Pengunjung
3571
Tarikh Kemaskini 2011/09/22
Ringkasan pertanyaan
Apakah agama masyarakat dapat diubah?
soalan
Apakah agama masyarakat dapat diubah?
Jawaban Global

Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam tanggapan ini, maka yang dikemukakan bukanlah permasalahan tetap (thabat) atau tidak tetapnya (‘adam thabat) unsur-unsur agama dan permasalahan pengetahuan agama, demikian juga bukan berkaitan masalah konstraksi (qab) dan perluasan (bas) agama dengan memperhatikan tambahan redaksi “beragama” pada “masyarakat” (masyarakat beragama), kerana hal ini memerlukan pembahasan yang berbeza.

Kadangkala yang dimaksudkan dengan perkara ini dalam berbagai keyakinan dan pegangan individu dalam masyarakat, perubahan dalam pandangan-pandangan dan kecenderungan-kecenderungan mereka dapat dikatakan bahawa: Iya, agama masyarakat dapat diubah; kerana hal ini dapat ditemui dalam al-Qur’an, riwayat, sumber-sumber Islam dan juga sejarah serta berbagai peristiwa di mana orang-orang yang menentang agama pada setiap zaman dan masyarakat manusia berada pada tahap menghentam orang-orang beriman sambil menciptakan kegoyahan pada agama dan keyakinan mereka. Hal ini adalah tujuan mereka dan dalam merealisasi tujuan itu mereka menggunakan segala cara dan jalan sehingga dapat mewujudkan matlamat ini.

Kerana itu, al-Qur’an sentiasa memperingatkan orang-orang beriman untuk menguatkan agama dan keyakinan mereka. Siap sedia, mempunyai bekalan ilmu dan dinding penghadang dalam menghadapi berbagai rancangan, konspirasi dan keraguan yang ditebarkan oleh musuh-musuh agama sehingga orang-orang beriman tidak menggadaikan dan menjauhi tujuan-tujuan rendah mereka. Kerana apabila orang-orang beriman tidak mengendahkan tuntunan al-Qur’an, maka perlahan-perlahan nilai-nilai agama akan dilupakan dan secara beransur-ansur terjebak dalam perangkap hawa nafsu, syaitan dan musuh-musuh agama. Secara tidak sedar mereka terseret hingga berada pada barisan orang-orang batil. Sebagai akibatnya, ia akan mengadap Tuhan dalam keadaan membangkang perintah-perintah-Nya. Ia akan dihalang dari wilayah dan penjagaan Tuhan, dan dengan pilihannya sendiri ia akan keluar dari cahaya petunjuk dan kebahagiaan. Terjerumus dalam kesesatan dan penyimpangan. Ia menjadi jelmaan dari ayat, Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindung mereka adalah tagut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Qs. Al-Baqarah [2]:257)

Jawaban Detil

Dalam menjawab pertanyaan di atas, terlebih dahulu perlu dijelaskan maksud pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksud dengan perubahan pada agama masyarakat ialah perubahan pada “akar agama Ilahi dan agama hak” yang dapat diterima oleh satu komuniti; dalam perkara ini, tetap dan tidak tetap unsur-unsur agama, masalah mengenal agama, penerimaan, pertentangan (qabdh) dan perluasan (basth) agama, kemungkinan penambahan perkataan agama kepada masyarakat (masyarakat beragama) tidak akan menjadi perbahasan begini kerana hal ini memerlukan beberapa perkara yang berbeza.[1]

Dan kadangkala yang dimaksud keyakinan-keyakinan, pegangan-pegangan individu masyarakat dan perubahan dalam berbagai kecendrungan, kecenderungan-kecenderungan mereka, boleh dikatakan secara ringkasnya ialah: Iya, boleh bertukar. Sebelum menjawabnya penerangan perkara ini sangatlah penting bahawa apakah maksud masyarakat beragama dan apakah ciri-cirinya? Melakarkan satu masyarakat dengan berbagai lakaran dan dekorasi seperti masyarakat tradisional, industri, badwi, madani, dan masyarakat beragama merupakan sebuah akibat dari terbentuknya hubungan dan berbagai peristiwa yang terjadi pada masyarakat tersebut. Misalnya antara masyarakat feudal dan masyarakat industri terdapat perbezaan dalam konteks ini.

