Pengunjung
4152
Tarikh Kemaskini 2013/02/02
Ringkasan pertanyaan
Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an?
soalan
Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an? Mengapa kebanyakan perbicaraan al-Qur’an berbentuk maskulin seperti: āmanū (orang-orang yang beriman), kāfarū (orang-orang yang kafir), qāla (ia berkata), yaʻlamūn (mereka mengetahui), alladhī (yang) dan alladzīna (orang-orang yang)?
Jawaban Global
1.             Kita tidak boleh menganggap ungkapan dan perbicaraan al-Qur’an sebagai bersifat maskulin melainkan kita dapat menentukan bahawa spiritual hikmah ke atas lafaz dan bicara al-Qur’an itu bersandar kepada jantina dan kita dapat menentukan bahawa ia berpaksi atas maskulin. Melalui berbagai ayat al-Qur’an dapatlah difahami bahawa wacana yang mendominasi al-Qur’an itu banyak yang memokuskan manusia secara keseluruhan (bukan jenis jantina) seperti (Surah Fāṭir [35]:15), (al-Naḥl [16]: 97), (Āl ʻImrān [3]:5). Dengan dalil ini dapatlah kita katakan bahawa pandangan dan tujuan al-Qur’an terhadap jenis jantina hanyalah untuk memberikan hidayah kepada semua, baik kepada lelaki mahupun wanita (Surah al-Baqarah [2]: 128).
2.             Ciri-ciri istimewa bahasa, sastera dan budaya Arab (sebagai bahasa teks al-Qur’an) ialah:
a)             Ketika dalam suatu tema ayat mudhakkar (maskulin) lebih banyak, maka lafaz yang digunakan adalah dalam bentuk mudhakkar seperti pada ayat ṭaṭhīr (Surah al-Ahzab: 33).
b)            Demi menjaga kehormatan dan pakaian wanita, jumlah penggunaan lafaz mua’annath  (feminin) lebih sedikit, seperti ayat yang berkaitan dengan masalah perkawinan (Surah al-Nur [24]: 33).
c)             Pengamatan pada qarīnah-qarīnah kalāmī (indikasi-indikasi ucapan) atau hālī (keadaan, sikap) di beberapa tempat berdasarkan kaedah sastera Arab, maka dapatlah disimpulkan bahawa wanita sudah sudah termasuk dalam lafaz mudhakkar yang menjadi wacana itu. Sebaliknya apabila lafaz ayat adalah feminin, kaum lelaki akan dianggap keluar dari topik perbahasan. Misalnya perbahasan yang terdapat pada ayat 204-206 surah al-Baqarah (2) dan pada ayat 31 surah al-Isra’ (17).
3.             Menurut sebahagian sastera Arab (berkenaan dengan mudhakkar yang disampaikan oleh al-Qur’an, misalnya ketika menjelaskan hukum-hukum fikah, tugas-tugas dan hak-hak lelaki) kadangkala perkongsian peraturan-peraturan yang diperuntukkan untuk kaum lelaki dalam perbahasan tersebut lebih dominan jika dibandingkan dengan perkongsian untuk wanita. Hal itu dapat kita saksikan pada perbahasan tentang hukum-hukum jihad dan cara-cara mencari pasangan hidup (Surah an-Nisa [4]: 19). Majoriti para pembesar dan pemerintah di dalam ayat-ayat al-Qur’an terdiri daripada golongan lelaki (seperti para nabi, para pemimpin kafir dan lain-lain).
4.             Terdapat banyak penyampaian ayat al-Qur’an yang ditujukan kepada masyarakat umum dan lafaz-lafaz mudhakkar digunakan sini tidak menekankan jantina tertentu. Misalnya juga lafaz mudhakkar yang digunakan sehubungan dengan lafaz “tuhan” atau malaikat. Meskipun lafaznya begitu rupa, ia tidaklah mengandungi sebarang pemahaman samada untuk mudhakkar ataupun mua’annath. Misalnya, pada Surah al-Isrā’ (17): 36, al-Qaṣṣāṣ (28): 71, al-Aʻrāf(7): 29, Fuṣṣilat (41): 30, an-Nisā’ (4): 56 dan at-Ṭalāq (65): 2.
5.             Oleh kerana kaum Adam lebih banyak memikul berbagai tanggung jawab, maka golongan ini disebut banyak kali di dalam al-Qur’an. Misalnya seperti kata-kata yang ditujukan kepada mereka dengan redaksi: “Jagalah dirimu dan keluargamu dari sentuhan api neraka” (Surah at-Tahrim [66]: 6).
6.             Sebahagian ayat menggunakan lafaz-lafaz mudhakkar ketika mengisahkan berbagai peristiwa yang berkaitan dengan sebahagian kaum lelaki dan demi menjaga kesesuaian lafaz-lafaznya dengan orang-orang yang menjadi sebab penurunan ayat tersebut. Misalnya kisah yang terdapat pada ayat wilayah yang berkaitan dengan Imam Ali (a.s) yang mana semua lafaz yang dituangkan dalam bentuk mudhakkar (Surah al-Maidah [5]: 55).
7.             Sebahagian ayat al-Qur’an menggunakan kedua lafaz mudhakkar dan mua’annath (Surah al-Ahzab [33]: 35); (Surah al-Nisa [34]: 32). Ini disebabkan pengulangan lafaz-lafaz dan ḍamir mua’annath beberapa kali di sebelah lafaz-lafaz mudhakkar, akan membuat susunan kalam menjadi tidak seimbang dan tidak serasi. Hal itu juga akan menjadikan ayat itu panjang serta akan merosakkan balaghah dan kefasihannya.
 
Apapun dalam pemikiran wahyu Ilahi, yang menjadi tolok ukur dan kelebihan adalah “takwa” dan bukan masalah jantina.
Jawaban Detil
Pendahuluan
1. Kita dapat mengetahui bahawa ungkapan umum al-Qur’an atau setiap tulisan dan ucapan itu bersifat “mudhakkar” sekiranya roh dan keadaan umum yang menguasai hal itu berpenampilan jenis jantina. Ini semua dapat kita saksikan bahawa pembicara lebih memerhatikan penampilan kemampuan dan kelebihan lelaki atau perempuan. Hal tersebut dapat dibuktikan dengan meneliti isi kandungan dan tujuan-tujuan ayat-ayat al-Qur’an. Ketika al-Qur’an menekankan jenis jantina tertentu pasti hikmah dan tujuan disebaliknya. Kita akan membahaskan seperti berikut.
Dengan mengkaji dan memerhatikan ayat-ayat di bawah ini, kita akan menemui hukum umum yang mendominasi ayat-ayat al-Qur’an adalah lebih dari jenis jantina. Ayat-ayat tersebut adalah sebagai berikut:
Hai manusia, sesungguhnya kalian fakir di hadapan Allah. Sedangkan Allah Mahakaya lagi Maha Terpuji.[1] Barangsiapa yang melakukan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.[2] Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satu pun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula )di langit.[3] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik- baiknya.[4]
2. Pada dasarnya tujuan para nabi, kitab-kitab yang diturunkan dari langit dan al-Qur’an al-Karim adalah untuk kemajuan dan kesempurnaan manusia. Kerana itu, persoalan jenis jantina tidak menjadi pokok perbahasan. Tetapi yang menjadi perhatian manusia adalah malapetaka dan petunjuk.
Dengan kata lain, lawan manusia adalah satu kewujudan berbahaya yang bernama syaitan. Dengan membusanakan kesombongan yang ia tunjukkan ketika diuji untuk sujud kepada Adam dan menghanguskan  ibadah yang ia lakukan selama enam ribu tahun, dengan kemarahan seperti ini apakah yang akan syaitan dapat lakukan kepada kita?! Syaitan tidak menghendaki jiwa ataupun tanah daripada kita. Syaitan hanyalah ingin menghancurkan keimanan dan kehormatan kita.[5]
Dengan demikian, usaha al-Qur’an adalah menyedarkan dan memberikan petunjuk, baik kepada laki-laki mahupun perempuan.[6]
Sebab dan hikmah kelelakian ungkapan-ungkapan al-Qur’an:
1. Keistimewaan bahasa, kebudayaan, peradaban dan tradisi bangsa Arab:
Banyak ayat al-Qur’an menegaskan bahawa al-Qur’an itu adalah “Arab”. Kerana itu seluruh sifat ucapannya harus ditafsirkan dengan kaiedah-kaedah bahasa dan kebudayan Arab. Selain itu (jika tidak sesuai dengan kaedah di atas) kita belum dapat memanfaatkan “pemahaman dan citarasa ‘urf yang sesuai”![7]
Sebahagian kelebihan dan keistimewaan bahasa Arab adalah sebagai berikut.
1-1. Apabila dalam satu susunan ayat, bilangan lelaki lebih banyak dari perempuan, maka penyampaian lafaz-lafaz yang harus digunakan menumpukan perhatian dari sudut majoritinya.
Contoh: Pada ayat ṭaṭhīr yang menjelaskan kesucian keluarga Nabi (s.a.w). Ini disebabkan di dalamnya meliputi seorang perempuan, iaitu Sayidah Fathimah al-Zahra (a.s), dan empat orang lelaki, maka jumlah dan kata ganti nama yang digunakan bersifat mudhakkar. Hal itu untuk menjaga bilangan yang lebih banyak kemudhakkar-annya: "Wa Yuṭahhirakum." [8]
2-1. Sudah menjadi prinsip yang sebati dalam kebanyakan budaya, manusia menghindarkan diri dari menyingkap daerah feminis kerana terlalu menjaga kemuliaan, keprihatinan terhadap kemurnian wanita dan melindungi mereka meskipun dalam lafaz sehingga dapat kita saksikan sebahagian masyarakat ketika memanggil atau mengucapkan sesuatu kepada isteri-isteri mereka di hadapan selain keluarga muhrimnya. Mereka berbicara dengan menggunakan bentuk kiasan seperti: “Ibunya Hasan”, “Mereka”, “Keluarga” dan lain-lain. Perkara seperti ini pun terdapat di dalam ungkapan-ungkapan al-Qur’an dengan maksud menjaga kehormatan para wanita mereka dan mengelak dari menyebutkan nama mereka secara langsung. Sebagaimana budaya Arab, begitu juga dzauq (lisan) al-Qur’an memerhatikan  metodologi seperti ini.
Misalnya: Walaupun sebenarnya perkawinan itu merupakan keinginan bersama antara pemuda dan pemudi, namun al-Qur’an (ketika menasihati orang yang memperoleh kesulitan material sehingga tidak dapat menikah) menunjukan ucapannya kepada para pemuda. Allah (s.w.t) berfirman: "Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memberikan kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya."[9]
Padahal kebanyakan anak-anak perempuan didapati tidak berumah tangga disebabkan tidak berkemampuan (dari sisi kewangan), tetapi al-Qur’an menggunakan lafaz mudhakkar. Perkara ini dilakukan demi menjaga kehormatan peribadi para pemudi.
3-1. Sifat fanatik yang mendominasi golongan lelaki terhadap jenis jantinanya (khususnya pada zaman itu) begitu kuat sejak zaman dahulu sehingga sekarang, sampai ke peringkat kalau ada perhimpunan antara laki-laki dan perempuan, ucapan akan ditujukan menjurus kepada golongan perempuan, Di sini golongan lelaki menganggap bahawa mereka tidak termasuk dalam ucapan tersebut. Namun ketika ucapan ditujukan kepada golongan lelaki, maka ucapan itu akan meluputi golongan wanita pula dan mereka sendiri mengakui bahawa diri mereka pun termasuk di dalamnya! (Hal ini dapat anda kaji dalam ilmu pengetahuan yang membahas tentang tingkah laku perempuan). Misalnya, ketika ucapan ditujukan kepada sebuah masyarakat yang tenggelam dalam keduniaan dan kebendaan di mana ungkapan-ungkapan mereka menyebabkan orang menjadi hairan. Di sini ucapan-ucapan tersebut ditujukan kepada lelaki, bukan kepada perempuan. Padahal keinginan duniawi itu ada pada kedua peribadi. Bahkan boleh jadi sifat materialisme dalam diri para wanita itu lebih banyak berbanding lelaki. Ini disebabkan sekiranya penggunaan lafaz-lafaz itu disesuaikan pada wanita, maka golongan lelaki menganggap diri mereka terhindar dari celaan-celaan yang dikemukakan! Antara contohnya ialah firman Allah dalam al-Qur’an ayat 204-206 surah al-Baqarah iaitu: “Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu,…”
Contoh lain ialah ketika al-Qur’an ingin mencela perbuatan keji pembunuhan anak kandungnya sendiri disebabkan takut hidup miskin, hal tersebut ditujukan kepada golongan lelaki.[10] Sudah tentu selain hikmah dan sebab musabab budaya, terdapat faktor-faktor lain yang mendominasi peradaban kelelakian al-Qur’an.
2. Hukum-hukum khusus yang berkaitan dengan golongan lelaki menuntut penggunaan lafaz-lafaz yang bersifat mudhakkar sehingga tidak meliputi wanita sedikitpun. Misalnya perintah-perintah khusus untuk golongan lelaki dalam tatacara membina keluarga,[11] hukum hakam berkaitan dengan talak yang dilakukan oleh lelaki[12] dan hukum-hukum jihad yang khusus untuk golongan lelaki.[13]
3. Topik dan keperibadian lelaki banyak dibahaskan dalam sebahagian besar ayat al-Qur’an.[14] Namun terdapat ayat yang menggunakan lafaz-lafaz feminis di tempat golongan wanita yang memainkan peranan utamanya seperti peristiwa yang terjadi berkaitan dengan Sayidah Maryam (a.s).[15] Terdapat juga sebahagian besar dari ayat-ayat yang mempunyai perbahasan khusus tentang para nabi (a.s) dan ayat-ayat itu juga berbentuk maskulin, seperti yang tercantum dalam beberapa surah seperti al-Najm (53): 3-4; al-Shaff: 6; al-Isra (17): 101; Saba (34): 10. Begitu juga dengan raja-raja yang kafir dari kalangan lelaki seperti Firʻaun, Namrūd, Aṣḥābul Fīl dan lain-lain, atau ayat yang turun berkenaan dengan para tokoh dan peribadi-peribadi yang telah meninggal dan dengan tujuan menjaga keserasian ayat dengan sebab-sebab turunnya ayat, maka itu semua menggunakan lafaz-lafaz mudhakkar. Misalnya seperti ayat wilayah yang turun berkaitan dengan pemberian cincin yang dilakukan oleh Imam Ali bin Abi Thalib as. Allah (s.w.t) berfirman: "Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan salat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah).”[16]
4. Walaupun dalam sebahagian besar ayat al-Qur’an menggunakan kata ganti nama dan lafaz-lafaz “mudhakkar” atau “muannats”, namun kadangkala ucapan itu ditujukan kepada masyarakat dan lafaz itu tidak memiliki jenis jantina. Samalah seperti kata ganti nama mudhakkar yang dipakai pada Allah (s.w.t) tanpa harus difahami bahawa Zat Yang Mahasuci adalah mudhakkar seperti contoh:
- Perintah al-Qur’an adalah menyatakan bahawa tiada seorang pun yang berhak mengikuti tokoh atau akidah-akidah tertentu dengan mata dan telinga tertutup, tanpa ilmu pengetahuan tentangnya baik laki-laki atau pun perempuan! Namun apabila penyampaiannya menggunakan lafaz mudhakkar tanpa ada jenis mudhakkar, Allah berfirman: “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya…”[17]
- Begitu pula dalam beberapa ayat (manusia) telah diperintahkan untuk memerhatikan tanda-tanda (ciptaan) Allah (s.w.t).[18]
- Dalam beberapa ayat (kita) diharuskan mengambil sebuah asas prinsip akidah yang benar dan memilih perantara untuk sampai pada Allah (s.w.t).[19]
- Begitu juga dalam beberapa ayat yang menjelaskan tentang seksaan penghuni ahli neraka tanpa melihat pada jenis laki-laki ataupun perempuan.[20]
- Akhirnya, dalam sebahagian besar dari ayat-ayat al-Qur’an yang menyentuh tentang kematian, perhitungan (hisab) amal perbuatan, para malaikat, kenikmatan-kenikmatan, penghuni syurga, penghuni neraka dan lain-lain tidaklah dibataskan dengan jenis jantina. Dengan ungkapan lain, lafaz mudhakkar atau muannats sudah tidak lagi memiliki pemahaman lelaki ataupun perempuan, tetapi meliputi kedua-dua jenisnya. (Sebagaimana yang kita ungkapkan dengan lafaz masyarakat), seperti pada ayat-ayat dalam beberapa surah al-Qur’an: al-Infiṭār (82): 19-12;  al-Anʻam (6): 61; al-Sajdah (32): 11; al-Zumar (39): 42; al-Naḥl (16): 50; Āl ʻImran (3): 133; Al-Ṭalāq (65): 2.
5. Kerana kaum lelaki memiliki pertanggungjawaban keluarga, sosial, ekonomi, koordinasi dan lain sebagainya, kerana itu ucapan ditujukan kepada mereka; seperti: “Hai orang- orang (kaum lelaki) yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”[21]
Poin yang perlu diperhatikan adalah sebuah pertanyaan: mengapa pada ayat-ayat yang disebutkan di dalamnya para lelaki (kata ganti mudhakkar) dan tidak disebutkan batasan jenis jantina dan sifatnya umum, disebutkan pula kaum perempuan (kata ganti muannath) di sisi kaum laki-laki (kata ganti mudhakkar)? Berkaitan dengan pertanyaan tersebut akan kami jawab pada poin keenam.
6. Pengulangan nama perempuan di sisi lelaki—pada tempat yang lafaz mudhakkar mencakup keduanya—dapat menyebabkan perpanjangan kata atau ucapan dan dapat merosak kefasihan dan seni bahasa al-Qur’an.
Penjelasannya adalah bahawa:
Sebahagian besar ayat al-Qur’an telah menyentuh nama-nama perempuan di sisi lelaki, misalnya seperti ayat: "Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki- laki dan perempuan yang mukmin,…” (Surah Al-Ahzab [33]:35)
Atau ayat: “Bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,…” (Surah al-Nisā’ [4]:32)
 
Sekarang katakanlah betapa perlunya ayat-ayat al-Qur’an diulang bersamaan dengan jantina masing-masing, misalannya pengulangan ayat untuk “lelaki” kemudian ayat untuk “perempuan”,  ayat “maskulin” kemudian diulang lagi untuk “ayat feminin”, ayat “orang lelaki beriman” dan diulang pula ayat untuk “orang perempuan beriman”, maka ini menyebabkan kerosakan yang parah dari perpektif kecantikan ayat, ilmu linguistik, dan perhiasan ucapan. Perkara ini boleh membuka jalan yang panjang untuk orang mencela al-Qur’an.
Di akhir perbahasan ada satu noktah yang kami anggap penting untuk diketahui, iaitu  jika dibayangkan terdapat pengulangan-pengulangan yang banyak dari nama perempuan, ini akan melazimkan sebuah penghormatan kepada keperibadian mereka dan ketiadaan pengulangan akan menyebabkan penghinaan, maka harus kita katakan bahawa cara pengambilan sikap al-Qur’an tentang perempuan adalah merujuk pada ayat-ayat yang menjelaskan kedudukan perempuan dan juga menjelaskan kepentingannya dalam keluarga, masyarakat serta peranan teladan yang mereka miliki. Ayat-ayat tersebut adalah sebagai berikut:
Surah ar-Rūm (30): 21; al-Baqarah (2): 228; Āl ʻImran (3): 36; al-Taḥrīm (66): 10-11; al-Ḥujurāt (39): 13; al-Baqarah (2): 187, dan jangan kita lupa bahawa tolok ukur keutamaan adalah sifat “takwa” bukan pada kemaskulinan atau feminis.[]
 

[1]. Qs. Fāṭir (35): 15.
[2]. Qs. al-Naḥl (16): 97.
[3]. Qs. Āl ʻImrān (3): 5.
[4]. Qs. al-Ṭīn (95): 4.
[5].  Abdullah Jawädī Āmūlī, Tausiyeh hä va pursesh hä, Penerbit Maʻärif, hal. 22.
[6]. Qs. Al-Baqarah (2): 128.
[7]. Qs. Yusuf (12): 2; Qs. Fuṣṣilat (41): 3; Qs. al-Zummar (39): 28; Qs. as-Shu’ara (42): 193-195.
[8]. Qs. al-Aḥzäb (33): 33.
[9]. Qs. al-Nur (24): 33.
[10]. Qs. al-Isrä’ (17): 31.
[11]. Qs. al-Nisä’ (4): 19.
[12]. Qs. al-Nisä’ (4): 20-21.
[13]. Qs. at-Taubah (9): 122.
[14]. Qs. an-Naml (27): 40.
[15]. Qs. at-Taḥrim (66): 10.
[16]. Qs. al-Mā’idah (5): 55.
[17]. Qs. al-Isrā’ (17): 36.
[18]. Qs. al-Qaṣaṣ (28): 71; Qs. al-Aʻraf (7): 29.
[19]. Qs. al-Mā’idah (5): 35; Qs. Āl ʻImrān (3): 85; Qs. Fuṣṣilat (41): 30.
[20]. Qs. an-Nisā’ (4): 56.
[21]. Qs. al-Taḥrim (66): 6.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits