Carian Terperinci
Pengunjung
7757
Tarikh Kemaskini 2011/08/20
Ringkasan pertanyaan
Dengan melihat bahawa beribu-ribu tahun lamanya syaitan beribadah kepada Tuhan, apakah ia tidak berhak mendapat pertolongan-Nya?
soalan
Dengan melihat bahawa beribu-ribu tahun lamanya syaitan beribadah kepada Tuhan, apakah ia tidak berhak mendapat pertolongan-Nya?
Jawaban Global

Berdasarkan firman Allah (s.w.t) dalam Al-Quran syaitan itu daripada golongan jin dan mereka juga seperti manusia memiliki taklif (tugas syar’i).

Menurut kata-kata Imam Ali (a.s): “Syaitan telah beribadah (kepada Allah (s.w.t)) selama enam ribu tahun dan tidak diketahui apakah dengan hitungan tahun dunia ataukah tahun akhirat (sehari akhirat sama dengan seribu tahun dunia)”. Kasih sayang Allah terbesar kepada Iblis yang pertama adalah dia telah mendapatkan taufik untuk menyembah Allah (s.w.t). Yang kedua kerana ibadahnya yang banyak, dia dimasukkan ke dalam kumpulan para malaikat.  Sebaik-baik pertolongan Ilahi kepadanya adalah ia menjadi teman pendamping para malaikat sehingga dapat memahami keindahan, kesucian dan kebersihan mereka. Salah satu undang-undang Ilahi adalah semakin dalam ilmu pengetahuan dan semakin tinggi darjat seorang mukallaf, maka ketika ia melakukan kesalahan, azab yang akan ia dapati pun semakin berat!

Oleh kerana itu, setelah sempurna hujjah Ilahi atas Iblis dan ia menampakkan kesombongannya terhadap   Adam, maka banyak penyampaian (khitâb) Allah (s.w.t) yang keras kepadanya yang menunjukkan kekerasan seksaan-Nya dan terjatuhnya darjat syaitan.

Jawaban Detil

Dengan memperhatikan ayat-ayat Al-Qur’an seperti ayat 50 surah Al-Kahfi (18) atau ayat 31 surah Al-Hijr (15), maka akan kita sampai pada sebuah kesimpulan bahawa syaitan (Iblis) termasuk dari golongan Jin dan kerana banyaknya ibadah, dia termasuk dalam kelompok malaikat. Kisah tentang kesombongan syaitan (sebagai ujian baginya) disebut kira-kira tujuh kali dalam Al-Quran dan hal itu sangat menarik. Kisah ini memiliki beberapa bahagian:

- Perintah Ilahi untuk sujud kepada Adam (a.s).

- Keistimewaan-keistimewaan khusus Nabi Adam sehingga berdasarkan hal itu, Allah (s.w.t) mengeluarkan perintah untuk sujud kepadanya.

- Pembangkangan Iblis dan penolakannya untuk sujud.

- Jawapan dia dalam menjelaskan sebab kesombongan ini:

Tidak layak bagiku untuk sujud kepada seorang manusia yang telah Engkau ciptakan dari tanah berbau yang dikeringkan”.[1]

Dalam ungkapan lainnya dia berkata: “Aku lebih baik daripadanya. Aku diciptakan daripada api sedangkan dia daripada tanah”.[2]

Ini adalah ujian yang besar baginya, dan seluruh ibadah yang ia lakukan sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Ali (a.s): “Selama enam ribu tahun Iblis telah beribadah (kepada Allah (s.w.t)) dan tidak diketahui apakah hitungan tahun dunia atau tahun akhirat (sehari akhirat sama dengan seribu tahun dunia).[3]

Dan setelah ujian ini jatuhlah martabatnya dan bahkan diusir. Allah (s.w.t) berfirman: Keluarlah, sesungguhnya engkau telah terkutuk”.[4] “Engkau terlaknat hingga hari Kiamat”.[5]

Dengan demikian, kita harus menjaga diri kita. Kita yakin, jika Allah (s.w.t) memberikan taufik-Nya dan kita telah melangkahkan kaki di jalan yang benar selama beberapa hari, maka sampai akhir hayat hal ini harus kita pertahankan. Dunia adalah kawasan pergolakan. Manusia selama hidupnya sentiasa berjalan di atas jalan yang curam yang kemungkinan boleh jatuh. Sebab itu kita harus sentiasa mohon kepada Allah (s.w.t) agar berakhir dengan kehidupan yang baik.

Bahagian lain adalah interaksi Iblis setelah ia diusir. Ketika ia mendapat masalah yang serius dan telah jatuh dari kedudukan martabat yang tinggi yang pernah ia miliki kerana enggan untuk sujud kepada Adam (a.s), lalu dia menjadikan Adam sebagai musuh utamanya sambil berkata: “(Tuhanku) seandainya engkau tangguhkan aku sampai hari Kiamat, maka anak keturunan Adam akan aku pandu di bawah perintahku, kecuali sekelompok kecil daripada mereka (yang aku tidak sanggup menyesatkannya)”.[6]

Di dalam surah Shad, ayat 82 disebutkan bahawa:

“Dan aku bersumpah dengan kekuatan-Mu, aku akan sesatkan mereka semua”.[7]

Dengan berakhirnya muqaddimah ini, jelaslah bahawa pertama: Syaitan termasuk dari golongan Jin. Posisi mereka pula sama seperti manusia; memiliki taklif.  “Mereka semua sujud kecuali Iblis dan dia dari bangsa Jin”.[8] “Kami tidak menciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembah (Tuhan)”.[9]

Jin dan juga syaitan adalah makhluk yang memiliki ikhtiar dan kehendak . Mereka berada di antara dua jalan yang harus mereka pilih salah satu daripadanya. Jika kebenaran yang mereka pilih, maka mereka akan memperolehi pahala kebaikan. Tetapi jika kebatilan yang mereka pilih, maka mereka akan diseksa. Ayat 56 surah Al-Dzariyat yang telah disebutkan di atas, menunjukkan bahawa jin dan manusia sama-sama memiliki taklif dalam beribadah. Al-Qur’an al-Karim juga menukil perkataan jin itu sendiri bahawa mereka terbahagi menjadi dua kelompok; ada yang baik dan ada yang jahat. “Dan di antara kami terdapat kelompok yang soleh dan sekelompok selain itu, kami memiliki bahagian yang berbeza-beza”.[10]

Kedua: Rahmat Ilahi terbesar kepada Iblis adalah bahawa ia telah memperolehi taufiq beribadah kepada Allah (s.w.t) sehingga  ia dikumpulkan dengan para malaikat dikeranakan banyaknya ibadah yang ia lakukan. Begitu tinggi kedekatannya kepada Allah sehingga Al-Qur’an mengecualikan Iblis dalam peristiwa sujud sekelompok para malaikat kepada Adam: “Seluruh malaikat bersamaan sujud kecuali Iblis”.[11] Pemberian hak terbesar Allah adalah pertolongan-Nya kepada Iblis supaya dapat hidup berdampingan dengan para malaikat sehingga ia dapat memahami keindahan, kesucian dan kebersihan mereka. Dan salah satu undang-undang ciptaan Ilahi adalah bahawa semakin dalam ilmu pengetahuan yang dimiliki dan semakin tinggi darjat seorang mukallaf, maka ketika kelihatan kesalahan dan kekeliruan yang keluar darinya, maka balasan azabnya pun akan lebih berat juga.

Oleh kerana itu setelah Allah menyempurnakan hujjah-Nya kepada Iblis (dapat beribadah dan berdampingan dengan para malaikat) dan kesombongannya terhadap Adam, maka firman-firman Allah yang keras merupakan tanda atas seksaan yang berat  dan turunnya darjat Iblis.[]



[1]. Qs. Al-Hijr (15):33.

[2]. Qs. Al-A’raf (7):12.

[3]. Nahj al-Balâgah, diedit oleh Subhi Sholeh, Khutbah Qasiah, hal. 287.

[4]. Qs. Al-Hijr (15):34.

[5]. Qs. Al-Hijr (15):35.

[6]. Qs. Al-Isra (17):62.

[7]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma’ârif Qurân, bah. kedua, hal. 299, Muassasah Dar Rah-e Haq.

[8]. Qs. Al-Kahfi [18]:50.

[9]. Qs. A;-Dzariat (51):56.

[10]. Qs. Jin (72):11.

[11]. Qs. Al-Hijr (15): 31.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah Nabi (s.a.w) mati syahid?
    10927 تاريخ بزرگان 2011/05/10
    Banyak dalil yang termaktub dalam kitab-kitab hadis dan sejarah, baik Syiah atau pun Sunni yang menegaskan hal ehwal kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Namun noktah berikut ini juga harus diperhatikan bahawa apabila kesyahidan kita definisikan dengan makna terbunuh di jalan Allah dan rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an, ...
  • Bagaimanakah manusia dapat sampai kepada kesempurnaan?
    12197 Akhlak Praktikal 2012/05/17
    Jawapan untuk pertanyaan di atas dapat diklasifikasikan dalam empat perbahasan, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan. Perkataan "sempurna" kadang-kadang digunakan dengan makna yang selaras ...
  • Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
    6191 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah agama itu satu atau banyak?
    6790 دین 2013/01/08
    Jikalau maksud agama ialah sekumpulan akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan yang diturunkan daripada Allah (s.w.t) kemudian disampaikan kepada orang ramai dengan perantara para nabi, maka dalam bentuk ini semua agama merupakan sebuah perkara yang satu. Perbezaan di antara agama dalam arahan-arahan juzuknya hanyalah perubahan yang selaras dengan ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    15048 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Apa makna muslihat Allah swt yang disebutkan dalam al-Quran?
    17860 Tafsir 2010/11/14
    "Muslihat" bermakna mengurus dan memikirkan  alternatif dalam perbuatan-perbuatan baik atau buruk. Dan atas alasan ini penggunaannya dalam al-Quran juga telah menggunakan "السَّیئ"bersama dengan keterangan.
  • Berilah penjelasan tentang maqâm Fana' dan baqa'.
    29230 Irfan Teori 2011/01/01
    Fana' dari sudut bahasa bermaksud ketiadaan dan kehancuran. Dan lawan dari Fana' adalah baqa', dan tetap ada. Seperti Tuhan adalah termasuk dalam kategori abadi dan baqa', sementara selain-Nya atau seluruh makhluk digolongkan ke dalam ketiadaaan, kehancuran, dan Fana'.Sedangkan dari sudut istilah dan pengertian ...
  • Apakah Nabi (s.a.w) dan para imam (a.s) melakukan praktik mut’ah?
    9255 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Sebelum menjawab pertanyaan ini, haruslah diperhatikan bahawa apabila sebuah perkara itu diperbolehkan dan kebolehannya telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan Sunnah, maka hal itu tidak lagi memerlukan perbuatan para maksum kerana makna boleh bagi sebuah amalan ialah bermakna bahawa mukallaf bebas memilih untuk melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.Akan tetapi, apakah ...
  • Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
    15520 Ulum Al-Quran 2011/04/19
    Mukjizat dari satu sisi bermakna suatu hal yang luar biasa, di sertai dengan cabaran dan dari sisi lain, mukjizat yang dipraktikalkan itu selaras dengan dakwaan yang dilontarkan oleh pemilik mukjizat. Keluarbiasaan ertinya ialah, terjadinya suatu perkara yang berbeza dengan aturan-aturan semulajadi.
  • Apakah yang dimaksud dengan dibangkitkan haiwan-haiwan pada ayat "Ketika haiwan-haiwan dikumpulkan?" Apakah haiwan-haiwan juga dikumpulkan dan ditanya kelak di hari Kiamat?
    25210 Teologi Klasik 2011/01/01
    Hasyr dari sudut bahasa dan pengertian:Hasyr dari sudut bahasa (lughawi) bermakna mengumpulkan dan dari pengertian (istilahi) bererti dihimpunkan seluruh makhluk di hari Kiamat oleh Allah Swt, bagi tujuan perhitungan dan soal dan jawab ke atas mereka. Kiamat Haiwan:

Populer Hits