Bermasyarakatnya orang-orang beragama, sepanjang bentuk-bentuk dan model-model yang digunakan tidak menata hubungan sosial dan kemasyarakatan mereka berdasarkan agama dan tidak menimbang berbagai peristiwa sosial mereka mengikut agama, maka hal itu tidak akan memunculkan masyarakat beragama. Masyarakat beragama adalah masyarakat yang menjadikan agama sebagai ukuran dan dimensi. Masyarakat beragama adalah masyarakat yang sentiasa menimbang pergaulan dan peristiwa yang terjadi di dalamnya dengan teraju agama. Masyarakat beragama adalah masyarakat yang memiliki kerisauan terhadap agama. Kerisauan dan perasaan memerlukan ini, yang membuatkan mereka menyelaraskan diri dengan agama. Hal ini tidak terbatas pada urusan peribadi, ritual, moral anggotanya, namun hubungan antara agama dan seluruh perkara dan interaksi sosial yang harus ditimbangkan dengan agama. Penilaian agama berlaku pada setiap garis dan titik hubungan sosial tersebut. Hal ini tidak bermakna bahawa masyarakat beragama mengambil dan mengadoptasi segala sesuatu dari agama; dan tidak lagi memerlukan sumber pengetahuan lainnya[2] seperti akal dan sains. Sudah tentu tidak demikian.

Dalam menjawab pertanyaan di atas, masalah ini patut diajukan bahawa alam semesta berpijak di atas kebenaran dan tidak ada ruang untuk disisipi kebatilan. Segala tradisi yang tidak sesuai dengan teraju kebenaran maka ia akan sirna dan tiada satu pun tradisi yang dapat berdiri di hadapan kebenaran. Tradisi Ilahi yang tidak akan punah dan tidak dapat ditewaskan, adalah kemenangan hak atas batil, kebenaran atas kebatilan. Tradisi ini merupakan kaedah yang berlaku secara universal dan kekal di alam semesta.

Oleh kerana kemenangan berada di pihak kebenaran dan kekalahan di pihak kebatilan, tidak akan ada masyarakat yang akan meraih kemenangan apabila mereka tidak melakukan kesalahan dalam mengenal kebenaran, sampai kepada realiti dan mengamalkan kebenaran. Ertinya dari sisi asas keyakinan, sebuah masyarakat harus memiliki iman yang sempurna. Juga dari sisi hukum-hukum Islami, harus memiliki program yang benar dan dijalankan dengan benar.[3]

Dalam pandangan al-Qur’an dan hadis, kemenangan atau kekalahan pada domain pemikiran dan keyakinan memiliki peranan asasi dan penting. Oleh kerana bahaya akibat kekalahan pada bidang kebudayaan, melebihi pencerobohan ketenteraan, mengarah pada pemikiran dan keyakinan agama masyarakat, apabila masyarakat lalai, kemanusiaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kaum Muslimin berada dalam posisi bahaya, maka Al-Qur’an memperingatkan tentang bahaya ini dengan memberikan perhatian yang lebih terhadap masalah ini. Al-Qur’an memandang bahaya dan fitnah dalam agama dan pencerobohan budaya lebih besar dari bahaya pencerobohan tentera. Oleh itu, al-Qur’an mengingatkan kaum Muslimin untuk tidak lalai, dan memberikan titik tekanan bahawa bahaya dan fitnah dalam agama dan masalah pencerobohan budaya lebih berbahaya berbanding bahaya serangan ketenteraan. Dalam surah al-Baqarah (2), ayat 191 disebutkan bahawa: Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.

Rasulullah (s.a.w) dalam sebuah hadis menyebutkan tiga jenis fitnah yang ditebarkan terhadap agama oleh kaum penyembah dunia, antara lain:

 

1.     Fitnah dalam urusan harta.

2.     Fitnah dalam masalah keyakinan.

3.     Fitnah dalam pembenaran (justifikasi) yang menimbun dusta.[4]

 

Sebagaimana yang telah disebutkan sebelumnya bahawa salah satu fitnah adalah menyebarkan berbagai keraguan (syubhat) dalam benak masyarakat dalam masalah keyakinan. Mereka memulai menyebarkan keraguan ini dengan melontarkan berbagai kesamaran dalam masalah keyakinan dan pandangan dan dengan menyerang nilai-nilai (values) dan tujuan-tujuan (goals), mempersoalkan berbagai metodologi, dan membuat mereka putus asa terhadap berbagai hasil, memastikan kekalahan dan kelemahan, menyerah dan menerima kehinaan di hadapan kebatilan.

Dalam melontarkan berbagai fitnah, mereka menggunakan titik-titik kelemahan, ketakutan, keserakahan, ancaman, jelmaan-jelmaan, tarikan-tarikan, berbagai penderitaan, dan konfrontasi yang mungkin dan pasti terjadi. Dengan jalan ini, mereka sampai pada noktah yang menyeret anggota masyarakat berpaling dari agama dan tradisi disamping menerima berbagai bid’ah dan penyimpangan sehingga ia dapat menahan diri di hadapan syaitan namun tak berdaya menahan diri di hadapan Tuhan dan Rasul-Nya.

Di samping berbagai keraguan dan kesamaran, manusia yang lebih cepat terpengaruh, meraba-raba dalam kegelapan dan kesamaran nilai-nilai, ia akan lebih cepat menjual diri dan agamanya.

Memang benar, di medan ujian dan terwujudnya berbagai fitnah (cobaan), orang-orang yang tidak terlalu kuat dari sudut pandang iman kepada Allah dan berbagai akibatnya, iman tidak tertanam dalam jiwa dan hatinya, tatkala berlaga-laga antara berbagai keinginan nafsunya dan kehendak Tuhan, serta nilai-nilai agama, maka ia memilih pada memenuhi keinginan nafsunya berbanding harus memenuhi kehendak Tuhan dan mematuhi nilai-nilai agama. Dalam keadaan seperti ini, mereka tidak terlalu bersemangat menghadapi agama dan nilai-nilai agama, dan dari sudut perspektif mental, mereka cenderung memaksa hukum-hukum dan nilai-nilai agama sesuai dengan seleranya dan menafsirkan agama sesuai dengan hawa nafsunya. Apabila penafsiran agama dan al-Qur’an sesuai dengan segala keinginan nafsunya maka hal itu akan menggembirakannya dan membuatnya bersemangat.

Ali (a.s) dalam Nahj al-Balâgha mengandaikan demikian bahawa: “Akan datang kepada kalian suatu masa selepasku tiada sesuatu yang paling tersembunyi selain kebenaran. Tiada yang paling nampak selain kebatilan. Ketika itu tak ada yang lebih lumrah dari dusta terhadap Allah dan Rasul-Nya. Bagi manusia di ketika itu, tak ada sesuatu yang lebih tak berharga selain Al-Qur'an yang dibaca sebagaimana seharusnya ia dibaca, dan tak ada sesuatu yang lebih berharga dari Al-Qur'an yang disalah-tempatkan dari kedudukannya. Manakala di kota-kota tak ada yang lebih dibenci daripada kebajikan, dan tak ada yang lebih disukai berbanding kejahatan.”[5]

Di samping itu, Amirul Mukminin Ali (a.s) juga memberikan pedoman bagaimana kita menghadapi berbagai fitnah: “Berusahalah agar kalian tidak menjadi panji-panji fitnah dan petanda-petanda bid’ah, melainkan berpeganglah pada tali umat telah dijalin dan pada tiang-tiang ketaatan telah didirikan. Majulah terus kepada Allah sebagai orang tertindas, dan jangan maju kepada-Nya sebagai penindas. Jauhilah jalan iblis dan tempat-tempat penderhakaan. Jangan masukkan suapan-suapan haram ke dalam perut anda, kerana anda sedang menghadapi Dia yang telah mengharamkan penderhakaan bagi anda, dan memudahkan jalan ketaatan bagi anda.”[6]

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa pada setiap masa, ahli batil dan penentang agama-agama sentiasa memerangi agama, ahli hak dan pemeluk agama dengan berbagai media dan jalan khususnya pada masa kini di mana kita sendiri menjadi saksi panggung pertarungan antara pemikiran sekularisme dan agama.[7] Kita saksikan bahawa puak-puak sekularisme dengan menggunakan berbagai perantara, bangkit melawan dan menentang agama. Mereka dengan menggunakan berbagai media berusaha memadamkan cahaya agama, di antaranya:

1.     Menebarkan berbagai keraguan pada fondasi-fondasi agama

2.     Menyokong berbagai kelompok-kelompok menyimpang.

3.     Menentang agama dalam berbagai dimensi seperti, melepas hijab, menebarkan kemungkaran, dan kerosakan serta menyelewengkan kandungan-kandungan agama dan sebagainya.

 

Dan juga kita menjadi saksi, para pemimpin angkuh dunia dengan bersandar pada paradigma-paradigma pemikiran sekularisme berupaya menguburkan kebudayaan dan menentang agama dengan menggunakan segala cara, di mana sebahagian akan kami sebutkan di bawah ini sebagai contoh misalnya:

 

1.     Penyusupan pada institusi kebudayaan dan pendidikan suatu bangsa dan menarik unsur-unsur penyokong.

2.     Bertentangan dengan agama dan berupaya mengubur nilai-nilai agama; penentangan dengan Islam dan tumpuan agama (yang merupakan identiti masyarakat beragama).

3.     Muncul dan kelihatan pemikir dan cendekiawan yang menjadi ejen mereka.[8]

 

Dapat dikatakan bahawa dengan wujudnya proses ini boleh mengakibatkan kehilangan pemikiran agama, pengamalan agama, institusi-institusi agama, dan erti nilai kemasyarakatannya, tersungkurnya agama dan kehadiran agama di tengah masyarakat berkurangan, kebudayaan, seni, pendidikan, pemerintahan, pengurusan, politik dan sebagainya akan kelihatan jelas.

 

Pandangan Imam Khomeini r.a. tentang agama dan kebudayaan

Imam Khomeini (r.a) dalam menjelaskan dua rukun asasi sebab penentangan Revolusi Islam atas regim Pahlevi:

1.     Berbagai pengkhianatan Syah dalam bidang perekonomian, politik dan sosial.

2.     Berbagai pengkhianatan atas (nama) agama dan kebudayaan.

Dan menurut Imam Khomeini, reformasi kebudayaan merupakan jalan paling asasi untuk menyelamatkan bangsa-bangsa.[9]

Atas dasar ini, Pemimpin Revolusi Islam (Imam Ali Khamenei) menuturkan bahawa, “Ungkapan membuat masyarakat menjadi masyarakat yang berbudaya adalah ungkapan benar. Saya berulang kali mengingatkan masalah ini dalam masalah-masalah kebudayaan. Akan tetapi kita masih berada pada awal perjalanan. Masyarakat kita adalah masyarakat yang berbudaya secara semulajadi; namun belum caya yang benar. Mengapa kita berkata bahawa masyarakat kita adalah berbudaya secara semulajadi? Ini disebabkan masyarakat kita adalah masyarakat beragama dan masyarakat beragama tabiatnya memiliki satu harapan kebudayaan berbeza dengan masyarakat duniawi yang semata memikirkan hal ehwal masalah-masalah kehidupan, dan dalam masyarakat tersebut ia dapat menjadi masyarakat berbudaya dan juga sama sekali tidak berbudaya.”[10]

Sebagai hasilnya, dapat dikatakan bahawa agama masyarakat dapat berubah kerana hal ini dapat ditemui dalam al-Qur’an, riwayat dan sumber-sumber lainnya yang menegaskan bahawa ahli batil dan musuh-musuh agama berada pada tahap berkonfrontasi dan berperang melawan orang-orang beragama dan ahli hak. Mereka berupaya menggoncang dan melenyapkan agama serta keyakinan mereka. Dalam mewujudkan tujuannya, mereka menggunakan segala cara dan perantara. Berdasarkan hal ini, al-Qur’an memberi peringatan bahawa apabila orang-orang beriman dan kaum Muslimin tidak menepikan al-Qur’an sebagai pedoman dan arahan-arahan Ilahi dan tidak menguatkan sendi-sendi keagamaan mereka, maka mereka akan takluk (dengan mudah) di hadapan berbagai konspirasi, rancangan dan fitnah musuh, khususnya dalam berhadapan dengan keraguan (syubha) yang dilontarkan, apabila keyakinan mereka goncang maka secara perlahan mereka melupakan nilai-nilai agama serta terjerumus dalam perangkap musuh, syaitan dan hawa nafsu. Akhirnya ia bersikap menentang di hadapan agama Ilahi dan titah-titah-Nya. Mereka berupaya membenarkan justifikasi penyimpangannya, secara perlahan-perlahan tanpa disedari ia terseret ke dalam kekuasaan syaitan dan thagut. Orang-orang seperti ini adalah objek nyata dari ayat, “Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindung mereka adalah tagut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kekafiran). (Qs. Al-Baqarah [2]:257)[]

 

Referensi untuk telaah lebih jauh:

1.     Paul Tilisch, Ilahiyyat Farhang, penerjemah, Murad Farhadpur, Fadhlullah Pakza.

2.     Tafakkur-e Dini dar Qarn-e Bistum, terjemahan Abbas Syaikh Syuja’i dan Muhammad Muhammad Ridhai.

3.     Jâme’e wa Farhang, jil. 1.

4.     Abdullah Jawadi Amuli, Bunyân-e Marshus.

5.     Abdullah Jawadi Amuli, Syariat dar ‘Aine Ma’rifat.

6.     Abdulhussein Khusrupanah, Kalâm-e Jadid.

7.     Muhammad Dasyti, al-Mu’jam al-Mufahrash li Alfaz Nahj al-Balâghah.

8.     Mirja Ilyada, Din Pazyuhi, penerjemah Bahauddin Khuramsyahi.

9.     Harian Kayhan, 13/12/1283.

10.  Mirza Abul Hasan Sya’rani, Natsar Tuba (Dairat al-Ma’arif Lughat al-Qur’an).

11.  Muhammad Ridha Kasyifi, Din wa Farhang.

12.  Shadiq Larijani, Qabdh wa Basth dar Qabdh wa Basthi Digâr.

13.  Shadiq Larjiani, Ma’rifat-e Dini.

14.  Misbah Yazdi, Qur’ân dar Aine Nahj al-Balâgha.

15.  Mufrâdât Raghib Isfahâni.

16.  Munâsibat-e Dini wa Farhang dar Jâme’e Irân, jil. 1 dan 2.

17.  Nufudz wa Istihâlah, Daftar-e Nemayandegi Wali Faqih.

18.  Ahmad Wa’izhi, Ta’rif-e Jâme’e Dini wa Jâme’e Madani.

19.  Mahdi Hadawi Tehrani, Bawâr-hâ wa Pursesy-hâ.

20.  Mahdi Hadawi Tehrani, Mabâni Kalâmi Ijtihâd.

21.  Mahdi Hadawi Tehrani, Wilâyat wa Diyânat.



[1]. Silakan lihat, beberapa indeks dan rujukan lainnya: Agama dan Perubahan, Islam dan Modenisasi, Agama dan Pluralisme, Islam dan Tuntutan Zaman. Abdullah Jawadi Amuli, Syariat dar ‘Aine’ye Ma’rifat; Mahdi Hadawi Tehrani, Mabâni Kalâmi Ijtihâd;  Mahdi Hadawi Tehrani, Bâwar-hâ wa Pursesy-hâ; Mahdi Hadawi Tehrani, Wilâyat wa Diyânat; Shadiq Larijani, Ma’rifat-e Dini; Shadiq Larijani, Qabdh wa Basth dar Qabdh wa Basth-e Digar.

[2]. Ahmad Wa’izhi, Ta’rif-e Jâme’e Dini wa Jâme’e Madani, hal. 89-90.

[3]. Abdullah Jawadi Amuli, Bunyân-e Marshus, hal. 22.

[4].  “Ya Ali! Inna al-Qaum Sayuftaanuna bi Amwalihim” Bihâr al-Anwar, jil. 32, hal. 241.

[5]. Nahj al-Balâgah, khutbah 147.

[6]. Muhammad Dasyti, Al-Mu’jam al-Mufahrast lialfâzh Nahj al-Balâgha, khutbah 151.  

[7]. Mahdi Hadawi Tehrani, Bawar-ha wa Pursesy-ha, hal. 37-40; Mahdi Hadawi Tehrani, Wilayat wa Diyanat, hal. 40-47.  

[8]. Nufudz wa Istihâlah, Mua’winat-e Siyasi Nemayandegi Wali Faqih dar Qarargah TsaraLlah, Teheran, cetakan 1378.

[9]. Harian Kayhan, 13/12/1381 S.  

[10]. Nufudz wa Istihâlah, 226, Sukhânân-e Rahbar Mua’zzham Inqilâb dar 4/9/1371 S.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits