Pengunjung
7763
Tarikh Kemaskini 2007/04/19
Ringkasan pertanyaan
Tolong jelaskan perbezaan antara akal pentadbir dan hati (iman dan cinta).
soalan
Tolong jelaskan perbezaan antara akal pentadbir dan hati (iman dan cinta).
Jawaban Global

Institusi tubuh badan manusia mempunyai pusat kekuatan besar dan agung, iaitu “akal” dan “asyik” di mana masing-masing mempunyai peranan penting dalam melakar kehidupan manusia. “Akal” umpama pelita yang sarat dengan cahaya di mana ia memancarkan cahaya dalam hidup yang penuh berliku. Akal bukanlah jenis naluri kebinatangan dan selera kecenderungan. Namun ia bertanggungjawab memberikan arahan bersistematik dan bertatata tertib kepada naluri kewujudan insan dan fungsi-sungsinya bersifat kalkulatif, meskipun perkataan ini memberikan makna lain dalam terminologi Barat. Akal dalam pemahaman Barat ini tidak difikirkan lebih dari angka-angka, penambahan dan penolakan, untung dan rugi selain diletakkan dalam melayan syahwat serta kehendak-kehendak nafsu.

ʻIshq (عشق), merupakan kecenderungan, kehendak hati, tarikan semulajadi insan terhadap sesuatu yang lain. “Iman” adalah pengakuan kalbu dan penegasan hati, yang direalisasi dengan dua unsur asasi iaitu: dapat direaslisasi dengan ʻIsq dan kepuasan akal.

“Kalbu” dan “hati” yang dikenali umum di dalam penulisan-penulisan ahli irfan ialah lawan perkataan “akal”. Ini bererti maksud akal ialah akal partikular (جزئى), bukan akal universal (كلى). Namun dengan merujuk pada ayat-ayat al-Qur’an kita dapat memahami bahawa kalbu menurut istilah al-Qur’an adalah pusat pencerapan ḥuṣūlī dan ḥuḍūrī, termasuk juga pusat kasih sayang. Oleh itu maksudnya itu tidak lain tidak bukan ialah roh dan nafs insan yang menjadi sumber pada kehidupan manusia.

Yang dimaksud "hati" ketika berlawanan dengan perkataan “akal”, adalah dimensi roh manusia yang mengambil sumber darinya untuk melahirkan pencerapan shuhūdī, ḥuḍūrī, kasih sayang dan ʻishq.

Jawaban Detil

Manusia merupakan kewujudan yang mempunyai berbagai sikap, kecenderungan, keupayaan. Tingkah lakunya kadangkala berpunca dari naluri, seperti memakan makanan dan lain-lain lagi. Ada ketika kelakuannya berpunca dari kesan-kesan rohani seperti takut, cemas dan lain-lain lagi. Ada kalanya berpunca dari kecenderungan ketinggian nilai manusia seperti mencari kebenaran, menuntut kesempurnaan dan kecenderungan terhadap keutamaan akhlak, dan begitu juga kadang-kadang berpunca dari kesan perasaan dan kasih sayang yang mana sebahagiannya adalah positif, seperti keakraban dan kecintaan. Manakala ada sebahagiannya bersifat negatif seperti hasad dan dengki.[1]

Bahasa al-Qur'an dan riwayat merungkaikan bahawa titik-tolak pelbagai kecenderungan ini sebagai nafs.[2] Oleh kerana nafs tampil berdasarkan berbagai keadaan yang berbeza, berbagai kegiatan yang dilakukan, berbagai alasan yang diambil, maka kadangkala ianya dinamakan sebagai "ammārah". Ada ketika dipanggil "lawwāmah" dan di waktu lain disebut "muṭma’innah." Ketika kecenderungan kata hati dan naluri dituruti tanpa berfikir apakah kesimpulan dan akibatnya, maka ia disebut sebagai "hawa nafsu." 

Perbuatan-perbuatan pilihan manusia berasal dari dua punca nafsānī:

  1. Berbagai visi dan pengetahuan.
  2. Berbagai kecenderungan dan kata hati.

Yang pertama memberikan pencerahan dan hasilnya adalah penyingkapan berbagai realiti. Manakala yang lainnya adalah menggerakkan insan untuk melaksanakan pekerjaan.

Akal

"Akal" merupakan sebuah kekuatan yang diletakkan dalam konstitusi diri manusia. Namun ia bukanlah sejenis naluri dan kecenderungan.

Akal merupakan pelita yang memberikan cahaya, perantara membuat perhitungan, dan neraca yang menimbang akibat perbuatan yang dilakukan pada masa depan, nasibnya dan kehidupan akhirat.

Antara kecenderungan-kecenderungan yang terdapat pada nafs ialah sebahagian yang dibenarkan, disepakati dengan pencerahan dan neraca akal. Sebahagian yang lain memuaskan diri sendiri dengan apa sahaja caranya walaupun tidak menepati hidayah dan pencerahan akal.[3]

Walau bagaimanapun akal memberikan dua hasil: Kadangkala hukum-hakamnya berada di dalam daerah “wujud” dan “tidak wujud”. Yang pertama disingkap sebagai “akal teori” dan yang kedua sebagai “akal praktikal”. Di lapangan ilmu “akal teori” memisahkan sempadan wahm dan khayal sehingga insan tidak terjerumus di dalam kekeliruan dalam masalah ilmu. Sementara itu “akal praktikal” bertugas sebagai penyelaras karakteristik-karakteristik akhlak dan dalam rangka menyusun kehendak-kehendak, kecenderungan-kecenderungan dan selera. Dengan kemunasabahan tabiat perbuatan yang wujud maka ia dipanggil sebagai “akal perancang”.[4]

Mengenai perkata ini as-Syahid Muthahhari berkata: Manusia dari dua sisi memiliki kemampuan yang tidak dimiliki hidupan lainnya.

  1. Terdapat dalam diri manusia satu silsilah kecenderungan dan daya tarikan maknawi seperti perasaan akhlak, perasaan ingin tahu, perasaan keindahan, suka dan ibadah yang tidak ada pada makhluk-makhluk lain. Daya tarikan ini memberikan kemungkinan kepada manusia untuk meluaskan daerah aktivitinya sehingga apa sahaja yang melampaui lebih jauh dari sempadan materialistik, dan terbang sehingga ke ufuk tertinggi maknawi.
  2. Manusia diperlengkapkan dengan kekuatan akal dan kehendak. Akal melakukan proses menentukan dan kehendak melakukan proses perlaksanaan. Manusia mempunyai kekuatan merancang dan kekuatan berfikir dalam kecenderungan ke arah selera atau ke arah perbuatan yang tidak memihak padanya, dan akhir sekali tindakan yang diambil berdasarkan proses pemikiran. Begitu juga manusia dapat mamanfaatkan kemampuan menghitung dan mengambil pendirian dalam menghadapi selera-selera dalaman. Insan berkemampuan untuk tidak membiarkan nasibnya berada di tangan kekuatan luar selain menyelamatkan dirinya dari berada di bawah tarikan-tarikan kekuatan luar, memiliki urusan diri sendiri sepenuhnya, mencapai kebebasan maknawi dan mempunyai autoriti terhadap kecenderungannya.[5]

Ustaz Muthahhari di tempat lain mengatakan, "Sesungguhnya sikap dan naluri menentukan kelazatan mankala akal menentukan kemaslahatan. Kelazatan mencetuskan selera manakala maslahat mencetuskan kehendak. Insan menguruskan dirinya dengan kekuatan akal dan kehendak, sedangkan kerja-kerja yang melazatkan berbentuk menepati hukum perasaan dan selera. Maksud kerja-kerja pentadbiran yang dilaksanakan bertepatan dengan hukum akal ialah; akal merupakan pentadbir, dan mempunyai kudrat untuk menghitung urusan. Apabila ia melihat kebaikan, kesempurnaan ataupun kelazatan itu jauh untuk dicapai, dan jalan untuk sampai kepadanya kadang-kadang sangat susah, maka akallah yang menyingkapinya. Setelah itu akal juga yang merancang bagaimanakah cara untuk sampai kepadanya. Kemudian “kerja-kerja pentadbiran yang dilaksanakan menurut kehendak” bermaksud: terdapat kekuatan dalaman manusia yang yang mempunyai hubungan dengan kekuatan akal di mana peranannya ialah melaksanakan apa yang diluluskan oleh akal. Kadang-kadang ia melaksanakan kehendak sepertimana yang diputuskan oleh akal dan rancangan fikiran, meskipun bertentangan dengan seluruh selera, tarikan dan naluri semulajadi. Contohnya apa yang terjadi kepada orang sakit, yang ingin menjamu selera dengan makanan yang disukainya di samping membenci ubat dan mengalami penderitaan untuk mengambil ubat yang sangat pahit dan tidak sedap. Namun ia memakan juga ubat yang pahit dan tidak sedap lantaran menuruti hukum akal kemaslahatan yang waras dan kekuatan kehendak (إرادة) yang bijaksana ke atas selera.

Sekarang apabila aktiviti-aktiviti pentadbiran, dan kegiatan-kegiatan yang menyenangkan diletakkan di dalam penjagaan, sementara kegiatan-kegiatan yang menyenangkan diletakkan dalam kawalan perancangan dan program umum pentadbiran hidup, maka kita akan dapati perbuatan mengikuti akal, dan selera menuruti kehendak.

Dari sudut yang lain, manusia di dalam segala kegiatan yang dirancangnya, mahu tidak mahu ia tetap memerlukan agenda, program, metodologi dan memilih perantara untuk sampai kepada maksudnya. Ini disebabkan segala aktiviti dan kegiatan pentadbiran perlu diatur di atas paksi sebuah rantaian matlamat dan objektif jangka panjang.

Seluruh aktiviti dan kegiatan ini tidak boleh bertentangan dengan keinginan tertinggi manusia. Jika tidak aktiviti dan kegiatan yang menuruti kelazatan haiwani sangatlah berbahaya.

Selain perspektif itu, akal sudah tentu tidak mampu membangunkan program dan pelan dalam satu daerah yang luas dan umum sehingga memberikan kebahagiaan kepada semua pihak. Ini disebabkan akal tidak dapat meliputi seluruh kemaslahatan yang diperlukan oleh urusan-urusan hidup.

Dari sini muncullah keperluan terhadap ideologi (maktab) dan ufuk wahyu (iaitu garis-garis asli) menentukan lebuhraya menuju ke arah kebahagiaan. Sementara itu pekerjaan akal dan ilmu adalah pergerakan di dalam garis-garis asli ini.

Kaitan antara seseorang individu dengan ideologi menjadi realiti apabila ia memakai sifat iman dan akidah. Ideologi yang efektif dan praktikal hendaklah bergantung kepada “pandangan dunia” (world view) yang dapat memuaskan dan menjamu selera akal. Dari satu sudut lainnya, ideologi hendaklah mampu memberikan kesimpulan dan hasil dari tujuan-tujuan melalui “pandangan dunia” secara logik yang juga mempunyai suara hati dan daya tarikan. Dalam hal ini ʻisq dan iqnāʻ (yang merupakan dua unsur asasi iman) saling berganding tangan untuk membina alam.[6]

Oleh itu, dalam definisi iman dapatlah dikatakan “imān” adalah frasa pembenaran dan pengakuan hati yang menjadi sifat dan keadaan jiwa terhadap sesuatu urusan, dan ianya berbeza dengan etimologi pengetahuan dan makrifat.[7] Tempat realisasi iman adalah pada nafs, kalbu dan hati. Sekalipun terdapat implikasi kata-kata dan perbuatan, namun pengrealisasian hakikatnya bukanlah bergantung pada kata-kata dan perbuatan. Oleh itu nisbah antara Islam dan iman ialah nisbah am dan khusus mutlak (Iman sub-set Islam), iaitu setiap orang beriman ialah orang Islam, namun kemungkinan seseorang itu menyerah kepada kebenaran secara zahir dan ia tidaklah beriman. [8]

Iman adalah sebuah amalan yang muncul dari hati dan ianya termasuk dalam perbuatan-perbuatan hati serta pilihan “ikhtiyārī”. Selain itu iman juga berbeza dengan ilmu dan akidah. Ini disebabkan ilmu dan akidah terhasil tanpa ikhtiar dan mengikuti sejumlah pengantar dan permulaan.[9]

Iman adalah berserah hati dan bertegas. Ini menjadi realiti apabila hati menolak untuk condong ke arah lain. Iman ialah penerimaan suatu hakikat dan diiringi dengan amalan terhadap hakikat tersebut. Iman juga bukanlah kategoti pemahaman dan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan berkaitan dengan pemikiran dan iman adalah adalah pekerjaan hati. Walau bagaimana pun memang ilmu membentuk latar keimanan dan ilmu juga syarat wajib iman.[10]

Mengenai perbezaan antara ilmu dan iman, as-Syahid Muthahhari berkata begini: Iman memberikan pencerahan dan kemampuan kepada kita. Manakala iman mengurniakan kita cinta, harapan dan kemesraan. Ilmu membangunkan alat perantara dan iman menentukan hala tuju. Ilmu memberikan kecepatan sedangkan iman memberikan tunjuk arah. Ilmu ialah kekuatan, dan iman menuntut kebajikan dan kebaikan. Ilmu menzahirkan kewujudan manakala iman memberi iinspirasi dan ilham tentang apa yang perlu dikerjakan. Ilmu meluaskan kewujudan insan dalam bentuk mendatar manakala iman meninggikannya dalam bentuk menegak. Ilmu adalah pesona akal dan iman adalah keindahan roh. Ilmu adalah kecantikan pemikiran manakala iman adalah keelokan perasaan.[11]

ʻIshq

ʻIshq dalam kitab linguistik bermakna "cinta ekstrim,"[12] dan disebut bahawa ia dari kata terbitan "ʻasyaqah” (العَشَقَة). ʻIsyq adalah tumbuhan mejalar yang melilit pohon dan pada akhirnya menutup ruang nafas baginya dan membuat pohon menjadi kuning.[13]

Tentang orang yang asyik beribadah dan sebagainya dapat dikatakan bahwa mereka dililit liputan ibadah dan menjadi kuning serta kurus.[14] Abu Sa'id Abulkhair menerangkan keadaan ini kepada kepada daun kuning di musim gugur:

Wajahmu menguning dan wajahku menguning

Engkau disebabkan bulan (mehr) dan aku disebabkan keasyikan “wajah bulan”

Walau bagaimanapun, ʻishq merupakan salah satu sifat dan keadaan dalaman batin manusia, dan ianya naluri dan kecenderungan. Ia juga adalah perasaan batin yang dikaitkan dengan kalbu dan hati."[15]

Kita berkeyakinan alam dibina berasaskan keasyikan. Ertinya sebab kewujudan alam semesta ialah kerana keasyikan. Zat Yang Hak menjadi saksi tempat tersembunyi yang ghaib di mana Dialah ʻāshiq yang pada masa yang sama juga maʻshūq sebelum penciptaan semesta. Dia hendak menzahirkan keindahan diri-Nya, kemudian menjadikan ciptaan sebagai jelmaan keindahan diri-Nya.[16]

Al-Jāmī dalam Muqaddimah Yūsuf dan Zulaikhā berkata:

Dalam kekosongan yang tidak ada tanda kewujudan

Alam tersembunyi pada sudut ketiadaan

Kewujudan yang jauh dari berpasangan

Jauh dari dialog dan perwatakan aku dan kau

Keindahan mutlak dari ikatan manifestasi

Menjelma dirinya dan menyerlahkan cahaya

Tenangkan hati dalam tempat rahsia ghaib

Bebas Zatnya dari sebarang tuduhan dan aib

Tiada ternampak keindahannya dimuka cermin

Tiada rambutnya ditarik sisir

Melodi ciptaan sendiri mencuri hati

Kalah sendiri perjudian cinta

namun sejak dari hukumnya cantik dipandang

Kerana birai kecantikan bersikap menyempitkan

Keelokan tidak akan terlindung di atas pancaran

Sekiranya ia tertawan di balik jeriji besi dari celah jeriji ia akan tampakkan dirinya

Di mana pun ada keindahan tuntutannya adalah terlihat

Asal keindahan dan suka untuk menampilkan keindahan ini adalah bersumber dari Tuhan

Dari khazanah ketersembunyiaan Tuhan ia keluar

Mencipta semesta sebagai cermin bagi diri-Nya

Pada setiap entiti Dia menebarkan citra diri-Nya

Di mana pun ada keindahan maka keindahan itu adalah cermin diri-Nya

Seluruh pencinta mundur teratur dengan keindahan-Nya

Cinta kepada-Nya menghidupkan hati

Rindu kepada-Nya membangkitkan jiwa

Setiap hati di mana pun berada yang mecinta keindahan

Tahu atau tidak tahu sebenarnya ia adalah pencinta-Nya.

Dari sudut yang lain, setiap entiti adalah pencari kesempurnaan baginya dirinya. Kesempurnaan sesuatu musabab (معلول/effect) yang wujud adalah martabat kewujudan sebabnya (cause/علة). Oleh itu setiap musabab menjadi asyik pada sebabnya dengan martabat yang tertinggi ialah martabat martabat kewujudan Zat Tuhan. Maka maʻshūq (yang diasyikkan) yang sebenar adalah untuk seluruh partikular rantaian wujud adalah Zat Yang Maha Suci.[17]  Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Jāmī dan penerangannya. Dari sini keasyikan pada selain dari Allah dihitung sebagai asyik kiasan (majāzī). Dengan bersandar pada ayat suci " يُحِبّهم و يُحبّونه."[18] Maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa cinta memiliki dua pihak. Ia memiliki tempat tertinggi, setelah permulaan (المبدأ), akhirat (المعاد), penurunan (النزول) dan meningkat (الترقی);

Bunga yang jauh dari Bul-bul dan Bul-bul yang jauh dari bunga

Setiap detik di taman masing-masing dengan cintanya diuji.[19]

Hubungan antara akal, cinta, dan iman

Dengan pengamatan terhadap subjek di atas dapatlah dikatakan bahawa akal bagaikan lampu kereta di dalam kehidupan manusia. Sebagaimana brek yang mengawal berbagai kelajuan dan ketidak tentuan pergerakan,[20] tambahan itu cahaya juga berperanan mencegah bahaya thaghut.  Asyik juga seperti enjin yang membawa gerakan otomobil. Oleh itu dapat dikatakan bahawa enjin tanpa lampu bagaikan keasyikan secara buta, berbahaya, menyesatkan dan berisiko. Sementara itu lampu tanpa enjin adalah kereta tanpa daya dan semangat, dingin dan diam. Kerana itu keduanya tidak akan menjadi saingan atas yang lainnya berbeza dengan apa yang didakwakan oleh golongan sufi.[21] Cinta dan akal merupakan unsur asasi iman. Akan tetapi, dalam bahasa Irfan, akal terdiri daripada dua jenis: Akal partikular dan akal universal. Akal partikular berlawanan dengan keasyikan mutlak dan menjadi aneh serta hairan pada daerah asyik dan sebagainya.

Sebagaimana lapar dengan makanan terlepas laparnya seorang pencinta akan terlepas dahaganya dengan cinta kepada-nya.

Akal tidak memiliki kemampuan untuk memahami makna ini wahai teman!

Akal partikular mengingkari cinta

Meski pun secara zahir akal adalah pemilik rahsia.[22]

Dengan demikian akal partikular (praktikal) berurusan dengan untung-rugi dunia dan alam semulajadi. Akal partikular (praktikal) ini dapat dinamakan sebagai "akal perancang." Adapun akal universal berada dalam keadaan aman dari pelbagai keraguan, waham dan syahwat. Akal universal (teori) pula berurusan dengan akhirat dan pencerapan alam ghaib.

Akal partikular kadangkala menang kadangkala tumbang

Akal universal terjaga dari keraguan

Juallah akal dan seni dan belilah kehairanan

Menghadaplah pada Khari (keharibaan Tuhan) bukan pada Bukhara wahai belia.[23]  

Akal universal berada di atas akal partikular dan menjadi landasan kebahagiaan:

Pada cinta terdapat akal yang cantik dan berharga anda akan jumpai

Bukan akal yang ada di dunia.

Selain (menciptakan) akal untuk membimbing manusia

Tuhan banyak menciptakan akal untuk mengatur tujuh petala langit dan bumi.

Dengan akal yang dimiliki manusia dapat menghasilkan rezeki

Dengan akal yang lain engkau perbaiki duniamu.[24]

Dan akal merupakan pembimbing manusia menuju keabadian.

Akhir kata, sebuah cahaya mata para ʻashiqīn, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s) akan kami persembahkan kepada anda di mana beliau berkata: حب اللَّه نارُ لايَمرُّ على شى‏ءٍ الاّ احترق ....." (Cinta kepada Allah adalah api. Ia tidak akan melintasi sesuatu kecuali membakarnya).[25]

Barangkali dengan inspirasi dengan ucapan-ucapan seperti ini Syaikh Fakhruddin Iraqi dalam mendefinisikan ʻishq berkata: ʻIshq adalah sebuah api yang jatuh ke dalam hati. Ia membakar apa pun yang terdapat di dalamnya. Sedemikian sehingga potret si kekasih terhapus dari dalam hati. Tatkala Majnun bersedih hati. Orang-orang berkata (kepadanya untuk menghiburnya): "Laila datang." Katanya (Majnun kepada khalayak): "Aku adalah Laila," lalu menunduk. Laila berkata: "Angkatlah kepalamu. Aku adalah kekasih yang engkau cari. Sampai bila engkau ingin lalai daripadaku." Majnun berkata: "Kerana cintaku kepadamu telah menyibukkan aku dari mengingatmu."

 Atas alasan ini aku ingin bersua denganmu

Tiada lagi yang aku takutkan kerana dasar cinta kepadamu[26]

Makna Kalbu dan Hati

Secara fisiologi dan ʻurfil ʻām, kalbu adalah hati itu sendiri. Hati pula adalah anggota bahagian badan yang terletak pada sisi kiri dada. Akan tetapi dari sudut pandang terminology al-Qur'an, riwayat dan akhlak, kalbu adalah roh non-material manusia kerana memiliki berbagai martabat, dengan berbagai ibarat, maka kalbu juga memiliki berbagai nama-nama: Shadr (dada), nafs (jiwa), qalb (hati), fu’ād, roh, dan lab. Kesemua ibarat ini merupakan cermin kelembutan Ilahi yang dalam sastra Persia disebut "Del wa Jan Insani".

Al-Qur'an menisbahkan tiga jenis aktiviti dan karakteristik kalbu:

  1. Karakteristik yang berkenaan dengan jenis-jenis ilmu pengetahuan, misalnya pencerapan-pencerapan ḥuṣūlī seperti akal, tadabbur (merenung) dan tafaqquh (berpengetahuan dan memahami).[27] Pencerapan-pencerapan hudhuri (rukyat hudhuri) baik yang bersifat umum atau khusus (wahyu adalah sejenis pencerapan formulatif yang disandarkan kepada qalbu dalam al-Qur'an).[28]
  2. Karakteristik yang berkaitan dengan dimensi kecenderungan, misalnya rasa takut, tekanan emosi, keras kepala, keras hati, iman, takwa, shawq (ʻisyq), selera dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan hasrat dan niat.[29] Oleh itu kalbu adalah sebuah kewujudan yang melaksanakan tugas-tugas ini, iaitu menyedari dan mencerap, markaz emosi, membuat keputusan, menyukai dan memusuhi.

Atas alasan ini dapatlah dikatakan bahawa yang dimaksud dengan kalbu adalah roh dan jiwa manusia. Apabila kita menerima paradigma bahawa manusia hanya memiliki satu roh dan roh ini merupakan punca kehidupan tumbuhan, kebinatangan dan kemanusiaan, maka kalbu insan merupakan salah satu daripada dimensi-dimensi roh manusia (iaitu ia menjadi dimensi punca kehidupan karakteristik dan ciri-ciri kemanusiaan). Dengan kata lain, kalbu menurut al-Qur'an bukanlah punca kehidupan flora dan fauna.[30]

Memang benar, mengenai apa yang terdapat di dalam penulisan-penulisan irfan yang meletakkan kalbu sebagai lawan perkataan akal itu hanyalah bermaksud markaz emosi manusia dan keasyikan, selain ia turut menjadi punca pencerapan dan kesedaran. Meskipun ia turut menjadi sumber kesedaran dan pencerapan, namun ia tetap tidak dikaitkan dengan kesedaran dan pencerapan ḥuṣūlī badan. Markaz ini hanyalah kekal seperti wasilah untuk shuhūd (penyaksian) dan ilmu ḥuḍūrī.[]

 


[1]. Ali Syirwani, Akhlāq-e Islāmi, hal. 116-117.

[2]. Nafs bermakna "diri" dan "aku" dan hal ini adalah makna dari segi bahasa yang disebutkan dalam al-Qur'an , lihat Ayatullah Muhammad Taqi Misbah Yazdi,  Akhlāk dar Qur'ān, jil. 1, hal. 243-244. Untuk telaah lebih jauh berkaitan dengan penggunaan redaksi nafs dalam al-Qur'an silakan merujuk, al-Mīzān, jil. 14, hal. 285-287.  

[3]. Silakan lihat, Ayatullah Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Akhlāq-e Islāmi, jil. 1, hal. 195.

[4]. Dalam kebudayaan Barat akal perancang ini sering disebut sebagai akal mediatif, akal partikular, akal beralasan.  Munculnya peristilahan kerasionalan mediatif dan kalkulatif dalam terminologi ini adalah kerana dominasi manusia atas tabiat. Akal mediatif mengikut pada lingkup hidup manusia dan secara umum bermakna kekuatan dan fikiran yang digunakan manusia sehingga ia dapat mengatur hidupnya dan mencapai kehidupan yang ideal. Akal ini memberikan kemampuan kepada manusia untuk mencipta dan merancang sehingga ia dapat meramalkan berbagai peristiwa yang akan terjadi di masa mendatang. Hadis-hadis yang diriwayatkan dalam sumber-sumber Islam walaupun menerima penggunaan akal mediatif dan akal maʻāsh, namun interpretasi akal praktikal yang digunakan dalam hidup (aql-e ma'asy) ini sama sekali berbeza dengan interpretasi yang diberikan oleh Hume. Akal mediatif Hume terikat pada dunia dan kehidupan duniawi yang tidak berkaitan dengan akhirat sedikit pun. Akal mediatif Hume adalah akal yang menjadi media untuk memuaskan pelbagai kecenderungan dan syahwat manusia. Kerana itu, akal mediatif di sini berada secara vertical dan melayani segala kecenderungan dan syahwat manusia, bukan berdiri secara horizontal dan menentangnya. Akal ini bukan akal teoritikal yang menetapkan Tuhan dan agama. Juga bukan akal praktikal (amali) yang menentukan baik dan buruknya perbuatan serta membimbing manusia kepada perbuatan-perbuatan beretika dan bernilai tinggi. Melainkan ia bertentangan dengan akal teoritikal dan praktikal.  Namun dalam pandangan riwayat-riwayat Islam akal maʻāsh merupakan perantara untuk sampai kepada tujuan akal teoritikal dan akal praktikal. Lantaran akal teoritikal membuktikan Tuhan, agama dan akhirat manakala akal praktikal menyeru manusia untuk memperdulikan hukum-hukum Tuhan, agama dan akhirat. Akal perantara akan melayani agama, spiritual dan akhirat, dan bertentangan dengan syahwat dan hawa nafsu. Kerana itulah, Imam Ali (a.s) dalam sebahagian bicaranya meletakkan akal maʻāsh (akal praktikal) dan akal ma'ad.   

[5]. Silakan lihat, Muqaddimah bar Jahān Bini-ye Islām (edisi Indonesia, Pandangan Dunia Islam), Murtadha Muthahari, hal. 253-262.  

[6]. Silakan lihat, Muqaddimah bar Jahān Bini-ye Islām (edisi Indonesia, Pandangan Dunia Islam), Murtadha Muthahari, hal. 42-48.   

[7].  Sayid Murtadha, Al-Dzakhirah, hal. 536; Shadruddin Syirazi (Mulla Shadra), Tafsir al-Qur'an, jil. 1, hal. 249; Syaikh Mufid, Awāil al-Maqālāt, hal. 48; Muhsin Jawadi, Nazhariye dar Arshe Kalām dar Qur'ān,  hal. 119-158; Ahmad Dailami wa Mas'ud Azerbaijani, Akhlāk Islāmi, hal. 73.

[8]. Ahmad Dailami dan Mas'ud Azerbaijani, Akhlāq-e Islāmi, hal. 73.  

[9]. Ali Syirwani, Akhlāq-e Islāmi, hal. 100. 

[10]. Ibid, hal. 103-119.

[11]. Silakan lihat, Murtadha Muthahari, Muqaddimah bar Jahān Bini-ye Islām (edisi Indonesia, Pandangan Dunia Islam), hal. 21-23.   

[12]. Al-Isyq ifrath al-hubb, Aqrāb al-Mawārid, jil. 2, hal. 786.  

[13]. Sayid Ja'far Sajjadi, Farhangg-e Isthilahi wa Ta'birat Irfani, redaksi isyq; Hamu, Farhangg-e 'Ulum Aqli, redaksi ʻisyq; dan boleh jadi atas alasan inilah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib mengatakan ciri-ciri orang-orang bertakwa sebagai: "Badan dan raga mereka kurus laksana anak panah yang telah diasah dan dirampingkan, Nahj al-Balāghah, terjemahan Muhammad Dasyti, hal. 303-305.  

[14]. Ibid.

[15]. Dalam bahasa ayat dan riwayat kondisi seperti ini disebut sebagai mahabbah.

[16]. Silakan lihat, Yahya Yatsrabi, Irfan-e Nazhari, hal. 47-53.

[17]. Mulla Shadra, Asfar, jil. 7, hal. 158 dan seterusnya, cetakan baru.  

[18]. "Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya." (Qs. al-Maidah [5]:54)  

[19]. Diwān-e Imām Khomeini Ra.  

[20]. Akan tetapi dalam melawan hawa nafsu, menguatkan minat-minat yang berlawanan adalah sangat penting. Misalnya melalui jalan memahami pengaruh-pengaruh segala perbuatan baik akan membangunkan kecintaan kepada Tuhan dalam diri manusia dan dengan kecintaan kepada manusia tidak lagi tertinggal ruang untuk selain-Nya. Kerana itu, dalam munajat Sya'baniyah disebutkan: "Ilahi! lam yakun li haul fantaqil bihi an ma'shiyatik alla fii waqtin aiqazhtani limahabbatik." (Ya Ilahi, aku tidak memiliki daya sehingga aku dapat menghindari maksiat kepada-Mu kecuali pada saat Kau sedarkan aku untuk mencintai-Mu)." Silakan lihat Ayatullah Misbah Yazdi, Akhlāq-e Islami jil. 1, hal. 195-213.  

[21]. Silakan lihat, Makarim Syirazi, Jelwe-ye Haq, hal. 93-129.

[22]. Matsnawi Maulawi, Daftar-e Awwal, bait-bait 1981-1982.

[23]. Matsnawi Maulawi, Daftar-e Sewwum, bait-bait 1145-1146.

[24]. Matsnawi Maulawi, Daftar-e Panjum, bait-bait 3232-3235.

[25]. Allamah Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 70, hal. 22; Mahajjat al-Baidha, jil. 8, hal. 7.

[26]. Faridduddin Iraqi, Diwan-e Iraqi, Lama'at, Lama'e 20 dan 30, hal. 420.

[27]. "Dan sesungguhnya Kami ciptakan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari bangsa jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi mereka tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) mereka tidak mempergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) mereka tidak mempergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Qs. A'raf [7]:179); "Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan (ajakan)mu, padahal Kami telah meletakkan tutup di atas hati mereka (sehingga mereka tidak dapat) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinga mereka. Dan jika pun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. Sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata, “Al-Qur’an ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu.” (Qs. Al-An'am [6]:25); "Kami letakkan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu dalam Al-Qur’an dengan keesaan-Nya, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana benci." (Qs. Al-Isra [17]:46); "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhan-nya lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendati pun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya." (Qs. Al-Kahf [18]:57); "Apakah mereka tidak merenungkan Al-Qur’an ataukah hati mereka telah terkunci?" (Qs. Muhammad [47]:24).  

[28]. "Katakanlah, “Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al-Qur’an) ke dalam hatimu dengan izin Allah; membenarkan kitab-kitab (samawi yang telah diturunkan) sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman." (Qs. Baqarah [2]:97); "Ar-Ruh al-Amin (Jibril) telah menurunkannya. ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan."  (Qs. Syu'ara [26]:193-194)  

[29]. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka, dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal." (Qs. Al-Anfal [8]:2); "Pada hari itu hati manusia sangat takut. pandangannya tunduk." (Qs. Al-Naziat [79]:8); "Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhan-nya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Qs. Al-Zumar [39]:22); "Orang-orang Arab Badui itu berkata, “Kami telah beriman.” Katakanlah (kepada mereka), “Kamu belum beriman, tetapi katakanlah, ‘Kami telah tunduk’ kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu." (Qs. Hujurat [49]:14); "Dan setan berkata tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan, “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu, tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyerumu, lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu janganlah kamu mencercaku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku." (Qs. Ibrahim [22]:37)  

[30]. Ayatullah Taqi Misbah Yazdi,  Akhlāq-e Islāmi, jil. 1, hal. 244-266

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits