasi, show force  semata-mata atau sebagainya melainkan ditujukan demi memberi petunjuk dan membimbing manusia. Atas alasan ini, mukjizat berbeza dengan karamah seperti termakbulnya doa, dan juga sihir serta silap mata.

Apa yang berkaitan dengan karamah, di dalamnya tidak terdapat cabaran, panduan dan petunjuk untuk manusia serta dakwaan kenabian. Dalam sihir, silap mata dan praktikal-praktikal yang dilakukan oleh orang yang bertapa tidak memiliki sumber-sumber semulajadi. Apabila memiliki sumber-sumber semulajadi dalam masalah ini maka hal itu tidak memiliki tujuan suci. Di samping itu dengan belajar dan latihan, siapa pun dapat meraih hal ini dan mampu mengerjakan perbuatan-perbuatan sakti.

Oleh kerana mengambil sumber dari kekuatan manusia dan kekuatan manusia pula adalah kekuatan terbatas, maka perbuatan-perbuatan luar biasa yang dilakukan orang-orang seperti ini kalah dan tunduk di bawah kekuatan yang lebih tinggi daripadanya.

Penetapan dan pembuktian mukjizat

Mukjizat terbagi menjadi dua. Mukjizat perbuatan yang bercorak menurut situasi dan mukjizat ucapan. Mukjizat perbuatan berurusan dengan panca indra manusia dan terlaksana pada garis ruang dan waktu. Dan setelah terjadinya mukjizat tersebut, ia  tidak akan bertahan, meski pun sebahagian mukjizat perbuatan Nabi (s.a.w) tetap kekal tidak lekang oleh waktu dan zaman.

Untuk menentukan bahagian mukjizat ini bagi orang-orang yang tidak wujud ketika mukjizat ini ditunjukkan, ianya dapat diketahui dengan cara membaca riwayat-riwayat yang menukil mukjizat ini.

Mukjizat ucapan Nabi (s.a.w) adalah al-Qur’an. Al-Qur’an dalam banyak hal mencabar orang yang ingkar untuk membawa perkara serupa dengan apa yang hadirkan oleh al-Qur’an.

Cabaran al-Qur’an tidak terbatas pada wilayah khusus seperti kefasihan dan bakat berbicaranya, namun ia dapat menjadi objek cabaran al-Qur’an dari segala sisi yang kemungkinan terdapat padanya keunggulan. Contohnya berita ghaib, masalah ilmiah, tiadanya perselisihan antara ayat al-Qur’an dan sebagainya di mana untuk membuktikan dan menetapkan mukjizat sedemikian memerlukan bacaan dan kajian pelbagai dimensi mukjizat al-Quran. Ertinya mukjizat yang dimiliki al-Qur’an dalam berbagai bidang tidak mampu ditandingi oleh manusia sehingga seluruh manusia di setiap zaman tidak dapat menghidangkan apa yang disajikan oleh al-Qur’an.

Jawaban Detil

Ulama-ulama Islam[1] dalam mendefinisikan mukjizat berkata, “Mukjizat adalah perkara yang berada di luar kebiasaan (extraordinary) yang disertai dengan cabaran dan dakwaan. Peristiwa luarbiasa merupakan peristiwa-peristiwa yang terjadi di luar apa jua kebiasaan dan aturan semulajadi. Mukjizat dikatakan luar biasa (khâriq al-'ādat) dan ia tidak bermakna mukjizat dapat pengecualian dari hukum sebab-akibat.

Mukjizat tidak menafikan hukum sebab-akibat kerana hukum sebab-akibat adalah sesuatu yang diterima dengan argumen dan juga al-Qur’an. Hukum sebab-akibat [2] dan peristiwa luarbiasa diterima oleh al-Qur’an kedua-duanya. Al-Qur’an menunjukkan pelbagai pengetahuan kepada manusia, misalnya yang mengusai seluruh sebab adalah Tuhan, atau sebab-sebab material secara sendiri tidak memberi pengaruh di mana penyebab sejati adalah Tuhan.[3] Sebab-sebab yang berpengaruh dalam hal mukjizat adalah jiwa-jiwa para nabi[4] dan sumber yang terdapat pada jiwa-jiwa para nabi, wali dan kaum Mukminin adalah berada di atas seluruh sebab-sebab zahir dan Ia berkuasa atasnya.[5]

Kesimpulannya, mukjizat dan perkara-perkara luar biasa lainnya sebagaimana perkara-perkara biasa memerlukan sebab-sebab semulajadi. Di samping itu, keduanya (mukjizat dan perkara biasa) juga memiliki sebab-sebab batin. Penyebab-penyebab batin yang kita sebut sebagai sebab-sebab adalah berbeza satu dengan yang lain. Akan tetapi dalam perkara biasa, sebab-sebab zahir dan normal sentiasa disertai dengan sebab-sebab batin dan hakiki. Sebab-sebab batin tersebut sentiasa disertai dengan kehendak dan perintah Tuhan. Namun kadang-kadang sebab musabab hakiki tidak selaras dengan sebab-sebab zahir dan sebagai kesimpulannya kesebaban sebab-sebab zahir tidak lagi bekerja dan perkara normal tidak lagi wujud, kerana kehendak dan perintah Tuhan tidak berkaitan dengan urusan tersebut. Berbeza dengan perkara-perkara luar biasa, yang tidak bersandar pada sebab-sebab semulajadi melainkan bersandar pada sebab-sebab semulajadi non-konvensional iaitu pada sebab-sebab yang tidak dapat dicerap oleh indera manusia. Namun sebab-sebab semulajadi non-konvensional juga bersamaan dengan sebab-sebab hakiki dan batin. Dan puncaknya bersandar pada izin dan kehendak Tuhan.

Di antara syarat lain mukjizat adalah disertai dengan cabaran. Ertinya seorang nabi yang mendemonstrasikan mukjizat meminta semua orang, khususnya para pengingkar dan orang-orang yang tidak percaya supaya mereka mendatangkan perkara serupa, apabila mukjizat tersebut dianggap sebagai perbuatan biasa dan tidak mereka pandang sebagai kebenaran seruannya.[6]

Dengan kata lain, mukjizat ertinya “bayyinah dan ayat Ilahi” yang terlaksana guna membuktikan dan menetapkan tugas Ilahi dan kerana itu terbatas pada keadaan-keadaan tertentu dan disertai dengan cabaran.[7]

Di antara syarat mukjizat (di mana telah dijelaskan pada definisinya bahawa ia sesuai dengan seruan), apabila ada seseorang mendakwa kenabian dan mukjizatnya seperti menyembuhkan orang buta, maka orang buta tersebut harus mendapatkan kesembuhan supaya menjadi dalil atas kebenarannya.[8]

Kerana itu mukjizat adalah sebuah perbuatan luar biasa. Walaupun sihir, doa yang dimakbulkan, atau contoh sepertinya tergolong sebagai perbuatan luar biasa, namun keduanya tidak mampu menandingi mukjizat di mana ia menewaskan sebab-sebab sihir dan doa dimakbulkan.

Mukjizat disebut mukjizat kerana faktor-faktor semulajadi dan non-konvensionalnya tak dapat menewaskannya. Mukjizat juga sentiasa menundukkan dan berjaya.[9] Sihir dan ilmu silap mata tidak memiliki sumber Ilahi dan juga tabiat, wujud luaran dan nafs al-amr, dan umumnya sihir dan ilmu silap mata ini adalah helah dan bersandar pada tipuan pandangan, waham, fantasi dan tekaan. Apabila sebahagian masalah sihir dan ilmu silap mata memiliki sumber tabiat maka hal itu digunakan untuk hal-hal buruk. Dan umumnya sentiasa disertai dengan kejahilan dan khurafat.

Ertinya perbuatan luar biasa yang dilakukan oleh manusia biasa berbeza dengan mukjizat para nabi. Para nabi mendemonstrasikan mukjizat dalam rangka memberi petunjuk dan bimbingan manusia bukan untuk show force dan menghibur manusia.

Dari satu sisi, mukjizat tidak memiliki syarat dan ketentuan khusus. Ertinya untuk memperagakan mukjizat, para nabi tidak memerlukan pembelajaran dan latihan. Tidak sama dengan apa yang dilakukan para penyihir yang memerlukan pembelajaran dan latihan. Dari sisi lain, mereka tidak dapat melalukan apa pun yang mereka kehendaki. Hal ini dikeranakan bahawa mukjizat para nabi bersandar pada kekuatan tak-terbatas dan tak-sirna Ilahi. Dan perbuatan luar biasa yang ditunjukkan oleh orang lain bersumber dari kekuatan terbatas manusia dan kerana itu keluarbiasaan manusiawi tidak dapat dibandingkan dengan mukjizat Ilahi dan tidak satu pun dari mereka yang melontarkan cabaran.[10]

Keluarbiasaan dengan terkabulnya doa dan sebagainya memiliki perbezaan dengan mukjizat kerana dalam masalah mukjizat terdapat cabaran dan urusan petunjuk untuk manusia. Dengan dikeluarkannya mukjizat pengesahan kenabian, risalah dan seruannya kepada Tuhan dapat ditetapkan dan dibuktikan. Kerana itu, seseorang yang memiliki mukjizat berada dalam keadaan bebas ketika mempertontonkannya. Ertinya bila-bila pun ia diminta untuk mendemonstrasikan mukjizatnya, ia boleh melaksanakannya. Tuhan pun mewujudkan kehendaknya tersebut. Berbeza dengan terkabulkannya doa dan karamah para wali yang tidak terdapat cabaran di dalamnya, di mana masalah petunjuk dan bimbingan tidak disandangkan kepadanya. Kemungkinan doa tersebut berbeza di mana perbezaan doa dan keramat tidak menyebabkan orang lain tersesat.[11]

Dengan kata lain, keramat merupakan sebuah perkara luar biasa yang semata-mata berdasarkan kekuatan roh dan kesucian jiwa seorang manusia sempurna atau separuh sempurna. Sesungguhnya mukjizat adalah bahasa Tuhan yang menegaskan orang yang mempertontonkannya, namun keramat tidak memiliki bahasa sedemikian.[12]

Pendakwaan mengiringi mukjizat dan ia dikhususkan pada nabi. Apabila mukjizat dipraktikalkan oleh seseorang, maka mungkin ia menyampaikan dakwaan kenabian atau mungkin juga tidak. Apabila memiliki dakwaan kenabian melalui mukjizatnya, kita akan mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran apa yang didakwanya. Oleh itu secara rasionalnya mukjizat yang dipertontonkan oleh pendusta itu dicela. Jikalau tidak ada pengakuan kenabian, maka kenabiannya tidak dapat diputuskan kerana mukjizatnya itu bukan menunjukkan kenabiannya, bahkan apa yang dibuktikannya adalah kebenaran apa yang didakwanya. Dan apabila dakwaan mengandungi seruan kenabian maka mukjizat membuktikan bahawa pendakwa itu berkata benar dalam dakwaannya. Kelaziman bicara yang benar ini adalah ketetapan kenabiannya.

Meski nabi sebelum kenabian juga dapat bermukjizat, namun ia ditujukan untuk “irhash” yaitu mempersiapkan masyarakat untuk mendengar seruannya.[13]

Iya, mukjizat disertai dengan cabaran setelah bermulanya seruan para nabi. Selain itu, apabila perbuatan luar biasa disaksikan dan dipertontonkan oleh nabi, maka hal itu tergolong sebagai keramat. Meskipun secara urf seluruh keramat para nabi dan imam (a.s) dapat dipandang sebagai mukjizat.[14]

Adapun pembuktian mukjizat bergantung kepada penjelasan dua masalah: pertama, bahagian-bahagian mukjizat para nabi, kedua, sisi-sisi kemukjizatan al-Qur’an.

Pembahagian mukjizat

Mukjizat terbahagi kepada dua: perbuatan dan ucapan.

Yang dimaksud dengan mukjizat perbuatan adalah pengelolaan alam semesta berdasarkan wilâyah takwini yang dapat dilaksanakan dengan berkat izin Tuhan.[15] Contohnya membelah bulan[16] dan membelah pohon[17] daripada mukjizat Nabi (s.a.w). Membelah bumi[18] dan laut[19] dalam kisah Qarun dan Fir’aun pula merupakan mukjizat Nabi Musa (a.s). Pembelahan gunung[20] oleh Nabi Soleh (a.s), penyembuhan orang buta,[21] penyakit kusta dan menghidupkan orang mati oleh Nabi Isa (a.s), serta pengangkatan pintu gerbang khaibar oleh Imam Ali (a.s).[22]

Mukjizat ucapan merupakan kalimah-kalimah dan penjelasan Allah (s.w.t), nabi Muhammad (s.a.w) serta para maksum (a.s) yang mengandung maʽarif mendalam dan benar di mana ia menyebabkan kehairanan dan rasa takjub akal penghuni alam semesta.

Apa yang berkaitan dengan perbezaan antara mukjizat perbuatan dan ucapan ialah, hendaklah dikatakan bahawa mukjizat perbuatan terhad dengan masa dan tempat tertentu, dan ia juga untuk orang awam kerana mereka berurusan dengan perkara-perkara indrawi.[23] Namun mukjizat ucapan tidak terkhusus pada masa tertentu dan tetap kekal di sepanjang masa dan ia juga dikhususkan untuk orang-orang tertentu.

Di antara mukjizat perbuatan Nabi (s.a.w) adalah menetapkan kiblat di Madinah yang kekal hingga kini dan Nabi (s.a.w) melakukan hal itu tanpa menggunakan perantara-perantara astronomi dan kaedah-kaedah meteorologi dan sebagainya, baginda sendiri berdiri mengadap ke arah kiblat dan bersabda: “Mihrābi ‘ala al-Mizāb” (Mihrabku berhadapan dengan saluran air Ka’bah).[24]

Untuk menetapkan dan membuktikan mukjizat perbuatan, hal itu memerlukan kajian dan pembacaan riwayat yang menukil tentang mukjizat. Apabila mukjizat tersebut diterima sanadnya atau petunjuk-petunjuk tentang kesahihannya, maka kita menerima mukjizat tersebut. Jikalau ia tidak seperti demikian, maka kita tidak memiliki jalan untuk membuktikannya walaupun berkemungkinan tidak dapat kita nafikan. Iya, kita menerima jenis mukjizat perbuatan para nabi yang dikisahkan al-Qur’an tanpa ragu dan sangsi. Demikian juga mukjizat yang hingga kini tetap abadi.

Mukjizat al-Qur’an

Puncak mukjizat ucapan adalah al-Qur’an. Tiada yang dapat meragukan tentang sumbernya dan tiada pula penyimpangan (tahrīf) dalam al-Qur’an. Kini yang tertinggal adalah apakah dalil al-Qur’an disebut sebagai mukjizat?

Untuk menjawab pertanyaan ini maka kiranya perlu dijelaskan ehwal sisi-sisi kemukjizatan al-Qur’an. Ertinya al-Qur’an dibaca dan diselidiki dari pelbagai sisi sehingga diputuskan bahawa al-Qur’an adalah firman Allah (s.w.t).

Sisi-sisi kemukjizatan al-Qur’an[25]

Al-Qur’an melontarkan cabaran dari pelbagai sisi di mana ia akan menyentuh sebahagian dari cabaran tersebut:

1.     Cabaran terhadap kefasihan dan retorika al-Qur’an.[26]

2.     Cabaran terhadap tiadanya perselisihan dalam pelbagai pengatahuan (maarif) yang ditunjukkan.[27] Atas alasan ini Imam Ali (a.s) berkata: “Sebahagian (ayat) al-Qur’an adalah penafsir terhadap kandungan (ayat) lainnya. Dan sebahagian menjadi saksi atas yang lainnya.”

3.     Cabaran terhadap berita-berita ghaib.[28]

4.     Cabaran terhadap orang yang diturunkan al-Qur’an kepadanya;[29]

5.     Cabaran terhadap ilmu dan sebagainya.[30]

 

Dengan jalan ini kemukjizatan dan kebenaran al-Qur’an diputuskan dan dibuktikan di mana seseorang ummi yang tak pernah duduk di bangku sekolah, besar dan dewasa di kalangan jahiliyah yang tidak mengenal peradaban, moral dan pengetahuan serta tidak mampu menunjukkan kepada kemanusiaan pelbagai pengetahuan (maarif), akhlak dan aturan-aturan agama, baik ibadah atau pun muamalah dan politik sosial dan sebagainya, dan singkatnya apa sahaja yang diperlukan oleh kemanusiaan, kalau hal itu bersumber dari dirinya sendiri. Sedemikian sehingga para pemikir dan cendekiawan rasa takjub, kehairanan dan tidak dapat mencerap hal ini. Al-Qur’an tidak hanya membahaskan universaliti dan hal-hal yang penting, namun ia membahaskan juga masalah-masalah tertentu. Yang menariknya seluruh ma’arif yang dikandungnya berpijak di atas fitrah dan keaslian tauhid sedemikian sehingga rincian pelbagai hukumnya setelah menganalisa yang kembali kepada masalah tauhid. Dan keaslian tauhid setelah penganalisaan kembali kepada rincian-rincian tersebut.

Al-Qur’an di samping lafaz-lafaznya, makna-makna yang terpendam di balik lafaz juga merupakan mukjizat. Ertinya di samping al-Qur’an berbicara dengan baik, tutur katanya juga sempurna.[31]

Dan hingga kini tiada seorang pun yang maju melontarkan tentangan terhadap al-Qur’an dalam pelbagai bidang meskipun terhadap surah paling minimum seperti surah pendek al-Kauthar.

Titik terakhir yang perlu disebutkan di sini adalah bahawa al-Qur’an dalam kalimah-kalimahnya melontarkan cabaran secara mutlak,[32] dan menegaskan ‘jikalau seseorang mampu membawa seperti yang dihadirkan al-Qur’an’. Al-Qur’an tidak menyebutkan bahawa jika kalian mampu menghadirkan sebuah kitab fasih atau retorik seperti al-Qur’an atau sebuah kitab yang mengandung ma’arif sedemikian. Hal ini mewartakan kepada kita bahawa al-Qur’an dari pelbagai sisi yang memungkinkan ia dapat ditandingi adalah ‘ia tidak boleh ditandingi’. Cabaran dan pelawaan untuk bermukjizat ini ditujukan dan dilontarkan kepada satu demi satu manusia pada setiap masa. Andainya seseorang tidak memiliki kemampuan untuk memahami sisi-sisi kemukjizatan al-Qur’an dan menetapkan kemukjizatan al-Qur’an, maka sebaiknya ia perlu merujuk kepada orang yang memiliki tingkat pemahaman tinggi yang menghabiskan usianya selama bertahun-tahun sehingga memahami ma’arif al-Qur’an dan meyakini bahawa al-Qur’an merupakan samudera pelbagai makrifat dan pengetahuan di mana ia telah meneguk setitis daripadanya.[]



[1]. Silakan lihat Kasyf al-Murad fi Syarhi Tajrid al-I’tiqad, Allamah Hilli, dengan catatan dan pembetulan Ayatullah Hasan Zadeh Amuli, hal. 350-353. Ta’liqat Ayatullah Hasan Zadeh Amuli bar Kasyf al- Murad, hal. 595. Rahbaran-e Buzurgh wa Mas’uliyatha-ye Buzurghtar, hal. 119-153. Muqaddimah bar Jahan Bini-ye Islam, Syahid Muthahhari, hal. 179-208. Al-Mizan, jil. 1, hal. 58-90 dan Terjemahan Parsi al-Mizan, jil. 1, hal. 93-140. Insan-e Kamil az Didgha-e Nahj al-Balaghah, hal. 8-21. Tarjameh wa Syarh-e Isyarat Ibnu Sina, Dr. Malaksyahi, hal. 466-491. Syawahid al-Rububiyah, Mulla Shadra, dengan catatan pinggir Sabzawari, catatan, pembetulan dan pendahuluan oleh Sayid Jalaluddin Astiyani, hal. 340-349. Fashl fi Ushul al-Mu’jizat wa Khawariq al-‘Adat, al-Mabda’ wa al-Ma’ad, terjemahan Ahmad bin Muhammad al-Husaini Ardekani, atas usaha Abdullah Nurani, hal. 538.

[2]. Qs. Al-Thalaq [65]:3; Qs. Al-Hijr [15]:21; Qs. Al-Qamar [54]:49.

[3]. Qs. Al-A’raf [7]:54; Qs. Al-Baqarah [2]:284; Qs. Al-Hadid [57]:5; Qs. Al-Nisaa [4]:80; Qs. Ali Imran [3]:26; Qs. Thaha [20]:50; Qs. Al-Baqarah [2]:255; Qs. Yunus [10]:3.

[4]. Qs. Al-Ghafir [40]:78.

[5]. Qs. Al-Shaffat [37]:173; Qs. Al-Mujadalah [58]:21; Qs. Al-Ghafir [40]:53.

[6]. Bahauddin Khuramsyahi, Jahan-e Ghaib wan Ghaib-e Jahan, hal. 45-83.

[7]. Murtadha Muthahhari, Muqaddame-ye bar Jahan Bini Islami, hal. 189.

[8]. Kasyf al-Murad fii Syarh Tajrid al-I’tiqad, hal. 350.

[9]. Dalam kisah penyihir Fir’aun tatkala melihat Musa, mereka memahami bahawa perbuatan Nabi Musa (a.s) adalah mukjizat. Kerana sihir mereka tertelan dan kerana itu mereka mengakui ketidakmampuan mereka dan seterusnya. Lihat Qs. Al-A’raf (7):105-125)

[10]. Ayatullah Makarim Syirazi, Rahbaran-e Buzurg wa Mas’uliyatha-ye Buzurgtar, hal. 119-153.

[11]. Al-Mizan, jil. 1, hal. 82.

[12]. Syahid Muthahari, Op Cit, hal. 1-7. Asynai ba Qur’an, jil. 2, hal. 235 dan seterusnya.

[13]. Kasyf al-Murad fii Syarh Tajrid al-I’tiqad, hal. 352.

[14]. Ibid, hal. 353. Jahan-e Ghaib wa Ghaib-e Jahan, hal. 46-47.

[15]. Kerana menunaikan perintah manusia akan mendekat kepada Tuhan  dan berkat pengaruh kedekatan kepada Tuhan manusia akan meraih makam wilayah dan kemudian sebagaimana Tuhan ia dapat berkuasa di alam semesta.

[16]. Di antara mukjizat Nabi Saw  adalah membelah bulan.

[17]. Imam Ali (a.s) dalam Nahj al-Balâghah, Khutbah Qâshi’a, menjelaskan mukjizat membelah pohon yang dipraktikkan Nabi Saw. berkaitan dengan mukjizat Nabi (s.a.w). Anda dapat merujuk Bihâr al-Anwâr, cetakan Kumpani, hal.105.  

[18]. Qs. Qashash (28):76-81.

[19]. Qs. Al-Baqarah (2):50

[20]. Qs. Al-Syams (91):11-15.  

[21]. Qs. Ali Imran  (3):49.

[22]. Basyarat al-Musthafa, cetakan Najaf, hal. 235. Âmali Shaduq, majlis 77, hal. 307.

  [23]. Makna dari ucapan ini tidak bermakna bahawa orang-orang khusus tidak menggunakannya melainkan kadang-kala seperti dalam kisah Musa (a.s) di mana hal ini terjadi.

[24]. Mir Damad, Qabâsat, hal. 321. Kasyf al-Murâd fii Syarh Tajrid al-I’tiqâd, Annotasi Ayatullah Hasan Zadeh, hal. 597-598. Insân-e Kâmil az Didgâh-e Nahj al-Balâghah, Ayatullah Hasan Zadeh Amuli, 8-12.  

[25]. Dâirat al-Ma’ârif Tasyayyu’, jil. 2, hal. 265. Dâirat al-Ma’arif Buzurgh-e Islâmi, jil. 9, hal. 363-366. Al-Mizân, jil. 1, hal. 58-90. Annotasi Ayatullah Hasan Zadeh atas Kasyf al-Murad, hal. 597-600.   

[26]. Qs. A-Hud (11):14; Qs. Yunus (10):39.

 [27]. Qs. Al-Nisa (4):82; Qs. Al-Zumar (39):23.  

[28]. Qs. Al-Hud (11):49; Qs. Yusuf (12):102; Qs. Ali Imran (3):44; Qs. Maryam (19):34; Qs. Al-Rum (30):1; Qs. Al-Fath ():15; Qs. Al-Anbiya (21):97; Qs. Al-Qashash (28):85; Qs. Al-Maidah (5):67; Qs. Al-Nur ():55; Qs. Al-Fath (48):27; Qs. Al-An’am (6):65; Yunus (10):47.

[29]. Qs. Yunus (10):16.  

[30]. Qs. Al-Nahl (16):89; Qs. Al-An’am (6):59; Qs. Al-Nisa (4):106; Qs. Fushshilat (41):42; Qs. Al-Hasyr (59):7; Qs. Al-Hijr (15):9.

[31]. Silakan rujuk ke indeks: Sisi-sisi Kemukjizatan al-Qur’an.  

[32]. Dan jika kamu (tetap) meragukan Al-Qur'an yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah (paling tidak) satu surah sahaja yang semisal dengan Al-Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah (untuk melakukan hal itu), jika kamu orang-orang yang benar.” (Qs. Al-Baqarah [2]:28)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits