Pengunjung
4474
Tarikh Kemaskini 2007/08/23
Ringkasan pertanyaan
Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
soalan
Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
Jawaban Global

Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab akhir penciptaan alam semesta. Dari sisi lain, iaitu dari sudut sebab al-fāʻiliyyah hendaklah dikatakan: Kesesuaian perlu menuruti konsep sebab dan akibat (العلة و المعلول) di mana antara sebab awal dunia adalah salah satu daripada seluruh gagasan arah tujuan dan tidak satu pun haluan mempunyai kepelbagaian yang berkepelbagaian (کثرت) di dalamnya. Di antara akibat-akibat (معلولات) alam yang terlalu banyak, terdapat kerealisasian satu orientasi kesatuan yang mana ia mempunyai arah hubungan dengan al-waḥdah al-kulliyyah (الوحدة الکلیة) dan hubungan dari segi nisbah dengan alam yang berkepelbagaian. Perkara ini hanya menjadi kenyataan dalam alam nafs sahaja. Nafs insan sempurna yang berkepelbagaian berada di bawah sebuah pengaruh, iaitu pengaruh nafs Nabi dan Ahlul Bait.

Jawaban Detil

Prinsip-prinsip falsafah Mahdawiyyah dapat dikaji melalui dua haluan iaitu dari arah sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة).

1. Manusia sempurna dan kedudukannya dalam silsilah sebab akhir.

Hikmah dan motif Ilahi di dalam penciptaan alam semesta dan sebab akhirnya adalah insan sempurna yang merupakan matlamat dan motif di mana ia dapat ditemui dalam manifestasi empat belas manusia suci. Ini disebabkan kerana mereka adalah pemerintah di atas muka bumi dan khalifah Allah (s.w.t). Haluan orientasi faslsafah Islam ini telah memusatkan perhatian terhadap wali sempurna dan kehadiran khalifah Allah di muka bumi dan mereka mengemukakan penjelasannya berasaskan prinsip dan argumentasi-argumentasi mereka sendiri.

Syeikh Falsafah, Abu Ali Sina di dalam kitabnya “al-Shifā”, terdapat sebuah bab yang beliau bahaskan mengenai imam dan khalifah dan beliau juga melaporkan tentang makam-makam, darjat-darjat batin, akhlak dan amalan insan sempurna. Beliau berkata:[1] “Barangsiapa yang mempunyai ciri-ciri yang disifatkan sebagai sifat-sifat para nabi, maka beliau akan menjadi pentadbir insan… ia menjadi pemerintah di muka bumi dan khalifah Allah.”[2]

Falsafah Ishraqiyyah (Illumination) juga telah menerangkan masalah imam dan pemimpin masyarakat disamping telah memfokuskan perkara keghaiban.

Syeikh al-Ishrāqiyyah, Shahabuddin Shahruwardi di dalam kitab “Ḥikamatul Ishrāq” mengemukakan agenda perbahasan imam, khalifah, pembahagian khalifah dan pemimpin masyarakat. Berdasarkan prinsip-prinsip Ishrāq sendiri syarat-syarat mereka yang mampu menjadi ketua, khalifah dan pendidik masyarakat telah diterangkan. Mengenai perkara ini ia berkata, “Dunia tidak pernah sepi dari hikmah (ilmu kamāl), kewujudan mereka yang mempunyai hikmah, hujjah-hujjah dan yang memberi penerangan dari sisi-Nya. Inilah dia khalifah Allah di muka bumi. Ini akan berlangsung selagi bumi dan langit masih berfungsi. Oleh itu setiap zaman ada individu yang menjadi pemimpin masyarakat kerana berketerampilan sebagai orang-orang yang soleh, model kesempurnaan alam dan amal. Individu itu juga merupakan khalifah Allah di muka bumi dan bumi tidak akan pernah kosong dari insan seperti ini. Yang kita katakan kepimpinan bersamanya bukanlah bermaksud pemerintahan yang kelihatan secara zahir. Namun ia bermakna imam soleh, yang membentuk pemerintahan secara terang-terangan dan dengan tangan yang terbuka. Kadangkala di kemuncaknya, ia hidup dalam tersembunyi (ghaibah). Imam ini ialah yang dinamakan orang sebagai “Quṭb Zamān” dan “Wali al-ʻAṣr”. Kepimpinan masyarakat adalah bersama beliau, sekalipun tidak ada tanda-tanda pada beliau. Yang pasti jikalau orang ini muncul berada pada tampuk pemerintahan, maka zaman itu akan menjadi terang dipenuhi cahaya.[3]

 

ʻAllamah Ṭabāṭabā’ī dalam Risālah Wilāyah  menulis: “Wilayah ialah darjat kesempurnaan yang terakhir bagi insan, dan ianya adalah matlamat penghabisan daripada pensyariatan syariat Allah.”[4]

Di dalam kitab tafsir al-Mizān beliau berkata: "Meskipun Wilāyah mempunyai banyak makna, namun makna asalnya ialah membuang halangan yang berada di antara dua perkara sehingga tidak ada sesuatu pun di antara keduanya kecuali kedua-dua itu sahaja." [5]

Para ahli falsafah Ikhwān al-Ṣafā memberikan fokus tentang pentingnya hal ehwal Mahdi (a.s) dalam falsafah mereka. Mereka mensyarahkan masalah keghaiban seperti berikut:

Mereka beriktikad dengan Mahdi dan kembalinya beliau sehingga dapat memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan setelah kezaliman dan penganiayaan bermaharajalela di seluruh dunia.

… Terdapat dua zaman bagi golongan para imam, iaitu zaman keterbukaan yang mana para imam muncul di kalangan orang ramai. Kemudian zaman berlindung tanpa memunculkan diri. Perkara ini bukanlah disebabkan ketakutan dan rakan-rakan beliau mengetahui tempat keghaibannya. Bahkan setiap kali mereka berhajat, imam akan datang kepada mereka. Jikalau tidak maka peredaran zaman kosong dari imam. Oleh itu Allah tidak pernah membiarkan penciptaan tanpa hujjah, dan tidak juga memotong talian hubungan antara orang ramai dengan Dia. Para imam adalah pasak bumi, mereka adalah khalifah Allah samada di zaman keterbukaan mahupun di zaman berlindung. Barangsiapa yang mati tanpa mengenal imam samada di zaman keterbukaan atau zaman berlindung, maka individu tersebut akan mati dalam keadaan jahiliyyah.[6]

Sebahagian daripada para pembesar berkata, “Matlamat penciptaan manusia ialah kesempurnaan, dan kesempurnaan yang menghubungkan dengan wujud adalah lebih tinggi, dan wujud paling ulung hanyalah Allah (s.w.t). Matlamat ini hendaklah menjadi realiti pada sebahagian insan, jika tidak maka terdapat pertentangan pada matlamat. Sedangkan pertentangan pada matlamat melazimkan kelemahan atau kejahilan pada Allah (s.w.t) di mana perkara ini adalah mustahil. Sebahagian insan yang dimaksudkan itu ialah empat belas manusia suci.[7] Berasaskan hukum sebab akibat (عِلِّيًّة) yang paling penghabisan, matlamat penciptaan alam ialah insan kāmil.

 

2. Insan kāmil dan kedudukannya dalam rangkaian sebab al-fāʻiliyyah

Dari sudut sebab al-fāʻiliyyah hendaklah dikatakan: Sinkhiyyah (keserasian) antara sebab dan akibat berkesesuaian dengan realiti kesatuan di kalangan sebab awal dunia yang merupakan salah satu daripada seluruh gagasan tujuan, tidak ada haluan yang berkepelbagaian di dalamnya. Di antara sebab-sebab alam yang berkepelbagaian pasti ada sebuah arah kesatuan di mana dari satu perspektif ia berhubungan dengan wahdah al-kulliyyah (الوحدة الکلیة), dan dari perspektif yang lain ia bernisbah dengan alam alam berkeperlbagaian, dan ini hanyalah menjadi kenyataan di dalam alam nafs. Nafs merupakan sebuah kewujudan yang mempunyai dua sisi, di mana dalam zat, ia dari alam material dan menghasilkan material. Manakala di peringkat perbuatan dan kesempurnaan, ia merupakan dari alam tajarrud (bebas). Tidak semua nafs begitu, bahkan nafs insan kāmil yang meluaskan pengaruhnya di atas keperlbagaian hanyalah nafs Nabi dan Ahlul Bait baginda.[8]

Dengan itu, jikalau tidak ada nafs Nabi (s.a.w), maka dari satu sisi kesatuan alam tidak akan menjadi realiti, dan dari sisi yang lain keperlbagaian juga tidak menjadi kenyataan.

Al-Marhum Sayid Haidar Amuli di dalam kitabnya Jāmiʻ al-Asrār berkata[9], “Perhatian Allah ialah insan kāmil, Allah memandang alam semesta dengan penglihatannya sebagaimana yang Dia berfirman: Law lāka (sekiranya bukan kerana kamu)… Iaitu sesungguhnya ketika insan kāmil sampai ke kedudukan maqam al-kamāl maka ia akan sampai ke maqam al-Waṣl dan Allah (s.w.t) yang mentadbir alam semesta melalui jalan asbāb (sebab-sebab) juga mentadbir alam semesta melalui jalan insān kāmil.[10]

Di tempat lain beliau mengatakan, “Kaedah falsafah: "الواحد لایصدر عنه الاّ الواحد، یا الاّ من الواحد" [11], adalah merupakan sebuah kaedah falsafah badīhī (pengetahuan secara semulajadi), dan juga merupakan hal ehwal kaedah sinkhiyyah sebab - akibat. Berasaskan kaedah ini kita dapat memahami bahawa:

Di antara kita dan tuhan perlu ada sarana-sarana dalam penciptaan, keberkatan, kesempurnaan, pengabulan hajat dan lain-lain lagi. Falsafah menafsirkan sarana-sarana tersebut sebagai ʻuqūl al-muqaddasah (akal-akal suci). Golongan Masha’iyyah menganggap ʻuqūl al-muqaddasah itu ada sepuluh bilangan sementara golongan al-Ishrāqī menganggap bilangannya terlalu banyak dan kemungkinan tanpa had. [12]

Dari sini, makna beberapa ayat dari al-ziyārah al-jāmiʻah al-kabīrah menjadi jelas iaitu: Dengan (perantara) kalian Allah membuka, dengan (perantara) kalian Allah menutup, dengan (perantara) kalian Allah menurunkan bantuan, dengan (perantara) kalian Allah manghapuskan kesedihan, mengangkat kesengsaraan, terdapat di sisi kamu apa yang telah diturunkan bersama-sama para rasulNya serta para malaikatNya. [13]

Akhir kalam, kami sudahi dengan kata-kata Imam Khomeini: Matlamat penciptaan manusia adalah alam ghaib mutlak, sepertimana yang dikatakan dalam hadis qudsi:

“Wahai anak adam, aku ciptakan segala sesuatu demi kamu, dan aku ciptakan kamu demi Ku.” Di dalam al-Qur’an, Allah berfirman kepada Nabi Musa bin ʻImran (a.s): "Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu" (Qs. Ṭaha [20]:41). Begitu juga firmanNya: "Dan Aku telah memilihmu” (Qs. Thaha [20]:13).

Oleh itu insan adalah makhluk “Li ajliLlah” dan dicipta untuk ZatNya Yang Maha Suci. Di kalangan kewujudan-kewujudan dia menjadi pilihanNya. Matlamat perjalanannya ialah untuk sampai ke BābuLlah, fana di dalam Zat Allah, berpaut padanya adalah Fanā’uLlah, kembalinya adalah kepada Allah dan MinaLlah, FiLlah, wa BiLlah, sebagaimana yang difirmankan Allah di dalam al-Qur’an: انَّ الَيْنا ايابَهُم (Sesungguhnya kepada kamilah mereka kembali) (Qs. Al-Ghashiah [88]:2). Sementara kewujudan-kewujudan dengan berperantaraan insan adalah merujuk kepada Allah. Bahkan tempat kembali dan hari kebangkitan mereka adalah manusia sebagaimana di dalam Ziyārah al-Jāmiʻah yang menyebutkan sedikit daripada kedudukan-kedudukan wilāyah: “و اياب الخلق اليكم، و حسابهم عليكم” (kembalinya penciptaan kepada kamu, dan perhitungan mereka ke atas kamu). Begitu juga kata-kata: "بكم فتح اللّه، و بكم يختم" (dengan kalian Allah membuka, dan dengan kalian Allah menutup).

Ketika Al-Qur’an mengatakan:  “Sesungguhnya kepada kamilah mereka kembali dan kemudian sesungguhnya kewajiban kamilah menghisab mereka” (Qs. Al-Ghasiyah [88]:25-26) begitu juga dalam doa ziarah Jāmiʻah dikatakan, “Dan kembalinya penciptaan kepada kalian dan penghisaban mereka pada kalian” pada hakikatnya menegaskan sebuah rahsia daripada rahsia-rahsia tauhid, dan mengisyaratkan kembalinya insān kāmil yang sama seperti kembali kepada Allah. Ini disebabkan insān kāmil adalah kefanaan yang mutlak, dan baqā’ dengan baqā’uLlah. Taʻayyun (entifikasi), inniyat (keakuan) dan ananiyah (ego) tidak mendapat tempat dalam diri insān kāmil.  Mereka sebagai  asmā al-husna  Allah dan ismul aʻzhām-Nya. Dan makna ini telah banyak diisyaratkan di dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis mulia.[14][]

 

Daftar pustaka untuk telaah lebih mendalam:

  1. Shifā, Ilahiyat, makalah 10, (tentang Khalifah dan Imam)
  2. Qabasāt, cetakan baru, hal. 397.
  3. Hikmate Ishrāq, jilid 2, hal. 11-12.
  4. Syarhe Hikmate Ishrāq, hal. 23-24.
  5. Tārikhe Falsafeh dar Jahāne Islāmi, hal. 207-208.
  6. Hakimi, Muhammad Ridho, Khursyide Magrib, hal. 152-158.

 


[1] Al-Shifā, hal. 455, pasal 5

[2] Dalam kitab Sharah Manzhumah ungkapan redaksi Abu Ali (Sina) tertulis semacam demikian:

: "و رؤوس هذه الفضائل عفّة و حكمة و شجاعة و مجموعها العدالة و هي خارجة عن الفضيلة النظرية. و من اجتمعت له معها الحكمة النظرية فقد سعد و من فاز مع ذلك بالخواص النبوية كاد أن يصير ربّا إنسانيّا و كاد أن تحلّ عبادته بعد اللّه تعالى و أن تفوّض إليه أمور عباد اللّه و هو سلطان العالم الأرضي و خليفة اللّه فيه"؛

"Dan puncak keutamaan-keutamaan ini adalah kesederhanaan, hikmah dan keberanian dan kemajmukan dari semuanya ini adalah keadilan, dan keadilan adalah di luar dari pada keutamaan teoritik dan barang siapa yang di dalam dirinya terkumpul hikmah teoritik (naẓari) maka termasuk orang-orang yang beruntung dan siapa saja yang beruntung menyifatkan dirinya dengan sifat kenabian dia dapat menjadikan dirinya sebagai pentadbir kemanusiaan (memiliki kesan dalam gambaran-gambaran klasifikasi) dan ...  urusan para hamba diserahkan dipasrahkan kepadanya urusan-urusan hamba-hamba-Nya iaitu mereka mempunyai wilāyah takwīnī dan tashrīʻī, menjadi autoriti sebagai penguasa di atas muka bumi dan  khalifah Allah di atasnya." Sharah Al-Manzhumah, jil. 4, hal 313.

[3]. Hikmah Ishrāq, daripada tulisan dan karangan Syeikh Ishrāq, jil. 2, hal. 11-12; Sharah Hikmah Ishraq, hal. 23-24.

[4]  Al-Shīʻah, kumpulan diskusi-diskusi dengan Henry Corbin, hal. 185-186.

[5]  Al-Mizān, jil. 10, hal. 89.

[6] Hena Al fakhuri, Khalil Al-Jar, terjemah, Aiti, Abdul Muhammad, rikh Falsafah dar Jahane Islāmi, hal. 207-208.

[7] Muhammad Ali Gerami, ihwal hadis  لولا فاطمه (Sekiranya bukan kerana Fāṭimah), hal. 17.

[8]  Ibid, hal. 22.

[9]  .Jāmiul Asrār, hal. 381.

[10]  Gerami, Muhammad Ali, mengenai hadits  لولا فاطمه, hal. 23.

[11]  Dari yang satu tidak keluar darinya kecuali satu , atau kecuali dari yang satu.

[12]  Gerami, Muhammad Ali, mengenai hadits  لولا فاطمه, hal. 66-70.

[13]  بِكُمْ فَتَحَ اللَّهُ وَ بِكُمْ يَخْتِمُ [اللَّهُ‏] وَ بِكُمْ يُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَ بِكُمْ يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ إِلا بِإِذْنِهِ وَ بِكُمْ يُنَفِّسُ

الْهَمَّ وَ يَكْشِفُ الضُّرَّ وَ عِنْدَكُمْ مَا نَزَلَتْ بِهِ رُسُلُهُ وَ هَبَطَتْ بِهِ مَلائِكَتُه Mafātihul Jinan, hal. 549.

[14]  Ādab al-Shalat, Imam Khomaini, Hal. 263.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah manusia dalam perbuatannya memiliki pilihan? Jika benar, sejauh manakah batas pilihan tersebut?
    6089 Teologi Klasik 2010/06/09
    Dalam hidup ini, seringkali kita temukan diri kita berada di jalanan seorang sendiri. Satu perjalanan yang kita tidak mempunyai pilihan selain bergerak ke hadapan. Jalan yang tetap yang telah ditentukan sebelumnya dalam kehidupan kita; iaitu perkara-perkara seperti suku, bangsa, keluarga, ketinggian tubuh badan dan sebagainya. Dan sebaliknya, seringkali juga kita ...
  • Meskipun Tuhan tahu bahawa ramai manusia yang akan memasuki neraka, mengapakah Tuhan tetap mencipta mereka?
    5671 هدف از آفرینش 2012/07/18
    Azab Ilahi merupakan balasan bagi segala perbuatan ikhtiar manusia kerana mereka tidak memanfaatkan perantaraan petunjuk-petunjuk. Mereka juga tidak mendengar seruan samada utusan batin dan utusan zahir. Ilmu Tuhan tentang nasib, cara berinteraksi dan tingkah laku ‘kewujudan’ tidak menjadi sebab timbulnya isu paksaan atas mereka dan sebenarnya ...
  • Dengan mengamati beberapa pertentangan antara sains dan agama, maka apakah kaitan antara keduanya?
    5309 Teologi Baru 2012/04/15
    Saya mempunyai pertanyaan tentang perkara di bawah ini: Tidakkah menurut pemahaman secara teoritis, agama mempunyai asas emosi? Sedangkan sumber ilmu adalah pemahaman akal dan empirikal? Namun sejak pensyariatan agama bermula, hari ini agama semakin mengalami penambahan dan berbaur dengan budaya-budaya masyarakat yang berinteraksi dengannya, yang ...
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    4474 انسان و خلافت الاهی 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Mengapa dalam agama Islam, orang murtad harus dihukum mati? Adakah hal ini tidak bertentangan dengan kebebasan berakidah?
    13283 Huquq Dan Ahkam 2010/11/14
    Murtad adalah menzahirkan dan menegaskan keluarnya daripada suatu agama. Orang yang murtad biasanya, mengajak orang lain untuk ikut keluar dari agamanya. Hukuman mati tidak berlaku bagi seseorang yang keluar daripada agama, ketika ia tidak menampakkan kemurtadannya dan tidak mengajak orang lain untuk melakukan hal yang sama ...
  • Bagaimana syaitan melakukan pengaruh pada fikiran dan menyampaikan segala kehendaknya kepada manusia?
    11362 Teologi Klasik 2011/06/21
    Sebelum mengulas tentang jalan-jalan pengaruh syaitan pada manusia, perlulah kita mengenal ciptaan yang bernama syaitan walaupun secara ringkas. Terdapat banyak pandangan tentang sumber kata terbitan syaitan dari segi bahasa di kalangan para pemikir. Namun yang paling benar kita katakan adalah kosa kata ini datang dari perkataan "sya-tha-na" yang ...
  • Apakah justifikasi pembunuhan seorang anak kecil ditangan Nabi Khidir menurut perspektif sentimen?
    7688 Tafsir 2012/01/19
    Islam adalah agama kebijaksanaan, akal dan hikmah. Sejak awal penurunannya di zaman Nabi Adam as., Islam telah mepersembahkan ajaran-ajarannya yang dipenuhi cahaya hikmah yang menjadi penyuluh pelita perjalanan umat manusia. Ya, Islam telah melahirkan peribadi-peribadi terpilih dari rahim suci ajarannya. Sejarah telah ...
  • Apa kematian (ajal) itu? Dan apakah masa kematian (ajal) itu dapat ditunda?
    10209 Teologi Klasik 2011/02/14
    Kematian (ajal) dalam perspektif falsafah Islam adalah terlepasnya pengurusan dan pengaturan jiwa (nafs) atas badan dan terpisahnya jiwa dari badan. Tentu saja, pandangan ini bersumber dari al-Qur’an dan riwayat-riwayat yang tidak memandang kematian sebagai ketiadaan, ...
  • Mengapakah Tuhan menciptakan syaitan?
    5050 Teologi Klasik 2011/11/23
    Pertama: Peranan syaitan dalam menyimpangkan dan menyesatkan manusia hanya berada pada peringkat mengajak dan menyeru. Kedua: Proses untuk meraih kesempurnaan sentiasa berlangsung di tengah pelbagai cabaran dan paradoks. OIeh kerana itu, penciptaan hidupan dan makhluk sedemikian dalam sistem penciptaan tidak boleh disebut sebagai sia-sia atau tanpa alasan. Melainkan hal itu ...
  • Apa yang dimaksudkan fizik dan metafizik? Dan bagaimana hubungan yang terjalin di antara keduanya?
    24189 Falsafah Islam 2011/05/10
    Fizik bermakna tabiat-tabiat semulajadi yang bertentangan dengan ilahiyyat (teologi) dan riyadhiyyat (matematik). Adapun metafizik dalam makna falsafahnya hari ini adalah sebuah ilmu yang membahaskan tentang maujud selaku maujud (bima huwa maujud). Trans-fizik atau mâ warâ ṭabiat merupakan sebuah ilmu yang mengulas tentang masalah Tuhan dan pelbagai kewujudan. Namun hubungan yang ...

Populer Hits