Carian Terperinci
Pengunjung
6258
Tarikh Kemaskini 2011/05/22
Ringkasan pertanyaan
Menjadi penghuni syurga Riḍwān; bagaimanakah mereka dapat diselaras dengan syafaat Malaikat?
soalan
Kepada siapakah Tuhan memberikan keredaan-Nya? Apabila Tuhan reda kepada setiap manusia, apakah manusia itu akan menjadi penghuni syurga Riḍwān? Jikalaulah memang benar demikian, apakah hal tersebut tidak bertentangan dengan kandungan ayat 28 surah al-Anbiya (21) yang menegaskan, “Dan mereka (para malaikat) tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.” Dengan kata lain menjadi penghuni syurga Riḍwān bagaimana boleh selari dengan pemberian syafaat dari para malaikat?
Jawaban Global

Allah (s.w.t) memberikan keredaan-Nya kepada orang-orang yang beramal saleh, beriman, dan bertakwa, namun iman dan takwa memiliki tingkat dan darjatnya masing-masing. Oleh kerana itu, reda Ilahi akan kembali pada tingkatan dan darjat ketakwaan yang dimiliki.[i]

Syurga sesuai dengan tingkat dan darjat keimanan, kapasiti, dan kualiti amal perbuatan ahli syurga yang tentunya juga berbeza dan “syurga Riḍwān” yang berada pada tingkat syurga yang tinggi. Pemilik syurga ini adalah para nabi, para wali-wali Allah, dan muqarrabin. Kelompok ini langsung tidak memerlukan syafaat Ilahi, bahkan mereka adalah kelompok yang memberikan syafaat di hari pembalasan.[ii]

Dari sudut ini, yang dimaksudkan dengan orang-orang yang mendapatkan keredaan Allah (s.w.t) pada ayat di atas bukanlah penghuni syurga Riḍwān, kerana kalau yang dimaksudkan adalah mereka maka kita akan mendapati ada ketidaksesuaian antara ayat. Bahkan ayat ini turun untuk meluruskan pemahaman kaum musyrik yang bersandar pada syafaat para malaikat.

Para malaikat adalah pesuruh Tuhan dan mereka tidak akan menentang perintah-Nya. Para malaikat itu hanya memberikan syafaatnya kepada mereka yang memiliki kelayakan untuk meraihnya dan tentunya mereka mendapatkan izin dari Tuhannya.

Dengan kata lain, orang-orang yang berhak mendapatkan syafaat adalah mereka yang memiliki keimanan yang diredai dan diterima oleh Allah (s.w.t), akan tetapi bagi mereka yang disebabkan amal perbuatan mereka,  terjatuh dari tempat yang semestinya mereka dapat, maka mereka itulah orang-orang yang memperolehi syafaat.

Sementara itu kaum musyrikin adalah orang-orang yang tidak beriman, dengan demikian mereka tidak berhak diredai.[iii]



[i]Surah Bayyinah;8,Thaha:130, Mujadilah:22, At-Taubah:100 , Maidah:119, Ali imran:16, 174 dan 169, Fath;18 & 29; An-Nisaa:64, Ghafir:7.

[ii]. Qs. Fajr, 30.

[iii]. Qs. Ali-Imran:s13

Jawaban Detil

Allah (s.w.t) di dalam al-Quran berfirman bahawa Dia akan memberikan keredaan-Nya kepada orang-orang yang sebagai berikut :

1.     Iman dan amal yang saleh;

2.     Orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta Ulil Amri dari mereka;

3.     Memerangi orang-orang kafir, musyrikin, dan munafik;

4.     Melaksanakan dan menepati janji kepada Allah (s.w.t), Rasul-Nya, para Imam Ahlulbait, dan masyarakat;

5.     Kejujuran;

6.     Bekerja di jalan Allah;

7.     Berkorban dengan harta dan jiwa di jalan Allah (s.w.t);

8.     Bertawakkal kepada Allah (s.w.t) dalam segala hal;

9.     Bersabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah (s.w.t) dan Rasul-Nya, bersabar dalam meninggalkan maksiat, dan bersabar dalam segala musibah dan malapetaka;

10.  Tidak takut kepada musuh-musuh agama Tuhan.

 

Namun, apakah setiap manusia yang diredai oleh Allah (s.w.t) kelak akan memasuki syurga Riḍwān? Keredaan Allah (s.w.t) bergantung kepada tingkat darjat keimanan seseorang dan amalan soleh yang dia lakukan, begitu juga dengan segenap kesalahan dan dosa yang ia lakukan di jalan ini.

Bagi mereka yang berada pada puncak keimanan dan tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan di dalam riwayat hidupnya, seperti para nabi , para wali-wali Allah, mereka ini di akhirat nanti akan memasuki syurga Riḍwān. Bagi mereka yang melakukan kesalahan di dalam hidup pula, dengan menjaga tingkat kedekatan (taqarrub) mereka kepada Allah di darjat selanjutnya, mereka akan mendapatkan syurga Ilahi tapi bukanlah syurga Riḍwān sebagaimana yang diperolehi para nabi dan para wali Allah.

Penjelasannya bahawa nikmat-nikmat yang di berikan di alam syurga pada kenyataanya adalah bentuk menifestasi atau perwujudan dari amal-amal perbuatan manusia di dunia, kerana setiap manusia memiliki tingkat amal perbuatan yang berbeza maka tingkatan syurga mereka di akhirat kelak akan bertingkat dan berbagai pula.

Menurut ayat-ayat al-Quranul-Karim, darjat dan tingkatan syurga itu disebutkan dengan nama-nama Jannatul Liqa (syurga liqa)[1], Jannatul Riḍwān ( syurga Riḍwān )[2], Darussalam (pintu keselamatan )[3], Jannatul Adnan (syurga Adnan ), [4]Jannatul Firdaus (syurga Firdaus)[5], Jannatul Khuld (syurga khuld)[6], Jannatul Ma’wa (syurga ma’wa)[7], dan Maq’ad Shidq [8].

Menurut sebahagian riwayat, syurga dikatakan memiliki seratus darjat tingkatan[9], di mana tingkatan darjat syurga ini bergantung kepada bentuk perbuatan yang dilakukan selama hidup di dunia ini. Dari sini tingkatan darjat syurga di akhirat kelak terbahagi berdasarkan amalan manusia.

Oleh itu bagi orang-orang yang memiliki perbuatan yang berubah-ubah contohnya kadang-kadang ia menjadi orang yang soleh, menjadi orang yang biasa, atau bahkan menjadi seorang pendosa, maka mereka ini tidak memiliki kepastian untuk masuk syurga[10].

Orang-orang yang seperti inilah yang akan mendapatkan syafaat seseuai dengan tingkat keredaan Allah kepada mereka yang tentunya bergantung pada amalan perbuatan mereka. Yang dimaksudkan dengan “من ارتضی (orang-orang yang diredai)“ pada ayat ke-28 surah Anbiya di sini adalah kelompok orang yang tidak jelas bagi mereka syurga dan bukan orang-orang yang ada pada tingkatan syurga Riḍwān, kelompok yang berada dalam syurga Riḍwān adalah para nabi dan wali Allah di mana mereka adalah pemberi dan pemilik syafaat. Dengan demikian mengenai ayat ini kita boleh menanyakan apakah asbabun nuzul (sebab turunya wahyu) ayat ini?

Kaum musyrik Makkah yang menyembah berhala, menjadikan sembahan mereka itu sebagai pemberi syafaat di sisi Allah, mereka mengatakan, “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya,[11] kemudian mereka juga mengatakan, “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah.[12]

Patung-patung berhala ini tidak mampu melakukan apa-apa pun sehingga ia dapat menghilangkan malapetaka dan kerugian yang menimpa manusia baik bagi orang yang menyembahnya ataupun bagi orang yang lain. Kaum musyrik yang bodoh ini beranggapan bahawa patung-patung ini adalah pemberi syafaat di sisi Allah di hari kiamat.

Dari sisi yang lain, kaum musyrik ini beranggapan bahawa para malaikat adalah puteri-puteri Tuhan kemudian mereka memuji dan memuliakan malaikat tadi dan beranggapan bahawa para malaikat akan memberikan syafaat bagi mereka di hari kiamat. Pemikiran ini langsung ditolak dengan turunnya ayat 28 surah An-biyaa.

Allah (s.w.t) dalam Anbiyā’ ayat 26-28 berfirman, Dan mereka berkata, “Tuhan Yang Maha Pengasih telah mengambil (mempunyai) anak.” Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.

Allah mengetahui segala sesuatu yang ada di hadapan dan di belakang mereka (malaikat), dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang yang diredai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya. [13]

Dengan demikian, para malaikat tadi tidak dapat melakukan apa-apa tanpa izin daripada Allah (s.w.t), dan tanpa keredaan Tuhan mereka tidak dapat memberikan syafaat bagi kaum musyrikin.

 

Penjelasan:

Syafaat bagi para pemberi syafaat terbahagi menjadi tiga bahagian:

1.     Kenaikan darjat syurga buat ahli-ahli syurga;

2.     Pembebasan azab neraka sebelum memasuki neraka;

3.     Pembebasan azab dan mengurangi tempoh tinggal di dalam neraka setelah memasuki neraka.[14]

 

Suatu hal yang jelas bahawa hasil dari tiga bahagian syafaat ini dan perbezaannya bergantung kepada tingkat iman dan amal perbuatan orang-orang yang akan mendapatkan syafaat tadi. Seseorang akan bebas dari azab Ilahi dengan beberapa syarat:

 

1.     Tiada siapapun yang memiliki hak untuk memberikan syafaat tanpa izin dari Allah (s.w.t), kerana Dia lah Hakim Mutlak dan syafaat adalah bahagian dari rahmat Ilahi;

2.     Para pemberi syafaat adalah mereka yang tidak memerlukan syafaat, dan mereka memiliki darjat keimanan yang tinggi serta amal perbuatan yang soleh. Mereka mengetahui kepada siapa mereka harus diberi syafaat dan mereka juga mendapat izin dari Allah (s.w.t);

3.     Mereka yang berhak mendapatkan syafaat adalah orang yang memerlukan syafaat, mereka memiliki kelayakan untuk mendapatkan syafaat, dengan syafaat mereka mendapatkan kebebasan dari azab Ilahi. Penghalang syafaat ialah seperti syirik, kufur, dan pengingkaran syafaat tidak terdapat di dalam diri orang tersebut.

 

Dengan memperhatikan syarat-syarat yang ada di atas dan merujuk kepada ayat-ayat al-Quran, maka kita akan sampai pada sebuah kesimpulan bahawa kaum mukminin dan para malaikat tidak dapat memberikan syafaat kepada kaum musyrikin dan kafir, bahkan mereka tidak dapat mendoakan dan memohon keampunan golongan tersebut.

Allah (s.w.t) berfirman, ”Janganlah kalian memohon keampunan bagi kaum musyrikin munafik, bahkan sekiranya kalian memohon keampunan bagi mereka sebayak tujuh puluh kali sekalipun maka Tuhan tidak akan memaafkan mereka.[15]

Kerana Allah (s.w.t) berfirman, “Allah tidak akan memaafkan orang-orang yang menyekutukan-Nya, akan tetapi Dia memaafkan yang lebih rendah dari itu.[16] “Sementara para malaikat dan nabi-nabi Allah tidak akan pernah melanggar perintah Ilahi [17] dan mereka tidak akan pernah memberikan syafaat kepada kaum musrikin dan kafir.

Bahkan sekiranya kaum mukmin memberikan syafaat kepada mereka nescaya syafaat mereka itu tidak akan di terima di sisi Allah (s.w.t). Musyrikin, kafir, dan kaum munafik telah meniadakan kelayakan syafaat bagi diri mereka sendiri di mana kelayakan syafaat itu kembali kepada kerja dan ikhtiar mereka selama hidup di dunia.

Oleh itu, kaum musyrik, kafir, dan munafik hanya berkhayal bahawa mereka akan mendapatkan syafaat di hari akhirat kelak disebabkan kebodohan mereka.

Untuk itu reda dan kesenangan adalah suatu hal yang nisbi dan memiliki darjat tingkatan antara satu dengan yang lainnya, suatu hal yang benar kalau dikatakan bahawa Allah (s.w.t) reda kepada amal hamba-Nya, ataukah Dia tidak reda kepada amal hamba-Nya ataukah dikatakan Dia reda kepada sebahagian amal hamba-Nya, dan Dia tidak reda kepada sebahagian amal lain dari hamba-Nya yang sama.

Maka  bukanlah satu hal yang bertentangan kalau Tuhan reda dengan amal hamba yang sama (yang Allah tidak reda atas sebahagian amalnya) dan pada saat yang bersamaan ia tidak berhak memasuki syurga Riḍwān, bahkan hamba tadi berhak mendapatkan azab Ilahi dari amal perbuatan yang tidak benar daripada apa yang dia lakukan.[]

 

Sumber rujukan:

1.     Habibian, Ahmad, Behest wa Jahannam, hal. 249-251, sozemone tablighote eslami terbitan 1 1379 , Tehran.

2.     Syirwani, Ali, Maarefe eslam dar azar Syahid Mutahari hal. 254-227, terbitan Maaref cetakan pertama,1376, Qom.

3.     Thabatabi, Muhammad Husain, Barresihoye Eslami, hal. 355-367, Hejrat, Qom.

4.     Thabatabi, Muhammad Husain, Tafsir AL-Mizan , jilid 14, hal. 277 ayat 28 suran Anbiyaa, daftare entesyorote eslami, Qom.

5.     Mibzah yazdi, Muhammad Taqi, Omuzes aqaid, jilid 3, pelajaran 58-60, sozemone tabligote eslami, terbitan 14, 1375, Qom.

6.     Mibzah Yazdi, Muhammad Taqi, Maarefe Quran, jilid 1-3,hal 66-68, entesyorote da rah haq, terbitan 2, 1368, Qom.

7.     Makarem Syirazi, Nazher. Angizeh peydoyes mazaaheb, hal 155-177, terbitan kedua, Qom.



[1]. Qs. Al-Maidah ayat 65

[2]. Qs. Al-An’am ayat 27

[3]. Qs. Al-Taubah ayat 72

[4]. Al-Kahfi ayat 107

[5]. Qs. Al-Furqan ayat 15

[6]. Qs. Al-Sajadeh ayat 19

[7]. Qs. Al-Qamar ayat 55

[8] Habibiyan, Ahmad , Behesyt wa Jahannam, hal 25-249

[9] Biharul- Anwar jilid 8, hal 117 -196.13

[10] Qs. Al-Taubah 106-102

[11]. Qs. Al-Zumar ayat 3

[12]. Qs. Yunus ayat 18

[13]. Qs. Al-Anbiyaa ayat 26-28

[14] Syirwani, Ali, Arife Islam dar Atsar Syahid Mutahari,hal 227-254, Makarem Syirasi, Nashir. Angizeh Paidasye Madzaaheb, hal 155-177, Ayatullah Jawadi Amuli, Abdullah, Sirah Payombaran dar Qur’an, ( tafsir maudhui ), jilid 6, hal 99-113, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Amuzesy Aqaid, jilid 3, pelajaran 58-60

[15].Qs. At-Taubah: 85,96,

[16]. Qs. Al- Nisa :116-48

[17]. Qs. Al-Tahrim: 6; Qs. Al-Nahl:50

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits

  • Mengapa teks surah al-Fatihah dinyatakan sedemikian rupa sehingga hamba bercakap-cakap dengan Tuhannya dan bukan sebaliknya?
    3862 Tafsir
    Sebagian surah dan ayat al-Quran memiliki sisi edukatif dan pengajaran; artinya diturunkan untuk mengajarkan cara bagaimana mengunkapkan pujian dan munajat kepada Allah Swt. Paragraf-paragraf al-Quran ini terkadang dimulai dengan ungkapan seperti “Qul” (Katakanlah) yang menegaskan sisi edukatif ungkapan tersebut; seperti surah-surah Tauhid dan al-Muaddzatain[1] ...
  • Allah (s.w.t) mencipta dan manusia juga melakukan perbuatan tersebut! Apa bezanya antara kedua-dua ciptaan ini?
    4762 خلقت انسان
    Pertama: Bahan mentah ciptaan hanya dicipta oleh Allah (s.w.t) dan sekiranya manusia mencipta sesuatu, ia akan menggunakan bahan-bahan ini. Kedua: Penciptaan ini dan inovasi manusia juga hanya diterima sebagai tuhan dalam bentuk metafora sahaja; iaitu tanpa izin dan bantuan Allah, tidak ada sesiapapun yang memiliki kudrat dan ...
  • Ilmu, kudrat, keadilan, kehidupan Tuhan, apakah bezanya sifat-sifat ini pada manusia?
    4121 صفات ذاتیه
    Allah (s.w.t) disifatkan dengan sifat yang menampakkan kesempurnaan-Nya, seperti ilmu, kudrat, hidup dan lain-lain, manakala insan pun disifatkan dengan sifat-sifat ini. Insan juga berpengetahuan, berkemampuan dan hidup. Namun penyifatan sifat-sifat ini terhadap Allah (s.w.t) dengan sifat-sifat lain adalah berbeza dari dua dimensi: 1. Sifat ini (ilmu, kudrat ...
  • Berapa banyak jumlah kaum Muslimin yang hadir dalam peristiwa Ghadir Khum? Apakah jumlah yang disebutkan dalam sebagian kitab tidak berlebihan?
    1540 Sejarah
    Orang-orang yang hadir pada peristiwa Ghadir Khum adalah penduduk Madinah dan selainnya merupakan orang-orang yang bermukim di sekitar Madinah dan kemungkinan besar penduduk suku utara Najd. Berdasarkan pembahasan mengenai jumlah penduduk Madinah dalam jawaban detail akan dijelaskan bahwa Madinah memiliki kemampuan untuk mengutus penduduknya ke Mekah sejumlah ...
  • Apakah ketaksuban sentiasa tidak baik? Sekiranya benar demikian apakah dalilnya.
    2915 گناه و رذائل اخلاقی
    Taksub (تعصب) dan asabiyah (عصبیة) berasal dari kata dasar ‛aṣaba yang membawa makna urat dan saraf yang menghubungkan sendi-sendi.[1] Setelah itu sebarang perhubungan dan kaitan dinamakan taksub dan asabiyah. Taksub dan iri hati dalam beragama, kasih terhadap saudara mara, membantu dan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    15777 شیعه و دیگر مذاهب
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apa saja ciri-ciri darah haidh dan darah istihadha itu?
    22503 Istihadha
    Darah haidh pada umumnya kental, hangat dan warnanya merah cenderung hitam atau kuning serta keluar dengan tekanan dan agak panas.[1] Wanita yang mengeluarkan darah seperti ini dari rahimnya disebut wanita haidh (hâidh). Adapun darah istihadhah ghalibnya berwarna kuning dan dingin serta keluar tanpa ...
  • Tolong jelaskan ayat-ayat Al-Qur’an yang menentukan imāmah Imam Ali (a.s)?
    8244 Macam-macam
    Sebaik-baik jalan untuk menetapkan imāmah Imam Ali (a.s) bagi Ahlusunnah adalah bersandar kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan ayat-ayat tersebut yang dinukil dari kitab-kitab mereka. Sudah tentu orang itu harus merupakan seorang pencari kebenaran sehingga tidak bersandar pada penjelasan-penjelasan yang keliru, non-rasional serta tidak menutup matanya terhadap ...
  • Apakah keIslaman dengan cara bertaklid diterima oleh Allah (s.w.t)?
    5466 بیشتر بدانیم
    Sekiranya kita tidak mengemukakan sebarang dalil berkenaan dengan akidah di hari akhirat nanti kecuali dalil taklid dan menuruti orang terdahulu secara membabi buta, sedangkan kita tahu bahawa nenek moyang kita bukanlah ahli ilmu, berpengetahuan, golongan intelek dan tidak juga berada dalam asuhan serta bimbingan para ulama, maka ...
  • Mengapa Syiah memiliki keyakinan terhadap masalah imāmah dan para imam secara khusus?
    6992 کلیات
    Nampaknya yang anda maksudkan dari pertanyan ialah bagaimana kita dapat meyakini dan memahami peribadi imam. Akan tetapi sebelum menjawab pertanyaan anda seharusnya terlebih dahulu kami menjawab pertanyaan mengapa kita harus meyakini masalah imāmah? Imāmah dalam Islam memiliki nilai penting dan merupakan tingkatan terakhir dalam perjalanan manusia menuju ...